WELCOME



Saturday, February 12, 2011

LADAP 1- Jadual Spesifikasi Ujian

15 orang peserta semuanya : Hjh Rohimah, Pn Latifah, Pn Nor Azara, Pn Hafsah, En Asri, En Ishak, Pn Suryani, En. Harun dan Hjh Aslina (daripada panitia KH) dan dari panitia lain: Pn Salmah, Pn Ummi, Pn Fauziah Ahmad, Hjh Sofiah, Pn Murni dan PK Pentadbiran Hj Mohd Isa, turut memeriahkan LADAP pertama Panita KHB kali ini.


JSU, agak subjektif, peserta kursus perlu berbincang untuk menghasilkan JSU terbaik.

Guru-guru panitia KH berusaha menghasilkan JSU untuk set soalan ujian Februari yang akan diadakan bermula 20/2 nanti.

Masing-masing berkerjasama agar semua faham apa yang disampaikan oleh penceramah kami, Cikgu Harun.

Fasilitator kursus, En Harun Mamat, persediaan pembentangannya memang kelas, penerangannyapun mudah difahami. Semua mendengar dengan penuh minat. Tempat kursus di bengkel Elektrik, kerusi kayu tinggi ditukar dengan kerusi plastik, maklumlah orang tua-tua nak duduk, perlu selesa lama pulak tu.

Nampak tu, ketua panitia sedang memantau kerja-kerja anak buah, buat ke dak...

Ladap kalau tak da Kudap tak sah... terimakasih kepada cikgu-cikgu yang pakat-pakat bawa makanan.

Ada nasi lemak, sambal bilis, sambal sotong, telur rebus , ulam timun, buah betik, kuih samosat, kuih onde-onde. Banyak makanan tu, sampai tak habis, minum pulak teh o panas, mana tak sedap tukang masak semuanya pro... cikgu ERT.

Bersemangat menjamu selera.. nasibn baik masa dalam kelas tak ada yang menyengguk2 kekenyangan..

Cikgu Mat Isa diet, makan buah2an saja, Cikgu Ishak temankan sambil minum teh o..

Pn Salmah mewakili peserta kursus memberi refleksi tentang kursus hari ini diakhir sesi

Ini merupakan kursus pertama tahun ini, ramai yang bersetuju nak buat kursus sebab tahun lepas, cikgu yang tak berkursus kena buat sinopsis buku, janjinya , satu sinopsis sama dengan sehari berkursus, tapi , lain jadinya... tak ada pelaporanpun yang diminta, tak boleh nak tulis dalam borang prestasi kerana tiada slot untuk maklumat tersebut, tak boleh nak tulis dalam rekod perkhidmatan kerana tiada slot untuk itu. So... semua sinopsis tu nak di tong sampahkan saja ke? Kesian cikgu2 penat buat sinopsis, dah tulis tangan kemudian ada surat arahan pulak suruh buat ikut format tertentu dan bertaip, biasalah, orang atasan di Kementerian, Jabatan ni selalu lewat 20 langkah terbelakang.Orang dah buat baru sibuk2 nak bagi format, banyak kerja terpakas terpaksa diulang2.... rugi masa, rugi tenaga, rugi bahan, dahlah kertas dan dakwat mahal...

Jadi kesimpulannya, baiklah cikgu-cikgu hadiri kursus, boleh juga tulis dalam rekod perkhidmatan dan borang prestasi. Peruntukan tiada, duit pcg tak boleh ambil, sebab ini kursus untuk guru, bukannya untuk pelajar, walaupun kursus ni untuk kepentingan pelajar, bukan untuk kepentingan gurupun. Oleh itu, kursus kali ini, cikgu2 pakat-pakat buat kenduri, kena bangun awallah, sebab nak masak. Ada yang korbankan beras, lauk2, ulam2, telur dalam peti ais masing-masing. Kantin tak buka, kursus panjang, nanti lapar kalau tak buat macam tu. Alhamdulillah, hanya Allah yang dapat membalas sedekah cikgu pada kawan-kawan tu.

Kursus terbahagi kepada 3 slot, penerangan tentang JSU, borang-borang terlibat, bagaimana menggunakan borang, kemudian slot kedua, membuat JSU khususnya untuk ujian bulan Februari ni, slot ke 3 pulak memilih membuat item untuk ujian bulan feb.

Oleh itu selamat dan lengkaplah ladap kali pertama ini. Semoga semua selamat sampai ke pangkuan keluarga masing-masing di petang Sabtu minggu ke 2 ni. Kalau jadi apa2, NUTP tuduh kita galak pulak, nak datang juga sekolah, bertentangan dengan perjuangan mereka tu.

Terimakasih kepada semua yang terlibat... see you at ladap ke 2, 26/2/2011 nanti, Insyaallah.

4 comments:

Hjh Noralenna Abbas said...

Salam cg. Masa dulu JSU dikenali dengan JPU-Jadual Penentuan Ujian. Memang perah otak nak gubal soalan mengikut spesifikasi jadual.

mycikgukita said...

waalaikumsalam, sekarang tukar nama pulak dah, esok2 nama lain pulak kut.

Unknown said...

kursus2 yang dihadiri oleh guru untuk peningkatan profesionalisme guru dan pengetahuan itu digunakan untuk memastikan perkhidmatan yang diberikan adalah yang terbaik dan berkualiti. jangan beranggapan apa2 ilmu kita dipaksa atau rela pergi utk kepentingan org lain, first n foremost utk diri sendiri, baru kita tau kita well equipt atau tidak dan membuat penambahbaikan atau dapat refresh pengetahuan dan juga kongsi jika kita memang dah expert. ibadah tu.....

mycikgukita said...

setuju sangat