WELCOME



Sunday, February 13, 2011

Makan time...

Dah lama teringan nak makan kari ikan tongkol campur belimbing besi. Khamis lepas dengar bising-bising kat belakang kanti, pi jenguk2, rupa2nya depa dok kait buah belimbing besi yang bergugus-gugus kat pokok belakang tu. Apa lagi tumpang sekaki lah, buat muka kesian.. nak jugak, sambil tadah plastik. Tapi nak buat petang tu tak da gu pulak. So, petang Jumaat tu lepas ambik dan hantar anak dari tusyen, singgah kat market simpang kuala. Alhamdulillah, ada ikan tongkol putih yang sirip panjang tu. Tapi Sabtu tu, tak buat lagi kerana ada Ladap (previous entri) dan balik rumah ada kenduri tentu belanja kat sebelah rumah. Tak masak lagi. Petang Ahad baru boleh masak dan makan hidangan ni.... kari ikan tongkol/aya/kayu dengan buah belimbing besi. Sedaap...

3 comments:

Impian Murni said...

salam As,Yang ni bukan ka org panggil belimbing buluh...belimbing besi yang bersegi tu.....yang org minum air tu belimbing besi kan....

MOHD REZUAN BIN MAT ISA said...

cikgu kalau nak banyak mai rumah saya kat kampung baru depan simpang wat padang peliang,call saya kalau nak saya bagi percuma,lagi satu correction bukan belimbing besi tapi belimbing buluh,tq

mycikgukita said...

ya la, belimbing buluh , tersilap lah pulak. rezuan sekarang musim ke? buat sambal kering dgn ikan bilis sedap ni.