Kejadian protes bermula di Tunisia, melarat ke Mesir, berjangkit ke Yemen, terus ke Bahrain dan singgah di Iran ssecara terus-terusan menekan pemimpin2nya. Kebanyakkan pemimpin nya adalah pemimpin otai seperti Hosni Mubarak yang dah 30 tahun memerintah.
Di Yaman negara Islam paling miskin, presidennya Ali Abdullah Saleh, juga telah memerintah selama 30 tahun.
Di Bahrain, beratus2 penunjuk perasaan berkumpul dihari ke sembilan.
Penunjuk perasaan berhimpun di jalanan , memasang kemah2, mahukan kerajaan dibubarkan, tahanan2 potitik dibebaskan, dan akhiri diskriminasi terhadap muslim shiah. Penunjuk perasaan mahukan keluarga kerabat diraja yang sudah 200 tahun memerintah turun takhta.
Bahrain, Yaman , Mesir adalah negara-negara yang mendapt sokongan kuat Amerika dari segi bantuan kewangan dan kuasa politik. Di tiap2 negara kebanyakkannya menuduh pemimpin mereka rasuah, hidup dalam kemewahan sedangkan rakyat hidup dalam kesempitan. Kebanyakan protester adalah generasi Y, yang menyeru satu sama lain mengadakan protest secara besar2an melalui laman2 web seperti facebook dan twitter.
Di Malaysiapun, mantan PM Dr M telah menyuarakan dia bersetuju sekiranya jawatan PM dipegang selama 2 penggal sahaja atau 8 tahun.
No comments:
Post a Comment