Cuti hujung minggu yang panjang, ramai yang ambil kesempatan menjadi pengantin baru. Hari ini saja mycikgu dijemput 4 kenduri. Out of 4, mycikgu attend 3, quite good lah kan, dah capai KPI lah tu. Satu yang tak pergi tu pun dah ada wakil yang pergi , iaitu suami dan anak.
Mycikgu pergi kenduri mula2 sekali di Alor Star, rumah kawan anak, kahwin kakak dia. Mujur senang nak cari rumah dia, kat around Jalan Gangsa , jimat masa sebab ada kenduri lain lagi nak ligan ni. Disebabkan di rumah tadi dah makan nasi, berlaukkan gulai daging rias pisang, yang first time experimenting dan tak menjadi... kenyang lagi, mycikgu opt for laksa. Yang specialnya laksa tu halus2, besar sikit dari meehoon, dan kuahnya pun sedap. Selepas mengslurrping laksa, kamipun minta diri dari tuan rumah, terima kasih, tahniah kerana dapat menantu dari putra jaya.
Selepas tu famili mycikgu meneruskan perjuangan yang belum selesai, kenduri kat Kokdiang pulak, member anak sorang lagi, kalini, abangnya kawin. Yang ni kena pakai GPS, sebab tak biasa dengan area sana. Senang juga ada GPS, terus jumpa rumah kenduri. Masih kekenyangan, nasib baik ada rojak buat, makanlah rojak buah. Jumpa kawan anak, tanya mak mana? Ya lah kan abang dia kawin, so, mesti jumpa tuan rumah nak salam, salam kaut... heh ...heh, nak ucap tahniah, tapi budak tu kata, mak dia yang tu, tapi tuan rumah yang ni... sambil memperkenalkan 2 different ladies. Selepas beberapa saat, dan terklip pop-klip-pop kekeliruan, akhirnya mycikgu faham.
Seterusnya, kenduri di Jalan Kaki Bukit, Perlis. Oleh kerana Zohor dah lanjut kamipun berhenti solat dulu. Lepas tempek bedak serba sikit, kami meneruskan perjalanan ke Kaki Bukit. Sampai dalam pukul 4 petang, tapi orang masih ramai dan makananpun nampak banyak lagi. Kalini pulak, selain nasi, ada laksa, ada kuih-muih dan bubur. Mula-mula tak mau makan nasi, nak makan kuih dan kopi O saja, tapi jeling-jeling kat meja buffet tu ada kerabu, nampak sedap.. dan ada gulai daging rias pisang. Ini kena rasa ni, awat gulai rias pisang dia tak sama dengan rias pisang mycikgu. Sohih, experiment mycikgu tu tak menjadi. Takpa cuba lagi lain kali. Makanlah nasi dankuih-kuih kat kenduri tu pulak.
Dah dekat dengan Padang Besar,, so... apa tunggu lagi, hari masih awal. Kamipun pederas ke Padang Besar, dan mycikgu bawa gelang kristal yang dibeli dulu di sana dan dah putus untuk diperbaiki. Kalau diperbaiki di sana tak kena caj. Orang punyalah ramai, macam semut menghurung gula, mycikgu alergik betullah kalau bersesak2 ni.
Kami nak solat asar dulu di surau kat bazar. Surauni pelik sikit, tempat ambil wuduk bercampur lelaki perempuan, macammanani, buat amal ibadat campur dengan kemungkaran... tak boleh jadi, mycikgu ajak my daughters pergi ambil wuduk di tandas atas. Aikk.. dalam tandaspun kena queue, dahlah kebersihannya fail. Dalam bakul sampah, penuh... siap ada pampers yang bernajis, itulah mindset sesetengah orang kita... nak buang benda2 macam tupun, nak kena ajar ke? Pikiaq lah sendiri, jangan lepas diri sendiri saja, kebajikan dan keselesaan orang lain perlulah dijaga. Akhirnya tibalah giliran mycikgu masuk ke tandas, walaupun ada yang potong q,dengan alasan dia dah tua. Eh..eh..mycikgu pun dah tua, atau dia nampak mycikgu ni muda lagi ke??
Turun ke surau satu hal pulak, crowded, yang sudah sembayang pun duduk lama-lama, nak tempel bedak,nak bubuh gincu, dan nak lilit tudung lagi.... tu lah, payah orang perempuan ni. Nasib baik mycikgu bawa telekung sendiri, sebab telekung yang disediakan di surau tu dilonggokkan dalam satu kotak kertas yang besar, warnapun dah lebam-biru-birat dah. Hei... siapa yang bertanggungjawab ke atas premis ni ha?? Teruk sangat pengurusannya. Daripada 20 tahun lepas, tak da apa yang berubah, makin teruk adalah. Selekeh, panas, berkuap,tak selesa sungguh. Nak shoppingpun tak da mood.
Selepas solat, mycikgu terus pergi ke kedai kristaltu adik tu kata, yang boleh repair tu dah balik, akak datang balik esok. Esok??? Hmm... bila tahun pulaklah boleh datang. Lepas tu jum baliklah, orang terlalu ramai, bagi dia orang je yang shopping.
On the way balik, walaupun dah dekat maghrib, husband menguap je, ni mesti kes terlebih kenyang.. Kami stopped by kedai pasembur kodiang ori di tepi jalan tu untuk minum. Sedap juga kuah pasembor dia, tapi dari segi isi kandungannya boleh diimprove lagi. Bukan setakat cucuq dan sikit sangat sayuran timun, sengkuang tak da langsung... tak taulah kut kehabisan stok ke..
Kami menyambung perjalanan dan singgah solat maghrib terus jamak isyak di masjid Jitra. Senang hati, bila dah selesai menjalankan kewajipan kepada Illahi untuk hari ini. Kami sampai di rumah lebih kurang pukul 9 malam. Gulai rias pisang dan nasi masih banyak, tapi tak da siapa yang nak makan kerana masih kenyang. Sayang takut basi, masukkan dalam bekas letak dalam peti ais... Selamatlah kau gulai untuk malam ni.
Trend kenduri sekarang ni, dah lain dari dulu, kalau dulu hidangan tak da pilihan makan lah nasi tu, sekarang ni, macam-macam ada... tak lalu yang tu makan yang ni, kalau lalu semua makan semua, tuan rumah buat kenduri untuk dimakan. Door gift pulak, kalau dulu bunga telur, tapi sekarang tak da bunga telur dah, ada goody bags, dan dalamnya ada buah, sapu tangan, sumi jelly, kuih-muih dan macam2 lagi yang tuan rumah rasa nak letak.
Tahniah kepada semua pengantin2 baru dan keluarga mereka kerana berjaya menjayakan satu keraian yang bukan sikit2 modal dan mesti dengan penat lelah.
2 comments:
Salam kenal.
Saya lompat masuk dari blog Kak G ni untuk kenal orang Kedah ni.
Ish makan kenduri sakan nampaknya! Hehe.
thanks keri... I'll follow u back.
Post a Comment