Sekarang ni musim belimbing buluh tengah jenuh berbuah. Selain di buat gulai lemak cili padi, sambal mentah, ada satu lagi jenis masakan yang sedap menggunakan belimbing buluh.
Masakan ni, masakan tradisi dari Pahang, namanya sambal hitam belimbing buluh. Rupanya pun tak segelamer namanya, tapi sekali kena pasti nak lagi.
|
Bahan utamanya tentulah belimbing buluh. Banyak tau, kalau setakat 10 biji tu tak jadik apa. |
|
Ikan bilis yang di tumbuk , jangan terlalu hancur. |
|
cili padi dan bawang besar, ditumbuk hancur. In my case, blend kering. |
|
tumis bawang dan cili padi hingga garing, masukkan ikan bilis, agak2 ikan bilis garing, masukkan belimbing, kacau atas api hingga kering macam serunding. Warnanya akan berubah menjadi hitam, that's where it gots its name.. |
|
Inilah hasilnya, setelah betul2 kering. Tak menarik langsung, tapi rasanya.. kalah ikan perkasam. Rasa ikan bilis garing yang ditumis dengan cili padi, rasa manis dan masam semula jadi belimbing buluh. Sedap ni dimakan dengan nasi panas.
Nak makan kenalah buat sendiri kerana selama ni, tak pernah terjumpa kut ada dijual di kedai.
Eloklah dibuat tengah belimbing buluh jenuh ni, taklah buat tu berlambak di bawah pokok. Tahan lama makanan ni, walaupun tak disimpan dalam peti ais. Tapi pastikan ia betul2 kering semasa digoreng.
Dari segi nilai nutriennya pulak, tak taulah, tapi rasanya kolesterol tak da, sebab tak guna santan, minyak menumis pulak, pakailah sun flower ke... canolla ke... |
No comments:
Post a Comment