WELCOME



Thursday, February 17, 2011

Bitter-sweet di sekolah...

Sambil menyiapkan BRM, cikgu2 kena hadiri mesyuarat. Takwim bulan Januari padat dengan mesyuarat. Bila masuk mesyuarat, duk langut dalam bilik mesyuarat, sedangkan kepala berserabut dengan hak nu, hak ni yang tak siap lagi..

Bila ada mesyuarat, kena ada minit mesyuarat... satu lagi dokumentasi yg ada due datenya. Sepatutnya, minit mesyuarat perlu diberi kepada semua ahli mesyuarat seminggu selepas mesyuarat, supaya ahli mesyuarat dapat rujuk, apakah tindakan yang perlu dilakukan. Tapi so far... ahli mesyuarat dapat minit sebelum mesyuarat kedua...or worst... semasa mesyuarat ke dua akan berjalan, untuk memenuhi agenda membentang dan mengesahkan minit mesyuarat dan perkara berbangkit.

Sambil nak menyiapkan minit mesyuarat tu pulak, kena tengok HC pulak, sebab yang ni pun, ada due datenya. Kesian kat cikgu2, kerana tahun ni kena buat dua kali HC. Sebab, Jabatan keluarkan arahan, markah lulus 36. Dulu, elok dah markah lulus 36, jabatan keluar arahan , markah lulus 40. Kenapa di up kan? Kenkonon nak naikkan standard lah, tapi bagi pelajar2 lemah, semakin lemah semangat, sebab tak pernah lulus2... Bila cikgu2 pertikai, jabatan kata... ikutlah sekolah nak pakai markah lulus berapa, tapi laporan ke jabatan kena pakai 40. Takkan nak buat kerja dua kali, akurlah dengan kehendak jabatan. Tapi bila dibandingkan markah negeri dengan markah negeri lain... ha... hambik kau... tercorotlah.
Sebab negeri lain markah lulusnya 36. Tak seronoklah pulak, sebab tu sesuka ja tukar balik jadi 40. Masa diumumkan dala mesuarat, terkejut cikgu2... sebab dah nampak dah... nak kena buat HC all over again... dah lah kerja lain banyak lagi... ingatkan Hc dah settle.  Tapi nampak gayanya belum lagi.

Due date untuk hantar HC di extend ... so the work had been dragged to a longer, torcherous time.

Itu kesahnya HC, macammana pulak dengan Prancangan strategik ? Perancangan jangkapanjang kalini 3 tahun saja. Kalau dulu 5 tahun, alasannya 5 tahun lama sangat tak praktikal... ehh... rancangan malaysia lagi lama pa... 10 tahun. Tak palah... buat. Sebelum cuti hujung tahun, sekolah dah muat mesuarat bentangkan kat cikgu2, format pspa nak buat macammana. Beri panduan, supaya semua format sama, sinkronais, baru nampak sehati sejiwa. Cikgu2 pun pakat2 lah datang sekolah masa cuti, utk bincang nak buat Pspa. Nanti bila bukak sekolah, tak gaduh dah, boleh mengajar dengan akan, tumpukan perhatian kepada pengajaran dan pembelajaran sahaja, yang cikgu2 maklum core business mereka.  Tup...tup... PPD bawak keluar format... masa cuti. Bagi cikgu yg buka portal ppd, mula keliru... nak ikut format sekolah bagi ke... nak ikut format ppd bagi. Kalau format sekolah... dah nak siap dah, kalau format ppd kena buat lain.  Kesian cikgu2, terkeliru dan dah mula rasa.. kerja buatnya sebelum ini, akan dibakulsampahkan..

Last2, format sekolah tak ikut, format ppd pun tak ikut, ikut format jabatan. Jabatan tak bawak keluar format, tapi pspa jabatan dijadikan format. Untuk buat pspa sekolah dan pspa panitia mata pelajaran.
Teruk juga nak ikut pspa jabatan yang dijadikan format... ada isu, ada objektif, ada matlamat, ada kpi, ada pelan tindakan .... memanglah, pspa kena ada yang tu, tapi hubungkait antara tiap satunya itu, teramatlah mengilirukan... macam tak relevan , tak kena gaya , tak kena cara. Dan nak menterjemahkannya menjadi pspa panitia, bagaikan nak semput dibuatnya, tak tembus, tak nampak, buntu.  Cikgu2 yang buat pspa tak senang duduk, mandi tak basah, tidurpun termimpi2 pasal pspa, keningpun berkerut ja. Orang buat lawakpun tak berasa nak gelak. Lainlah, dengan cikgu2 yang ambil tapak orang dah buat, mudah lah kerjanya... tak pa lah, biar susah sikit, asalkan dapat tolong kawan2, supaya tak ramai yg tension dalam sekolah.  Bila siap... rasa lega tak terkata... cerah air muka.

 Siap dah lah pspa cikgu2 sekelian. Tapi ujian feb pun berkunjung tiba. Biasalah, ujian di sekolah kan. Tapi cikgu2 yang tak sempat nak rehat lepas buat pspa, kena sediakan soalan ujian. Kalau ngajar satu subjek mudah saja, tapi mycikgu mengajar 4 subjek. Nasib baik, mycikgu kena buat soalan untuk 3 subjek saja. Dan kali ni, soalan ujian kena buat JSU dan hantar JSU beserta salinan soalan untuk simpanan di fail unit peperiksaan. Nak buat JSU, cincai2 boleh... tapi dasar mycikgu, kalau buat sesuatu kerjatu, kena buat betul2, jadi terpaksalah sutdi balik buku pentaksiran subjek mycikgu. Objektif pembelajarannya, elemen yang ditaksir, penerangan elemen dan isi kandungannya. Setelah sakit2 kepala studi buku panduan pentaksiran, siaplah JSU bagi 3 sujek yang diajar. Siaplah 3 set soalan, tunggu nak diperbanyakkan saja, satu subjek kena riso, sebab bilangannya banyak dan dua lagi fotostat kerana bilangannya sedikit. Ohh... yess... stat tahun ni kena isi bolang pengesanan riso dan fotostat.   Isi2 borang ni boleh tingkatkan prestasi pelajar ke? Tak da kaitan langsung, saja nak banyakkan kerja dan nyusahkan cikgu lagi, di samping nak bazirkan kertas.

Lepas ujian, dah tentulah cikgu2 kena marking kertas, dan kena hantar sebelum due date nya. Barulah tak menyusahkan penyelaras tingkatan dan setia usaha peperiksaan, menunggu untuk key in markah dan buat analisis pencapaian mata pelajaran.

Itu baru kerja2 menyiapkan kertas2, core businessnya, masuk kelas macammana? Nak buat rancangan harian, study tajuk yang nak diajar, rancang bahan, rancang penilaian, aktiviti pelajar, kemudian merealisasikan perancangan semasa mengajar di dalam kelas. Pelajar pulak buat tak kesah dengan usaha cikgu nak bagi depa pandai. kerja sekolah tak buat, buku tak bawak, ponteng kelas, ponteng sekolah, lari kelas,  sembang masa cikgu mengajar, melewar-lewar, lambat masuk lepas rehat atau perpindahan kelas... dan macam2 lagi lah perangai pelajar yang perlu ditangani. Sabarlah mendepani karenah pelajar cikgu yaa.. Mereka ni aset kita... atau liabiliti kita di masa depan. Biarlah aset melebihi liabiliti.

Pelajar perlu diberi latihan, ada latihan di copy tulis tangan, yg cikgu beri bercetak dan tampalkan dalam buku latihan. Dan tentunya, latihan ini perlu diperiksa oleh cikgu, banyak latihan, banyak pelajar, banyaklah yang perlu diperiksa.

Yang diatas tu, semua kerja-kerja biasa bagi cikgu2 biasa, bagi cikgu yang duduk di kalangan pentadbir, selain mengajar dengan jumlah period yang hampir sama dengan cikgu biasa...... tak terkata-kata...

No comments: