Alhamdulillah , hari ni, sempurna sudah kursus latihan dalam perkhidmatan ke dua bagi panitia KHB. Daripada 10 orang, 9 orang telah menghadirkan diri, sorang tak dapat hadir kerana ada urusan peribadi. Oleh kerana mycikgu di tugaskan menyediakan minuman, pagi2 lagi mycikgu dah sibuk2 kat dapur, bancuh air teh o, letak dalam flask panas, bancuh air sunquick nenas, katuk ais, cari bekas, himpun gelas , angkut semua2 tu letak dalam kereta. Dua, tiga kali angkut jugak, lah, berpeluh-peluh pagi2 tu. Capai handbag... eh.. awat ringan semacam ja, handbag ni, tekan2, kempis je ni, must be something yang tak da. Bukak handbag, handset ada, duit, MasyaAllah, poket yang isi lesen, kad bank, kad pengenalan, kad kredit, pi mana ha? Berkeliling cari, nak drive macam mana tak da lesen ni. Jatuh kat mana pulak dah. Semalam masa berhenti makan durian kat kedai minum di Pendang, rasanya ada lagi. Hati mula rasa tak sedap, maklumlah , kad bank, kad kredit, kalau jatuh ke tangan yang tak bertanggung jawab... nahas ni. Dah nak semput cari, masuk sekali lagi ke bilik... elok je terletak atas katil poket tu. Huish... alhamdulillah, lega rasanya, terus capai dan bergegas ke sekolah.
Sampai kat sekolah, yang lain semua dah sampai, merekapun nampak lega, sambil kata" kami ingat nak makan nasi sambil minum ayaq mata dah... kalau akak tak mai". Heh..heh.. menu padi tadi boleh tahan juga. Selain berkursus elektronik, jadi kursus masakan lah pulak, sebab masing2 sempat berkongsi rasa, dan bertukar resipi. Cikgu2 perempuan lah. cikgu lelaki setakat tanya, 'ni sapa buat' dan terus nyum..nyum..nyum.
Kali ni kursus di handle oleh KP sendiri, sebab dia sorang je opsyen kemahiran teknikal, memang amat arif dengan bidang elektronik ni. Yang lain memang bermasalah sikit, tambah cikgu yang bukan opsyen KHB, tak da formal training dalam bidang ni, belajar sikit2 masa kursus sahaja.
|
Taklimat sebelum amali |
|
Sedang khusyuk membentuk kaki komponen untuk di pasang ke bod litar |
|
Dah nak siap ni... memateri kaki komponen |
|
Sebelum pasang, kena tau menterjemah litar skematik ke litar bergambar dulu. Pening..pening |
|
Hasil akhir... untuk pengetahuan, komponen elektronik sekarang dah jadi semakin kecil saiznya, kakinyapun semakin lembut, nak masukkan kaki komponen ke lubang vero bod, macam nak masukkan benang ke lubang jarum. Dah lah mata masing-masing semakin rabun. Siksa sungguh mengajar elektronik ni, lebih2 lagi bila pelajar tanya.. "cikgu saya pasang ni betul dak, cek sat"... Cek sendirilah chek oiii... |
Terima kasih kepada semua yang sanggup hadir meluangkan masa hujung minggu ni, untuk berkursus. terima kasih juga kepada yang datang bawa makanan. sudahlah makan kenyang di sekolah, masih boleh bawa balik lagi. Meringankan sikit kerja2 di rumah kelak. Semuga usaha kita ini membuahkan hasil, Panitia KHB terus maju...
No comments:
Post a Comment