WELCOME



Friday, February 11, 2011

Kegawatan Mesir berjangkit ke negara lain.....

Bertahan untuk 2 minggu, menaruh harapan masih ada jalan keluar, namun akhirnya Hosni Mubarak, presiden Mesir akur bahawa dia sudah sampai ke hujung jalan, terpaksa menurut kehendak rakyat, begitulah dilapurkan oleh mantan menteri pertahanan Mesir, Binyamin Ben-Eliezer. Keakuran ini hanya beberapa jam selepas ucapan memujuknya yang memindahkan beberapa tugas penting kepada timbalannya, tapi masih berkeras untuk bertahan.

Keengganan ini menaikan kemarahan ratusan ribu penunjuk perasaan yang mahukan tiga dekad zaman pemerintahannya ditamatkan..full stop... tak da peralihan2 kuasa. Penunjuk perasaan menggegarkan Mesir selama lebih dua minggu dan kelmarin , Jumaat, penunjuk perasaan membanjiri jalan2 di Mesir, dan semakin merebak. Bukan setakat di Kaherah sahaja.
Di dalam perbualannya, Ben -Elizer berkata Mubarak sedar perjalanannya sudah sampai ke titik nokhtah.

Cuma sebagai Presiden selama 30 tahun beliau hanya berharap satu perkara: berikanlah daku jalan keluar secara terhormat, sekurang-kurangnya berilah penghormatan kepadanya apabila dia turun dari takhta presiden.
Sementara itu, ratusan penunjuk perasaan telah mendominasi jalanan di Jordan dan Iraq hari Jumaat lepas, sebagai tanda sokongan mereka kepada perjuangan rakyat Mesir menolak Mubarak, sambil-sambil tu mereka juga menguar-uarkan rasuah dan kurangnya perkhidmatan kerajaan kepada negara mereka.
Dunia Arab sedang terbakar... kata mereka dan khabarnya mereka akan menghumbankan Mubarak ke dalam sungai Nil, sekiranya dia tidak menyerahkan kuasa. Ish...ish lebih dari rakyat Mesir pulak mereka ni.

Bagaikan penyakit berjangkit, 1000 orang penunjuk perasaan di 3 bandar di Jordan meminta Perdana Menteri yang baru dilantik minggu lepas oleh King Abdullah II letak jawatan kerana tidak berpuashati dengan kenaikan harga minyak, makanan, rasuah dan pengangguran. Mesti lepas ni ramai pemimpin yang rasa cuak takut rakyat negara mereka terjangkit dengan gerakan yang semakin menggila ini.

Di Baghdad pula, ratusan manusia berarak sambil mengangkat sepanduk : tiada rasuah, kami mahu kebebasan, jalanan penuh dengan lumpur tapi poketmu penuh dengan duit, tuduhan mereka kepada kepimpinan.
Di ibu Negara , Sadr, 2000 orang berarak di jalan, sambil membawa tong minyak kosong, simbol kemiskinan yang semakin berleluasa, walaupun negara mereka antara negara yang mempunyai simpanan minyak tertinggi di dunia.

Di Israel pula, pemergian Mubarak dari pentas politik mungkin mengakibatkan peningkatan persaudaraan sesama Islam, kerana memang dimaklumi bahawa Mesir adalah sekutu Amerika dan Israel yang utama.
Senario ini mungkin mengancam keselamatan Israel, kerana di bawah pemerintahan Mubarak mereka ada penjanjian damai sejak 1979. Pemerintah selepas ini belum tentu lagi...

Begitulah.... dunia Arab yang selama ini dilimpahi kekayaan dari simpanan minyak mereka rupanya tidak sekaya yang disangka, kerana kekayaan itu tidak dibahagi samarata, hanya dikuasai oleh mereka yang berkuasa. Sedangkan rakyat biasa menanggung derita dan akhirnya api dalam sekam selama ini meletus sehebat larva gunung berapi dan tidak dapat di tangani lagi, walaupun oleh pemimpin yang paling berkuasa selama ini.

Berita terkini, Mubarak telahpun dirancang untuk meninggalkan Mesir, walaupun sebelum ini hasratnya untuk mati dan dikebumikan di tanah tumpah darahnya . Hasratnya mungkin tidak kesampaian, kerana kemarahan rakyat tidak dapat dibendung lagi, seperti presiden Marcos yang meninggalkan negara sehingga mati dalam buangan, malah mayatnyapun tidak dibenarkan dibawa pulang ke Filipina. Rakyat mengambil sikap  "tiada maaf bagimu.." , "Get lost".




______

No comments: