WELCOME



Wednesday, February 2, 2011

Urusan dengan pejabat tanah Pendang

Everything goes smoothly.. Alhamdulillah.
Kelmarin masa nak gostan kereta nak pergi sekolah untuk perbincangan perancangan strategik, nampak seseorang naik motorsikal dengan gaya melilau-lilau macam mencari sesuatu. Lepas tu terus dia berhenti, kitapun turun lah dari kereta, 'apa yang boleh saya tolong?', rupanya memang cikgu yang dia cari nak sampaikan surat, surat kebenaran pindah milik telah diluluskan. Kena pergi ambil surat tu di Pejabat tanah.

Oklah, saya pergi sekolah dulu, nanti saya pergi pejabat tanah. Lepas balik dari sekolah, terus pergi ke pejabat tanah, ambil surat, dan tanya apa prosedur seterusnya? Kak pergi ambil borang pindah milik di atas. Ohh, terus naik tangga ke atas, ambil borang pindah milik. Puan kat kaunter tu kata, nak mudah pergi suruh penulis surat, Haji Fadil, isikan borang. Lagi senang, terus pergi kat outlet Hj Fadil, belakang petronas,tapi dia perlukan geran untuk melengkapkan borang. Balik rumah pulak, ambil geran. Dah pukul 3 ni, makan tak lagi. Tak pa lah, asalkan kerja selesai.

Di tempat tulis borangpun, orang bersusun, semua pakat2 malas isi borang sendiri, maklumlah, teknikal sikit, daripada teruk2 nak fikir, baik keluar duit saja, bayar upah. Last2 siap juga lah, esok boleh buat urusan seterusnya .

Oleh kerana, dua lagi nama yg dalam borang tu tak boleh datang pagi, janji nak datang pukul 2 petang. Pukul dua petang, husband dan pemilikdulupun sampai, terus masuk pejabat dan bayar cukai tanah dulu. Kemudian serah borang pindah milik. lepas disemak2 , semuanya clear, naik atas pulak, untuk buat penilaian.

Selepas buat penilaian harga tanah, RM 47 000, jadi kena beli stem RM470.00. Terus pergi ke pejabat pos, beli setem. Balik semula ke Pejabat Daerah, untuk mati setem. Siap. Terus turun ke tempat pendaftaran. Kena bayar RM 75.00 untuk pindah milik dan RM 30.00 lagi untuk mendaftar. Dalam lebih kurang 5 minit semua selesai. Dah settle, dapat geran baru. Alhamdullillah, tak banyak renyah dan boleh selesai dalam masa 1 jam setengah sahaja. Tahniah pejabat tanah Pendang. Teruskan kerja yang cekap dan berkesan.

No comments: