WELCOME



Monday, February 7, 2011

Nak lena macam TJ

                                               Awat tidoq macam ni TJ... ish..sopanlah sikit..

Hari ni first day pergi sekolah selepas bercuti panjang sempena Chinese new year. Ada 6 period harini, tapi period 5 dan 6 tak dapat dijalankan sebab ada perjumpaan dengan waris tingkatan 3. Ramai juga yang datang, tapi biasalah, waris yang datang tu waris kepada pelajar kelas pandai , patutlah anak depa pandai, sebab warisnya sentiasa mengambil berat hal anak2 dan memberi kerja sama apabila pihak sekolah menganjurkan aktiviti sebegini. Yang nak minta tolong sangat2 waris pelajar2 lemah tak datang pulak.. patutlah anak selalu ponteng, tak buat kerja sekolah, hisap rokok dalam tandas... hermm like father like son.

Lepas habis sekolah singgah di rumah dulu untuk solat dan terus ke Alor Star untuk bayar duit kereta yang dah berhari-hari terlajak. Takut terserempak dengan tukang tarik kereta pulak. Walaupun bayar dengan mesin cash deposit, tapi ramainya yang beratur. Maklumlah, bila cuti panjang, mesinpun buat hal, tak berfungsi, jadi segala urusan semua kena buat bila bank dah buka... tak dak maknanya mesin tu. Dahlah tempat tu kecik, aircon pulak tak berapa nak jalan, macam-macam bau dah kat dalam tu. Dalam duk Q tu, selamber derk je sorang mamat cina ni potong Q cikgu. Eh..eh gangster sungguh. Tak tau nak respect orang langsung.  Nak tegur karang... takut dia bawak keluaq pistol ke apa ke, maklumlah gangster macamni, baik jangan ambik risiko. Last2 sampailah giliran cikgu, dah nak ketaq lutut berbaris. Tapi sempat juga komplen kat staff bank tu, pasai apa mesin selalu tak boleh jalan bila cuti... dia kata pasai duit penuh, nanti dia suruh bank tambah mesin. Ha.... baguslah kalau macam tu. Lepas bubuh duit, terus balik. Maklumlah jalan sorang-sorang, nak lepak2 santaipun tak berapa syok. Sampai rumah.. tu dia banyak nya daun getah kering berguguran kat posh.. maklumlah musim wintering pokok getah. Sapu sikit2 terus masuk sebab belum solat asar. Bila dah masuk dalam rumah maklumlah pulak, nampak macam-macam yang menyakitkan mata. So lepas solat mulalah pasang gear 4, hak nu...hak ni...semua nak kena buat sendiri.
Dinnerpun dengan humble cheese and eggs sandwhich. Ish tak kenyang lagi.. goreng pulak kentang makan dengan thousand island sambil membayangkan tengah makan cheezy wedges. Barulah nak berasa perut ni. 

Tengok TJ lena macam gambar di atas tu, jeleslah pulak. So.. cikgupun rasa2nya nak jadi macamtu jugaklah.  

No comments: