WELCOME



Sunday, March 6, 2011

Tuan Kucing.... harap maklum

warna bulu lebih kurang macam ni

Disebabkan kesuntukan masa, dah lama tak alik ke Laguna. Dah sebulan lebih, kali akhir balik masa chinese new year dulu. Jumaat selepas hantar anak balik asrama, ambik keputusan balik malam tu, tidur semalam dan pagi2 esok kena balik sebab ada LDP kat sekolah pukul 8.30 .

Lepas solat maghrib, terus balik. Sampai tengok keliling2 rumah, OK je. Kemudian buka pintu ke dapur basah... apa bau kurang menyenangkan ni. Tengok2 atas lantai ada bangkai kucing.. dah kering, tinggal bulu saja, isi dah tak ada , di kelilingi oleh kepompong2 larva yang dah kering, dipercayai semuanya dah menyambung ke life cycle seterusnya iaitu langau hijau.

Pintu dapur basah tu, memang sekerat kepingan besi, sekerat lagi grill berlubang2 dan kucing boleh masuk. Pemaju yang buat macam tu. Agaknya kucing tu masuk , lepas tu tak boleh nak keluar, selepas beberapa hari kelaparan dan kehausan, badannya semakin lemah dan menemui ajalnya di lantai dapur tu. Kesian, sungguh.

Sayangnya kucing tu jenis Parsi, sebab saiznya yang besar dan bulunya jenis lebat dan panjang. Tentu kucingni ada tuan. Sudah tentu tuannya sampai sekarang tertanya2 apakah yang telah terjadi kepada kucing kesayangannya kerana dah berhari2 tak balik rumah. Tuannya tentu tengah sedih dan risau memikirkan nasib si kucing.

Kamipun pernah beberapa kali melalui pengalaman begitu, kucing tak balik2 rumah sampai sudah. Sampai sekarang tak tahu apa yang terjadi kepada mereka. Sekiranya Tuan kucing tersebut terbaca tulisan ini, ketahui lah ya, si kucing ni dah mati dan di semadikan di belakang rumah di lorong BLM 4/9.

No comments: