WELCOME



Monday, February 28, 2011

hari ni cikgu kurang sabar....

Pukul 10.05, selepas rehat, waktu ke 4. Ada kelas KH ni. Ambik beg kelompen, masukkan handout, gam, pembaris, pensel, buku rekod, buku teks , adalah 2 kg berat beg tu. Nak masuk kelas ni, kena buat persediaan lebih, sebab sat lagi, ada yang tak bawak pensel, tak bawa gam, tak bawa buku teks, tak bawak buku nota ataupun latihan. Boleh tak jadi kerja dibuatnya.

Sampai bengkel, ada 3 orang baru, lepak santai tepi kolam.
Cikgu: Mana yang lain?
budak: ada banyak ni je
Cikgu: masuk, buka tingkap, turunkan kerusi.

Tak lama lepas tu sorang-sorang masuk, lenggang, tak bawak apa.
Cikgu: kenapa lambat?
budak: sakit perut
Cikgu: sorang lagi ni? takkan dua2 sakit perut.
budak: teman dia sakit perut.

Darah cikgu dah sampai telinga. Nasib baik pakai tudung, kalau tak tentu nampak telinga cikgu merah menyala.

Tunggu punya tunggu, 35 minit kemudian baru semua 10 orang yg hadir hari tu ada di bengkel. Cikgupun mula lah memuntahkan peluru...

Cikgu: kenapa lambat sangat...35 minit baru nak sampai...dah tu buku tak bawak..lenggang.. nak jadi apa kamu semua ni?...makin lama , makin teruk perangai masing2? (Dengan suara yang kuat)

Terdiam juga budak2 yang terkenal hingaq di kalangan cikgu2 lain , bila cikgu mula naik angin. Tambah2 lagi bila tengok cikgu hayun2 kayu (yang memang banyak dalam bengkel kayu tu) sambil ketuk2 meja.
Bila tengok semua dah diam...cikgupun keluarkan handout...

cikgu: maih ambil sorang satu, gam dalam buku nota. Ambik gam kat depan ni.
budak: sorang satu cikgu?
cikgu:  ...senyap..
budak: pelekat dalam buku cikgu?
cikgu: ....senyap...

Satu-satu handout dikeluarkan, sampai 6 semuanya. Kalau bagi semua sekali, berterabur dan keliru nanti.
Cikgu cek sorang-sorang, pastikan semua 6 handout dah di tampal dalam buku nota.

Cikgu: Sekarang kita baca nota tu, kamu...(sebut nama) baca..
budak: tak reti baca cikgu... suruh depa lain
Cikgu: baca jugak, cikgu nak dengar
budak: .....merangkak-rangkak baca....

Yang lain pun macam tu, walaupun dah tingkatan 3, baca masih merangkak2. Loceng habis masa berbunyi.

cikgu: ok, kita sambung nanti, balik berlatih baca di rumah... baca kena lancar, baru faham.
budak: macam saya cikgu noh... (dengan bangga) sebab dia dapat baca lancar banding dengan yang lain.

Tiba-tiba nampak budak yang sakit perut tu terlentuk atas meja bengkel,
cikgu: tu awat tuh? pengsan dah ke?
Budak lain: dia senak perut cikgu
cikgu: senak perut kena apa?
budak: dia tak makan cikgu..
cikgu: kenapa tak makan?
budak: dia tak da duit cikgu...

Terkedu cikgu, kucing cikgu pun dah kekenyangan pagi2 tadi. Kesiannnya...

Cikgu: la .... awat tak habaq... maih ambil duit cikgu bagi, sat lagi singgah kantin makan dulu sebelum masuk kelas.

Habis kelas KH hari tu, habis marah, timbul kesian pulak. Patutlah budak2 ni tak cerdik, banyak sangat masalah, makanpun tak cukup.
Dalam hati, cikgu berazam untuk tingkatkan kesabaran mendepani mereka pada masa akan datang.

InsyaAllah.

No comments: