Kalau sang pokok boleh berkata-kata tentu kita mendengar ia merayu-rayu sepanjang hari minta disiram. Tambahan pula di musim panas dan kering d sebelah utara ni. Tambah-tambah lagi yang baru disemai atau ditanam. Mana2 pokok yang akarnya dah establish dalam tanah, mungkin kurang sikit sengsaranya. Macam pokok pudina, saderi dan kunyit cikgu tu, baru ditanam, musim panas kering pulak, terkesot-kesot nak tumbuh. Harap-harap projek pertanian dalam pasu cikgu ni berjaya. Setiap petang (Pagi tak sempat), cikgu cuba tak miss menyiram mereka, dan pokok-pokok ni suka sungguh kalau disiram dengan air basuhan ikan atau basuhan beras. Cara ia menyatakannya ialah dengan mengeluarkan pucuk2 hijau yang segar bugar. Menyegarkan mata memandang dan jiwa yang menghayati... Kepada tuan-tuan pokok, dengarlah rintihan pokok-pokok yang mintadisirami... |
No comments:
Post a Comment