WELCOME



Wednesday, May 30, 2012

Di mulakan cerita...

Akhir tahun 2011, suami telah ke Langkawi kerana ada mesyuarat. Keesokan harinya, kami pulak pergi, ambil teksi dari jeti kuah ke hotel. Malamnya, suami mengadu ada darah dalam najisnya, mungkin buasir. diapun ke farmasi berhampiran untuk mencari ubat yang sesuai, makanlah ubat tu . Mahal jugek harganya. Ini merupakan tanda2 terawal yang dia perasan, ada something wrong. Walaupun dinasihatkan pergi cek doktor, dia masih enggan, nak makan ubat buasir dulu, katanya. Lepas2 tu pendarahan tak berhenti jugak, bila buang air besar, ada saja kesan2 darah, macam darah dah lama... warna kehitaman pada najis. Rasa tak sedap hati, akhirnya bulan Februari, masa cuti tahun baru cina, diapun ambil keputusan untuk dapatkan pemeriksaan lanjut di Putra Medical centre. Bila buat endoskopi, ternyata ada ketumbuhan, doktor cadangkan buat pembedahan untuk membuang sebahagian usus yang ada ketumbuhan itu. Sel2 ketumbuhan juga diambil untuk dibuat kajian lanjut dimakmal. Doktor tanya , nak buat pembedahan segera ke atau nak tunggu keputusan makmal yang dijangka seminggu lagi. Hubby buat keputusan, tunggu lah, seminggu je pun.

Lepas seminggu baru nak ambil result. hubby terus ke ofis macam biasa. Tiada sakit2 lain, keadaannya sihat saja. Dan bermulalah episod seterusnya.

Tuesday, May 29, 2012

Kembali bersiaran

Cuba untuk mencoret sesuatu di blog yang sudah lama sepi ini. Kalau rumah mungkin dah penuh habuk dan sawang, kalau taman mungkin dah penuh lalang yang berbunga. Sejak awal tahun, terlalu banyak yang berlaku hingga menghadkan masa untuk berblog. Disamping kejadian kejadian yang tidak diingini yang membuka tirai 2012 menyebabkan mood untuk menulis di blog semakin tumpul dan beku.
Walaubagaimanapun, akan digagahkan juga untuk mencoret sesuatu, dari semasa ke semasa , menceritakan first hand pengalaman yang dilalui semenjak suami di sahkan mengidap kanser usus. Mungkin boleh dijadikan panduan dan juga catatan memori yang akan kekal selagi ada alam maya ini. InsyaAllah.