WELCOME



Wednesday, September 21, 2011

Gerek untuk Pak Tam

Dulu , dalam entri cikgu ada sebut pasal budak yang tergolek atas meja sebab tak makan masa rehat kerana tak ada duit. Budak tersebut kawan-kawannya panggil Pak Tam. Ada2 saja gelaran mereka. Hari ini, hari gumbira buat Pak Tam, sebab Pak Tam dapat hadiah sebuah basikal daripada sekolah. Duit kebajikan kali ini disalurkan untuk membeli sebuah basikal untuk Pak Tam. Pak Tam tak payah share basikal dengan mak dia lagi, atau tunggu nak tumpang siapa2 nak balik. Lepas ni, Pak Tam boleh guna basikal ni untuk pergi dan balik dari sekolah. Sekarang Pak Tam tingkatan 3, ada 2 tahun lebih lagi, Pak Tam akan berulang alik rumah ke sekolah.  Tapi kenapa dalam gambar Pak Tam tak nampak seronok pun? Pak Tam nak motor kutt... apa apa pun, selamat berjaya Pak Tam, dunia dan akhirat, cikgu sentiasa mendoakan kesejahteraan kamu.

Monday, September 19, 2011

Kenduri - kenduri... kahwin






 

                                                                         Cuti hari Malaysia, sempat juga memenuhi jemputan kenduri di Shah Alam. Budak kecik ni dah besar rupanya, dah boleh kawin dah..        

Kami sampai awal, tetamu masih belum ramai..

Tuan rumah, mengalukan kedatangan, kenduri kali ni, anaknya yang bongsu

close up.. abang Mie@ pak Anjang Mie

Selain makan nasi, kuih raya juga ada, tak berhenti lah mengudap

suasana agak redup dan selesa, tema kenduri kali ini, hijau..

Tumpang duduk di meja pengantin

Dia orang ni, abang dan kak ipar pengantin, kawin tahun lepas dan ada anak pun..

Masa kenduri ni lah nak jumpa dan sembang2 pun, di kiri sekali kakak sulung pengantin, di kanan sekali ibu pengantin, sebelah cikgu, Mak Lang, dari tikam batu, turut memeriahkan majlis. Baru sampai sekeluarga pagi tu.

pengantin dah nak sampai, standby dengan kamera masing2

Semoga bahagia, berpanjangan jodoh hingga ke akhir hayat

Syukur Alhamdulillah..

     Minggu lepas sebelum cuti hari Malaysia, ramai dari sekolah yang keluar, mesyuarat, taklimat , kursus dan lain-lain lagi. Pada hari Selasa selain guru2 kanan, tinggal pengetua dan cikgu . Pengetua tanya. "cikgu ada nak kena pi mana-mana dak, rabu dan Khamis ni?"
"Insya Allah tak da kut", jawab cikgu.
"PK kena pergi Pulau Pinang start esok, saya pun pi sana, taklimat peperiksaan, PK Hem kena pi bukan tender kantin asrama",
" Ooohh..", kata cikgu lagi, tapi masih confuse dengan kata2 pengetua.
Sambil terus membuat kerja, tak lama Hasnah datang,
"Kak, tolong tanda tangan,"
"Tanda tangan? Boleh", sambil mencapai pen mata mengerling apa yang perlu di tanda tangan...
"Haa...??!!"
Rupanya surat menyerahkan tugas pengetua selama ketiadaannya, dan perlu ditandatangan oleh penerima tanda rela hati menerima tugas.
Sebelum nipun, memang kerja kita sehari2an menjaga sekolah, tapi bila dah rasmi sangat macam ni, rasa ngelabah juga. Dalam hati tak putus2 berdoa, agar tiada kejadian yang tidak diingini berlaku sepanjang ketiadaan pengetua.
     Alhamdulillah, semua berjalan lancar, dan petang khamis pun tiba, dengan rasa lega.

Sunday, September 18, 2011

Ceritera di Hiway Utara-Selatan

     Hujung minggu yang panjang... selalunya 2 hari, kali ni 3 hari kerana cuti ganti hari Malaysia yang jatuh pada hari Jumaat diganti ke hari Ahad bagi kami di Kedah. Oleh yang demikian, sempatlah kami memenuhi jemputan kenduri di Shah Alam walaupun jaraknya 600 km lebih kurang.
Walaubagaimanapun terpaksa pergi semalaman sahaja kerana the girls kena masuk balik asrama petang Ahad tu.
 So, hari Jumaat tu, selepas relax2 pagi tu, tengok perarakan Merdeka yang gilang gemilang di Dataran Merdeka, kamipun memulakan perjalanan. Masa tu dah lebih kurang pukul 11.00 dah. Trafik berjalan lancar, walaupun hujan ada masa lebat , ada masa renyai.
Kami susur keluar di Sungai Siput kerana masa tu dah hampir waktu solat Jumaat. Ada sebuah masjid kecil di tepi jalan, kami tunggu dalam kereta, dan macam biasalah... kalau masa solat jumaat ada kanak2, remaja2, malah kadang2 orang berusia yang datang menempek di belakang, tepi , masjid tapi tak masuk sembahyang. Hairan sungguh. Pernah sekalitu, cikgu hampir2 nak pergi sound budak2 muda satu group yang tak masuk ke masjid waktu orang dah mula sembahyang, tapi ditahan oleh my girls.
Selepas sembahyang, perjalanan disambung , dan kami berhenti di Tapah untuk menjalankan tanggungjawab kami bersolat pula.

     Sekali-sekala singgah di hentian sebelah untuk singgah ke toilet. Yang cikgu boring sekali bila tandas kotor. Tandas di hiway tak sepatutnya kotor kerana kita masuk berbayar semasa di tol lagi. tapi pengguna ni ada yang berotak kecil jugak, lepas guna tandas, tak reti nak bersihkan macam balik asal sebelum dia masuk tu. Yang leceh sekali bila tengok tisu2 tandas dalam lubang tandas. Bukannya tak boleh flush, tapi nak suruh orang pulak flush untuk dia.
     Tang makan pulak, memang ada banyak outlet yang menyediakan makan, tapi setakat ni, belum jumpa lagi yang dapat memenuhi selera. Kadang2 ikan atau ayam goreng yang kita ambil tu, macam ikan yang dah diperangat banyak2 kali. Mungkin, yang lama tak abis, tapi sayang nak buang. Harganya pulak memang lebih mahal daripada makanan yang dijual di tempat2 lain.
     Pengguna jalan raya pulak, macam2 perangai. Kali ni terserempak dengan satu group penunggang motor yang berhimpun di sebuah stesen minyak, mungkin berehat sebentar. Lebih kurang 30 orang semuanya, dan semuanya lelaki, ooopss.. ada sorang perempuan. Apa yang dibuatnya, ditengah2 budak lelaki tu!! Mula cikgu ingat konvoi hari malaysia ke, patriotik jugak budak2 ni, tapi tak dapun bendera di motor2 mereka. Tak lama selepas meninggalkan stesen minyak kereta kami di potong oleh budak2 motor tu, yang membawa motor tersangatlah laju... yang meniarap atas motor pun ada.  laaaa... Mat2 rempit rupa-rupanya.

     Pemandu2 kereta pulak ada yang macam memandu macam nak rakk lajunya. Yang golongan ni, dia tak kira, kalau ada kereta di lorong kanan yang memandu ikut had laju, dengan sombongnya , menyalakan lampu tinggi, memberi amaran kepada pemandu hadapan supaya masuk ke lorong kiri dan bagi jalan kepadanya untuk memotong. Kalau lambat sikit sebab pemandu hadapan nak overtook, kenderaan lain di sebelah, bukan main lah.. lip lap lip lap lampu tinggi dinyalakan. Cikgu nak cadangkanlah, cuba buat kajian profile pemandu2 yang pernah terlibat dengan kemalangan. Kalau yang dah jadi arwahpun, boleh tanya pada rakan atau keluarga terdekat. Bila dah kenalpasti profile, barulah boleh ambil pendekatan yang lebih berkesan, bagaimana nak mengurangkan kemalangan jalan raya.
     Ada juga pemandu yang suka berhenti di lorong kecemasan, pada hal lorong kecemasan selalu digunakan oleh penunggang motorsikal, kalau nak berhenti lama, sepatutnya, sediakanlah amaran supaya pengguna jalan raya lain, khasnya penunggang motorsikat boleh alert, takut nanti ada penunggang motorsikal yang tak perasan terlanggar kenderaan yang berhenti di lorong kecemasan. Dah ramai penunggang yang arwah kerana kes ini. Sebagai komuniti yang berkongsi jalan raya, kita kena beringat tentang hak dan kepentingan orang lain juga, jangan pentingkan diri sendiri.
     Walaupun hujung minggu ni panjang sikit, tapi tak ramai yang ambil kesempatan balik kampung, mungkin kerana baru balik hari raya hari tu. Lagipun poket tengah kosong.. maklumlah baru lepas musim perayaan.
     Akhirnya, Alhamdulillah, pukul 8.30 malam, kami selamat tiba ke destinasi. Bolehlah berehat2, melegakan urat yang seharian duduk dalam kereta.




Tuesday, September 13, 2011

My new tools..

Mulanya agak skeptikal juga nak mendapatkan menda ni.. maklumlah tak da coverage nanti, merugikan sahaja. Dahlah ada kontrak setahun bagi broadband dan 2 tahun untuk talian telepon. Tapi terpaksa juga menanggung risiko, kerana kabel selalu kena curi..(hmmm... masih belum ada penyelesaian walaupun masalah ni dah lama terjadi) dan kerana efisen nya TM menggantung perkhidmatan bila bil tidak dibayar. Macam yang dialami dulu, bulan puasa... sibuk dan letih, cuti raya.. balik kampung, akibatnya ada bil tertunggak, bil yang seterusnya belum sampai, tiba2 line dah kena gantung. Baru terperasan bil belum bayar , bayar melalui cimb click pukul 9 pagi, pukul 4 petang telepon tm minta aktifkan semula talian, dia kata bayaran belum masuk!!  Atas talian pun dah 7 jam bayaran belum masuk. Kemudian minta referens number yang selalu kita ignore dan tak ambil kesah nak salin. Mana nak ada. Dan bagitau pulak telepon lagi dalam masa 4 hari untuk aktifkan talian. Nak potong efisen sangat, nak sambung balik payah pulak, walaupun semua tu dalam sistem saja.

Tapi dengan adanya BB ni, bolehlah buat kerja-kerja yang perlu dibuat, seperti key in markah kerja kursus ke Lembaga Peperiksaan, key in markah percubaan ke Lembaga Peperiksaan dan key in markah segala jenis ujian dan peperiksaan ke SAPS. Nampaknya cikgu2 sekarang terpaksa mengeluarkan lebih banyak modal untuk beli lap top, untuk bayar bil broadband, nak share lap top sekolah terpaksa tunggu giliran ... tak sampai lagi giliran , dah kena masuk kelas pulak dah.
Tapi tak pa la... teringat kata-kata seorang isteri kepada cikgu di sekolah, kalau orang buat bendang boleh beli pam ayaq, kenapa cikgu tak boleh beli komputer sendiri... nak buat kerja.

Mujur juga BB Maxis ada coverage di area sekolah dan di kampung masa balik cuti raya dulu, sedangkan di rumah tak ada pulak. Mungkin taman perumahan ni, termasuk ke dalam sikit , jauh dari jalan besar, sebab tu tak dapat coverage. Harap2 Maxis boleh buat satu menara dekat2 sini, sebab kalau ada coverage, boleh potong terus streamyx ni, tak payah nak bayar banyak2 bil.


Monday, September 12, 2011

Kanak-kanak beraya..syioknyaa

sampai ternganga main bunga api

habis slipper mak de berlubang kena percikan api

3 beradik sedang asyik main api

Ni time mood elok..

Selamat berjaya dalam UPSR (13 - 15 Sept)

Si manja

the grandsons

On da way beraya



                                                                                                                                       
Kanak2 yang paling seronok beraya, ya ke? Mak2 pun sronok juga, walaupun penat menyediakan juadah untuk keluarga dan tetamu, tetap sronok.

Latest kitchen product

trifle.. sempena jamuan raya atau jamuan perpisahan dan terima kasih anak di pejabat tempat dia praktikal, selain order nasi kerabu, sempat juga buat trifle ni. Buat 3 bekas, bawak ke pejabat 2 saja. satu lagi untuk makan kat rumah.

Laksa Siam... tapi Melayu buat. Kuah laksa siam sama dengan kuah laksa Johor, semua jenis lengkuas, halia, kunyit hidup, serai, belacan ,bawang puteh, merah, cabai kering semuanya diblend dengan isi ikan yang telah dikukus. Yang berbezanya ialah, laksa Siam bubuh daun kesum, daun limau purut dan bunga kantan. Kemudian masukkan santan dan dua tiga keping asam gelugur. Masak hingga mendidih. Laksanya pula, laksa jenis halus, lebih berpalut kuah pada laksa tersebut. Next time nak cuba makan kuah ni dengan pasta angel's hair. Ulamnya pulak macam laksa kelantan, taugeh, timun, kacang panjang cuma tambah daun pudina. Laksa kalau buat sendiri lebih puas, tengoklah kuahnya pekat dengan isi ikan.

Kucing-kucing dulu dan sekarang...

Ini Ciki, tilam orang buat macam tilam dia sendiri, dibelakang yang mengendap balik bantal tu, Miko..
Yang ni pulak TJ.. tidur sampai tak sedar orang ambik gambar dia.. TJ ibu kepada Ciki dan Miko

Inilah wajah ayu TJ kalau tak tidur..

Yang ni pulak Ciklon, kucing gelandangan yang datang menumpang di rumah.. oleh kerana rupanya serupa dengan Ciki, di namakan Ciki Klon = Ciklon

Yang ni Miko


Wednesday, September 7, 2011

Tak habis habis OPS SIKAP..

OPS SIKAP...OPS SIKAP...OPS SIKAP

Bila ada musim perayaan, sibuklah media merwar2kan tentang ops sikap. Dah berpuluh-puluh malah dah yang ke 24 pun. Apa sebenarnya ops sikap ni? Yang mycikgu perasan.. tiap2 kali ada ops sikap ialah makluman tentang data2, berapa kemalangan, berapa maut, kemalangan di lebuh raya, jalan persekutuan dan sewaktu dengannya. Kemudian banding-bandingkan data terkini dengan data tahun2 dulu.

Yang sebenarnya apa yang betul-betul dilaksanakan di sepanjang ops sikap ni? Sepanjang 24 kali, dan sepanjang itulah juga, mycikgu akan travel lebih 500 km balik kampung untuk musim perayaan dan cuti panjang, tidak ada apa yang berbeza dijalan raya, waktu ada ops sikap dan waktu tiada ops sikap. Mungkin mycikgu terlepas pandang, tapi takkanlah dah 24 kalipun terlepas pandang juga.

Adakah dengan hanya meletakkan polis ditiap2 beberapa km di dalam pondok kecil, dapat mengurangkan jumlah kemalangan. Ternyata tidak di ops sikap kali ke 24 ini. Jadi, apa faedahnya, polis duduk dalam pondok2 tu, memerhati jalan raya?
Pertama...Banyak kemalangan jalan raya diakibatkan kecuaian yang berpunca dari lalai yang berpunca dari mengantuk dan lalai. Bulan puasa, memang tak dinafikan ramai yang mengantuk ketika memandu kereta, lepas rayapun begitu juga, ramai yang mengantuk kerana letih beraya (sememangnya musim raya kita semua kurang rehat) kerana sibuknya, beraya, melayan tetamu, menziarahi saudaramara dan jiran-jiran, menyediakan juadah hidangan, bersembang dengan saudara mara yang dah lama tak jumpa hingga lewat2 malam.

Kedua... Banyak kemalangan jalan raya kerana pertambahan kenderaan dijalanraya. Logiklah lebih banyak kenderaan, lebih tinggi kebarangkalian untuk terjadinya kemalangan. Kenderaan bertambah kerana nak balik kampung, nak menziarahi, nak attend kenduri kahwin (cuti panjang, so convenientlah buat kenduri kahwin), dan membeli belah buat persiapan raya . Jadi bertambahlah kenderaan, daripada rutin harian biasa seperti ke tempat kerja dah jadi fenomena pula, apabila berganda2 kenderaan di jalan raya.
Raya tahun ini pulak di burukkan lagi kerana IPT2 membuka pendaftaran pelajar baru, immediately lepas raya. Masa orang berebut nak balik ke tempat kerja, masa tu jugaklah ada keluarga2 yang terpaksa travel ke pusat pengajian tinggi untuk mendaftar anak2. Nama saja pusat pengajian tinggi, tapi akal tak tinggi pun. Sampai berita malam tadi dah ada yang terkorban kemalangan on da way nak pergi mendaftar ke UUM daripada Johor. Maklumlah, selepas sebulan berpuasa, sibuk beraya, sibuk buat persiapan ke universiti, terpaksa pulak travel jauh nuuun ke Utara, tentulah kepenatan...akhirnya??? Berpusara di lebuh raya.
Untuk mengatasi masalah2 ini langkah drastik perlu lah diambil. Perlu drastik kerana bilangan yang terkorban semakin kritikal. Antaranya ialah:

Pertama...Oleh kerana penunggang motorsikal penyumbang besar kepada jumlah kematian, haramkan motorsikal di jalan raya di sepanjang tempoh ops sikap. Walaupun kejam bunyinya, tapi ini untuk kebaikan mereka juga. Perbaiki perkhidmatan kenderaan awam, bagi spesial price , untuk pengguna2 kenderaan awam, supaya mereka dapat travel ke mana2 yang mereka perlukan walaupun tak boleh naik motor. Nampak saja motor dijalan raya... keluarkan saman.

Kedua... Buat penjadualan semula. Sekarang, jalan sesak kerana semua berebut-rebut hendak kembali ke kota2 besar tempat mereka mencari rezeki. Begitu juga kerana musim persekolahan sudah bermula. Untuk elakkan semua orang travel serentak, buat penjadualan semula hari masuk kerja. Kita boleh agihkan hari2 dalam seminggu , contohnya, hari Isnin Kementerian Pertanian, hari Selasa Kementerian Pertahanan masuk kerja , jadi tidaklah semua pengguna berada serentak dan bersesak2 di jalan raya. Kerana ada yang dah mula kerja dan ada yang belum mula kerja. Jumlah hari bercuti boleh lah digilir-gilirkan pada perayaan2 lain pada masa yang akan datang.

Ketiga....Kelajuan boleh membunuh. Jadi, turunkan had laju di lebuh raya dan jalan raya biasa. Kalau had laju 110 km sejam, turunkan jadi 80-90 km sejam, Kalau ada kecemasan, pemandu sempatlah bertindak, kerana bergerak dalam slow motion. Biar lambat, asal kan selamat, kalau dah bawa 160 km sejam, apa2 jadi kat depan.. dah tak dan nak mengelak, bertambahkah statistik kemalangan.

Keempat... Pemandu penat , mengantuk, cuai dan lalai, lambat bertindak akibat badan yang lesu. Bagaimana nak pastikan pemandu berehat secukupnya? Senang saja, beri cuti panjang.. sebelum dan selepas musim perayaan. Rugi tenaga kerja?? Tak, jangan bagi cuti begitu saja, tapi cuti berganti, setiap hari Sabtu, sehingga habis cuti diganti... Sekolah boleh buat sekolah ganti pada hari Sabtu, atau tak ganti pun bila ada kelas tambahan, sukan, aktiviti kokurikulum, perkemahan dan sebagainya, kenapa pejabat tak boleh.. Sekurang2nya cuti musim perayaan ni panjangnya kena 2 minggu... barulah tak kalut nak balik kampung dan balik semula ke tempat kerja.

Kelima....permohonan pertukaran tempat kerja hendaklah dilayan sepenuhnya. Ini dapat mengelakkan orang terpasa travel jauh, kerana duduk jauh dari kampung halaman. Untuk yang baru posting pun, postingkan mereka mengikut alamat di kad pengenalan. Supaya lepas ni, dia tak susah2 nak memohon pertukaran. Buat kajian keperluan tenaga kerja mengikut kawasan. Sekiranya kawasan tersebut sudah berlebih2 tenaga kerjanya, jangan ambil lagi, ambil dari kawasan yang tenaga kerjanya masih kurang. Macam contohnya, guru2 sudah ramai di Kedah, sampai yang duduk di luar Kedah, susah sangat nak balik... intake ke IPGM , Universiti, Kolej dan sebagainya, jangan ambil Kedahan. Sabah dan Sarawak nuhh.. ramai yang tak cukup cikgu, sampai yang semenanjung terpaksa pergi cukupkan, jadi, ambillah pelajar IPGM ramai2 sikit dari Malaysia Timur, up kan sedikit kuota mereka itu. Tak payahlah guru-guru dari luar nak kena pergi mengajar di sana.

Kalau setakat kata2 yang menakutkan saja, seperti
.... jangan jadikan jalan raya pusara...
....ingatlah orang tersayang...
anda mampu mengubahnya...kelajuan boleh membunuh...dan lain2 lagi.. tidak akan berjaya Ops Sikap, walaupun namanya di ubah ke lain. Jangan jadi OPPPOCCOTTT sudahlah...