WELCOME



Wednesday, February 2, 2011

First Day Chinese New Year...

Hari ni 3/2/2011, hari raya pertama hari raya cina tahun ni. Cuti panjang lah hujung minggu ni, sebab cuti sampai Ahad. Pagi-pagi hari ni mycikgu pergi ke pasar Pendang. Makk oii.. ramai nya orang, mycikgu kena parking jauh2. Rata-rata kereta semua kereta luar , mesti dia orang ni, balik kampung dari perantauan. hish... jelesnya mycikgu tengok depa balik kampung sedangkan mycikgu tak balik kampung.

Seronok orang meniaga harini, kerana ramai pelanggan. Nak berjalanpun payah dalam market, punya sesak. Mycikgu, kalau sesak2 macam ni cukup alergik. So, ambil keputusan nak buat nasi ayam je lah. Senang, tak payah nak fikir lain apa yg nak beli. So mycikgu beli ayam seekor, semasa peniaga potong2 ayam, mycikgu pergi ke stall sebelah untuk beli salad, tomato, timun, cabai dan daun sup. Daun bawang ... sold out. Tak pa lah, i can do without it.

Harga semua:
1. Ayam     = RM15.00
2. Sayuran  = RM  6.50
JUMLAH   = RM21.50

Hmmm... not bad kan, untuk sehari makan famili seramai 6 orang. Jimat tu. Kalau campur dengan bahan-bahan lain tu mungkinlah jadi RM 30.00. So, seorang makan RM 5.00 sehari, jadi sekali makan RM 2.50.
Woww... pandai sungguh mycikgu spending kali ni. Kalau sekali makan kat luar tu mungkin seorang RM6.00, My cikgu dah save RM3.50 seorang.

Jadi lunch kami sekeluarg hari ni, nasi ayam , leftover butterprawn, sup sayuran campur, ganti sup ceroi nasi ayam yang selalu kita jumpa kalau makan nasi ayam kat luar. Lebih jimat, lebih berkhasiat dengan kebersihan yang terjamin. Rajin-rajinlah ke dapur ya..

No comments: