WELCOME



Wednesday, February 2, 2011

MIKO

Miko ni jadi apa pulak dah. Pungkok kadang2 elok kadang2 berdarah. Selain daripada tu, nampak ok je, makan lalu, tak nampak macam sakit pun. Payahlah bela kucing ni, pasai dia tak reti nak bagitau, sakit ke, apa ke.

Bawak pergi vet je lah, senang. Sampai kat vet lepas inspection, vet kata, dia berak meneran, mungkin stool dia keras, sebab tu, hujung usus nampai terkeluar sikit, dan ada luka. Sebab tu berdarah. Tak da ubat khas untuk kucing yang kena buasir ni, dia cuma bagi suntikan antibiotik saja, supaya tak berlaku jangkitan kat luka. Selain daripada tu, jaga makan .

Selamani, makan makanan yang sama, tak da masalah pun. Tapi semenjak dua menjak ni, Miko tak berani keluar rumah kerana ada 2 ekor kucing jantan sebelah rumah yang selalu ambush dia. Mungkin kerana takut keluar, tahan tak mahu berak sampai tahi jadi keras. Kesihan Miko.

Harap-harap cepat baik ya Miko, kesian kalau sakit. Takut kalau lama2 jadi komplikasi lain pulak.

No comments: