WELCOME



Thursday, February 17, 2011

Buku rekod mengajar 2011

Sabarlah cikgu-cikgu semua, banyak sungguh due date yg cikgu2 kena ligan sekarang ni. Kenapa tahun ni jadi macam ni. Tahun lepas tak teruk sangat rasanya. Bermula dengan menyediakan Buku Rekod Mengajar, selalunya, BRM yang lengkap dihantar pada bulan Februari, tapi tahun ni kena hantar di minggu ke dua sekolah dibuka. Padahal dalam borang PKB , semakan buku rekod yang lengkap adalah pada akhir Februari.

Susah ke buat buku rekod? Kalau buat rancangan harian tak susah, tapi, kena ada 9 item yang dilengkapkan. Nanti mycikgu senaraikan:
1. Nama di kulit luar
2. Maklumat diri di bahagian dalam
3. Jadual waktu dan analisis jadual waktu
4. kalendar sekolah
5. rancangan pengajaran tahunan (ikut subjek yang diajar)
6. kontrak latihan pelajar
7. rancangan harian
8. senarai nama pelajar mengikut format HC 3 (banyak kelas/subjek, banyaklah senarainya)
9. catatan mesyuarat, kursus di bahagian belakang buku rekod.

Rancangan pengajaran tahunan dan kontrak latihan pelajar yang susah sikit nak buat, sebab masa membuatnya, takwim sekolah kena ada di sebelah, untuk rujuk hari / minggu persekolahan, cuti umum, cuti sekolah , cuti peristiwa, untuk diselaraskan dengan tajuk2 pengajaran. Kelas peperiksaan kena habiskan silibus sebelum Ogos, kerana periksa percubaan nak stat dah.

Nak buat HC 3 pulak, kena siap HC 1, HC 2 dulu. Baru cikgu2 mata pelajaran boleh ambil untuk buat HC3. Nak buat HC 1 tu pulak kena buat berulang2, sat pelajar keluar, sat ada pelajar baru masuk, bilangan tak tetap, dan bilangan calon ni, kena sinkronais lah bagi semua subjek, barulah valid. Kesian kat GB tingkatan 3, terkejar2 kesana sini, bagi maklumat, mintak maklumat, ada cikgu yang laju buat kerja, ada cikgu yg selow, ada yg teramat selow.. Date due dah lepas, masih tak siap2 lagi kerja dia... hah, kalau pelajar tak hantar kerja rumah, tahu pulak dia ngomel2, marah... bila time sendiri... macam2 alasan yg diberi.

Sabarlah cikgu2 sekelian. Kalau rasa nak bernafaspun dah tak lepas, tarik nafas panjang2 dan dalam2. Jangan tension2... tak berbaloi. Jangan masam2 muka , ceria selalu..

No comments: