WELCOME



Monday, February 21, 2011

Automatic robot vacum cleaner

Dah lama nak berkenalan dengan alat ni, tapi tak da kesempatan. Pernah terbaca mengenai keunikannya. Sehinggalah Jumaat lepas, masa ke pacific mall , alor star.


Bibik moden

Teknologi Jepun, tapi made in Malaysia. Harganya pun berpatutan, menyebabkan cikgu berani beli. Bawak balik kena caj bateri 12 jam dulu. Esok pagi baru boleh try run.  Rumah cikgu memang banyak kucing, jadi hari2 kena sapu untuk bersih dari bulu kucing, kutu kucing, cengkenit bawak dek kucingpun ada.
Jadi rasanya satu kemudahan jugaklah ada menda ni. Dia dapat memvakum selama 2 jam , lepas tu dia akan balik sendiri ke dock dia untuk recaj bateri , selama 3 jam. Pandai kan? Kalaulah handset, camera, laptop pun pandai macam tu, kan senang banyak. Dia ada sensor, untuk cari dock, tak jatuh tangga atau masuk bilik air. Dalam masa 2 jam tu sambil kita buat kerja lain, dia akan merayau2 di dalam rumah sambil menyedut . Kalau agak2 dah bersih walaupun belum sampai 2 jam kita boleh guna remote untuk suruh dia balik ke dock untuk di recaj. Dia akan mengundurkan diri dengan humblenya ke dock, recaj dan duduk senyap2 sampai kita operate dia semula. Senangkan.

Tapi dia tak pandai nak buang habuk yang divakum sendiri, yang tu kita kena tolong buatkan. Selain dari memvakum, dia ada 4 lagi fungsi, mengemop, sanitize kuman sebab ada infra red, purify udara dan auto cleaning.

Well, arigato gozaimas kepada Jepun yang cipta teknologi ni... bijak...bijak.

2 comments:

MOHD REZUAN BIN MAT ISA said...

BERAPA RM SATU BERMINAT NAK JUGAK KALAU KENA DENGAN HARGANYA...

mycikgukita said...

kononnya masa tu promosi, harganya RM1000.