WELCOME



Wednesday, February 9, 2011

Jadual Spesifikasi Ujian

Ramai yang mempersoalkan kenapa perlu JSU? Ribuan contoh2 soalan yang terdapat di pasaran. Tak perlu nak bina item sendiri kerana copy paste shj selesai masalah nak siapkan satu set soalan. Click shj carian di internet, juga banyak soalan yang boleh diperolehi.  Memang tak dapat dinafikan.
JSU ni cuma diperlukan untuk penggubal2 soalan sahaja, bila nak gubal soalan percubaan peringkat negeri ke, peringkat daerah ke.. Kalau setakat nak sediakan soalan ujian bulanan sekolah sahaja tak perlu JSU, ciplak saja mana2 soalan, atau fotostat saja dari mana2 buku latihan dan rujukan, selesai dah masalah.

Betulke berpendapat macamtu? Yang sebenarnya, JSU bukan tinggal JSU saja. Selepas buat JSU ,buat soalan, jalankan peperiksaan, semak jawapan pelajar, buat analisis item, cari indeks kesukaran dan soalan dimasukkan ke bank soalan, ikut aras kesukaran sama ada rendah, sederhana atau tinggi, mengikut taksonomi Bloom, pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis dan sintesis.

Ini melibatkan banyak kerja, banyak paper work yang perlu dilaksanakan, dan ini mungkin menjejaskan masa untuk merancang dan menyediakan pengajaran yang lebih berkesan. Jadi mycikgu berpendapat kalau setakat nak buat ujian bulanan tu tak payah lah buat JSU, peperiksaan lebih besar seperti pertengahan tahun dan akhir tahun perlu buat, sebab untuk menyediakan soalan ni, ada panel yang dilantik. Sebab selalunya peperiksaan ni dibuat secara berpusat, sama ada daerah atau negeri.

Tetapi yang penting semasa nak menyediakan soalan ujian bulanan ialah, macamana nak memilih soalan, supaya soalan tu sesuai dengan tahap pelajar. Atau cikgu tidak memilih semua tahap rendah, sehingga tidak mencabar kebolehan pelajar pandai, atau terpilih semua soalan tahap tinggi dan menimbulkan ketidakadilan kepada pelajar lemah. Di sinilah perlunya JSU, sebab dalam JSU, kita mengenalpasti aras kesukaran soalan. Jadi JSU ni sebenarnya membantu kita dalam menentukan aras kesukaran soalan, soalan yang dipilih dari bank soalan, supaya soalan yang adil dapat disediakan untuk pelajar.

Oleh itu dapatlah kita menyediakan soalan yang bernisbah 5:3:2.  Jadi walaupun merimaskan, JSU perlu disediakan walaupun untuk soalan ujian bulanan.

No comments: