Semuanya kerana kedegilan seorang presiden yang masih sayangkan kuasa.
Sekiranya beliau mendengar kehendak rakyat dan berundur keadaan tentu akan kembali tenang.
Lebih kurang 12000 rakyat Malaysia yang majoritinya pelajar berada di sana.
Kerajaan telah mengirim bantuan berbentuk makanan dan pengangkutan untuk mengangkut pelajar keluar dari Kaherah.
Hari ini sahaja 8 penerbangan, 3 milik tentera, 3 milik MAS dan 2 milik Airasia ulang-alik Kaherah-Jeddah telah berjaya mengeluarkan 3000 orang pelajar dari sana. Semua perbelanjaan termasuk pengangkutan ke lapangan terbang, makanan semasa menanti penerbangan, cukai lapangan terbang sebanyak $AS100 dan penginapan serta makanan di Jeddah ditangung sepenuhnya oleh kerajaan. Mereka ditempatkan di asrama Tabung Haji Jeddah. Mereka dibawa ke Jeddah terlebih dahulu bagi memugkinkan sebanyak mungkin rakyat Malaysia di keluarkan dari kawasan bahaya ke kawasan selamat. Satu langkah yang bijak.
Ada juga pelajar yang pulang dengan usaha sendiri dan mereka telah sampai ke tanah air. Sebaik berita rusuhan semakin memuncak, mereka telah membeli tiket kapal terbang dengan kad kredit. Baguslah, mereka ada kemudahan kad kredit. Yang lain-lain tu nasib baik kerajaan menghantar bantuan. Kalau tidak mereka masih lagi berada di tempat rusuhan.
Walaubagaimanapun, masa yang dijangka untuk memindahkan pelajar mengambil masa 5 hari. Yang uzur, mengandung, kanak-kanak didahulukan.
Semoga mereka selamat sampai ke pangkuan keluarga. Bercuti panjanglah nampaknya mereka kerana pihak Universiti di sana mengumumkan cuti 1 - 6 bulan.
2 comments:
Assallamualaikum As,
Tahniah untuk kerajaan yang perihatin..
semuga mereka selamat sampai ke tanah air..
As ada saudara di Mesir ka?
waalaikumsalam kak, tak ada tapi anak2 pelajar kat sana semua macam anak2 kita ja kan... semoga selamat semuanya
Post a Comment