Pukul 10.05, selepas rehat, waktu ke 4. Ada kelas KH ni. Ambik beg kelompen, masukkan handout, gam, pembaris, pensel, buku rekod, buku teks , adalah 2 kg berat beg tu. Nak masuk kelas ni, kena buat persediaan lebih, sebab sat lagi, ada yang tak bawak pensel, tak bawa gam, tak bawa buku teks, tak bawak buku nota ataupun latihan. Boleh tak jadi kerja dibuatnya.
Sampai bengkel, ada 3 orang baru, lepak santai tepi kolam.
Cikgu: Mana yang lain?
budak: ada banyak ni je
Cikgu: masuk, buka tingkap, turunkan kerusi.
Tak lama lepas tu sorang-sorang masuk, lenggang, tak bawak apa.
Cikgu: kenapa lambat?
budak: sakit perut
Cikgu: sorang lagi ni? takkan dua2 sakit perut.
budak: teman dia sakit perut.
Darah cikgu dah sampai telinga. Nasib baik pakai tudung, kalau tak tentu nampak telinga cikgu merah menyala.
Tunggu punya tunggu, 35 minit kemudian baru semua 10 orang yg hadir hari tu ada di bengkel. Cikgupun mula lah memuntahkan peluru...
Cikgu: kenapa lambat sangat...35 minit baru nak sampai...dah tu buku tak bawak..lenggang.. nak jadi apa kamu semua ni?...makin lama , makin teruk perangai masing2? (Dengan suara yang kuat)
Terdiam juga budak2 yang terkenal hingaq di kalangan cikgu2 lain , bila cikgu mula naik angin. Tambah2 lagi bila tengok cikgu hayun2 kayu (yang memang banyak dalam bengkel kayu tu) sambil ketuk2 meja.
Bila tengok semua dah diam...cikgupun keluarkan handout...
cikgu: maih ambil sorang satu, gam dalam buku nota. Ambik gam kat depan ni.
budak: sorang satu cikgu?
cikgu: ...senyap..
budak: pelekat dalam buku cikgu?
cikgu: ....senyap...
Satu-satu handout dikeluarkan, sampai 6 semuanya. Kalau bagi semua sekali, berterabur dan keliru nanti.
Cikgu cek sorang-sorang, pastikan semua 6 handout dah di tampal dalam buku nota.
Cikgu: Sekarang kita baca nota tu, kamu...(sebut nama) baca..
budak: tak reti baca cikgu... suruh depa lain
Cikgu: baca jugak, cikgu nak dengar
budak: .....merangkak-rangkak baca....
Yang lain pun macam tu, walaupun dah tingkatan 3, baca masih merangkak2. Loceng habis masa berbunyi.
cikgu: ok, kita sambung nanti, balik berlatih baca di rumah... baca kena lancar, baru faham.
budak: macam saya cikgu noh... (dengan bangga) sebab dia dapat baca lancar banding dengan yang lain.
Tiba-tiba nampak budak yang sakit perut tu terlentuk atas meja bengkel,
cikgu: tu awat tuh? pengsan dah ke?
Budak lain: dia senak perut cikgu
cikgu: senak perut kena apa?
budak: dia tak makan cikgu..
cikgu: kenapa tak makan?
budak: dia tak da duit cikgu...
Terkedu cikgu, kucing cikgu pun dah kekenyangan pagi2 tadi. Kesiannnya...
Cikgu: la .... awat tak habaq... maih ambil duit cikgu bagi, sat lagi singgah kantin makan dulu sebelum masuk kelas.
Habis kelas KH hari tu, habis marah, timbul kesian pulak. Patutlah budak2 ni tak cerdik, banyak sangat masalah, makanpun tak cukup.
Dalam hati, cikgu berazam untuk tingkatkan kesabaran mendepani mereka pada masa akan datang.
InsyaAllah.
WELCOME
Monday, February 28, 2011
Saturday, February 26, 2011
Tiap-tiap hari mengasah...
Pepatah berbunyi" Belakang parang kalau diasahpun akan tajam", membawa makna, sesuatu yang dibuat kalau berterusan akan mendapat hasil yang diidamkan. Jadi cikgu ni, apa yang diidamkan ialah, menjadikan muridnya pandai, bijak, beleh jadi insan yang cemerlang dunia dan akhirat, dapat menyumbang kepada agama , bangsa dan negara, jadi modal insan yang dapat bersaing di peringkat global.
Tapi minda bukan macam belakang parang, susah betul nak asah. Lagipun bukan hari2 boleh mengasah, hari2 tertentu saja untuk subjek kita. Inipun satu kekangan jugak. 5 waktu seminggu, tak cukup untuk menyampaikan pelajaran kepada pelajar yang cuma berharap kepada sekolah 100 percent.
If only mengasah minda senang macam mengasah pensel....

LADAP 2 -ELektroniK
Alhamdulillah , hari ni, sempurna sudah kursus latihan dalam perkhidmatan ke dua bagi panitia KHB. Daripada 10 orang, 9 orang telah menghadirkan diri, sorang tak dapat hadir kerana ada urusan peribadi. Oleh kerana mycikgu di tugaskan menyediakan minuman, pagi2 lagi mycikgu dah sibuk2 kat dapur, bancuh air teh o, letak dalam flask panas, bancuh air sunquick nenas, katuk ais, cari bekas, himpun gelas , angkut semua2 tu letak dalam kereta. Dua, tiga kali angkut jugak, lah, berpeluh-peluh pagi2 tu. Capai handbag... eh.. awat ringan semacam ja, handbag ni, tekan2, kempis je ni, must be something yang tak da. Bukak handbag, handset ada, duit, MasyaAllah, poket yang isi lesen, kad bank, kad pengenalan, kad kredit, pi mana ha? Berkeliling cari, nak drive macam mana tak da lesen ni. Jatuh kat mana pulak dah. Semalam masa berhenti makan durian kat kedai minum di Pendang, rasanya ada lagi. Hati mula rasa tak sedap, maklumlah , kad bank, kad kredit, kalau jatuh ke tangan yang tak bertanggung jawab... nahas ni. Dah nak semput cari, masuk sekali lagi ke bilik... elok je terletak atas katil poket tu. Huish... alhamdulillah, lega rasanya, terus capai dan bergegas ke sekolah.
Sampai kat sekolah, yang lain semua dah sampai, merekapun nampak lega, sambil kata" kami ingat nak makan nasi sambil minum ayaq mata dah... kalau akak tak mai". Heh..heh.. menu padi tadi boleh tahan juga. Selain berkursus elektronik, jadi kursus masakan lah pulak, sebab masing2 sempat berkongsi rasa, dan bertukar resipi. Cikgu2 perempuan lah. cikgu lelaki setakat tanya, 'ni sapa buat' dan terus nyum..nyum..nyum.
Kali ni kursus di handle oleh KP sendiri, sebab dia sorang je opsyen kemahiran teknikal, memang amat arif dengan bidang elektronik ni. Yang lain memang bermasalah sikit, tambah cikgu yang bukan opsyen KHB, tak da formal training dalam bidang ni, belajar sikit2 masa kursus sahaja.

Taklimat sebelum amali |
Sedang khusyuk membentuk kaki komponen untuk di pasang ke bod litar |
Dah nak siap ni... memateri kaki komponen |
Sebelum pasang, kena tau menterjemah litar skematik ke litar bergambar dulu. Pening..pening |
Friday, February 25, 2011
Huduh perangai MIKO...
Tak mau kawan sudah.... Miko tidoq kat sini |
Bila nak habis tengok tv ni.. |
Tuesday, February 22, 2011
Headlines konflik di Timur Tengah.....
1. Muammar ghadafi dilaporkan lari ke Venezuela, namun dinafikan
2. Bahrain batal perlumbaan F1 yang dijadualkan tidak lama lagi (13 Mac)
3. Tarikh mula sesi akademik di Mesir telah diumumkan, akhir februari dan awal Mac
4. Jordan membawa ratusan rakyatnya keluar dari Libya
5. Presiden Yaman tolak desakan letak jawatan
6. Mesir bekukan harta Hosni Mubarak
7. Aktivis Mesir anjur himpunan sejuta orang Selasa
8. Penunjuk perasaan tawan beberapa bandar di Libya
9. EU staff cari gali minyak mula dibawa keluar dari Libya
10. Pemimpin pembangkang ambil kesempatan akan balik ke Bahrain
11. 5 maut dalam rusuhan anti kerajaan di Maghribi

Monday, February 21, 2011
Kegawatan di Teluk
Kejadian protes bermula di Tunisia, melarat ke Mesir, berjangkit ke Yemen, terus ke Bahrain dan singgah di Iran ssecara terus-terusan menekan pemimpin2nya. Kebanyakkan pemimpin nya adalah pemimpin otai seperti Hosni Mubarak yang dah 30 tahun memerintah.
Di Yaman negara Islam paling miskin, presidennya Ali Abdullah Saleh, juga telah memerintah selama 30 tahun.
Di Bahrain, beratus2 penunjuk perasaan berkumpul dihari ke sembilan.
Penunjuk perasaan berhimpun di jalanan , memasang kemah2, mahukan kerajaan dibubarkan, tahanan2 potitik dibebaskan, dan akhiri diskriminasi terhadap muslim shiah. Penunjuk perasaan mahukan keluarga kerabat diraja yang sudah 200 tahun memerintah turun takhta.
Bahrain, Yaman , Mesir adalah negara-negara yang mendapt sokongan kuat Amerika dari segi bantuan kewangan dan kuasa politik. Di tiap2 negara kebanyakkannya menuduh pemimpin mereka rasuah, hidup dalam kemewahan sedangkan rakyat hidup dalam kesempitan. Kebanyakan protester adalah generasi Y, yang menyeru satu sama lain mengadakan protest secara besar2an melalui laman2 web seperti facebook dan twitter.
Di Malaysiapun, mantan PM Dr M telah menyuarakan dia bersetuju sekiranya jawatan PM dipegang selama 2 penggal sahaja atau 8 tahun.

Automatic robot vacum cleaner
Dah lama nak berkenalan dengan alat ni, tapi tak da kesempatan. Pernah terbaca mengenai keunikannya. Sehinggalah Jumaat lepas, masa ke pacific mall , alor star.
Teknologi Jepun, tapi made in Malaysia. Harganya pun berpatutan, menyebabkan cikgu berani beli. Bawak balik kena caj bateri 12 jam dulu. Esok pagi baru boleh try run. Rumah cikgu memang banyak kucing, jadi hari2 kena sapu untuk bersih dari bulu kucing, kutu kucing, cengkenit bawak dek kucingpun ada.
Jadi rasanya satu kemudahan jugaklah ada menda ni. Dia dapat memvakum selama 2 jam , lepas tu dia akan balik sendiri ke dock dia untuk recaj bateri , selama 3 jam. Pandai kan? Kalaulah handset, camera, laptop pun pandai macam tu, kan senang banyak. Dia ada sensor, untuk cari dock, tak jatuh tangga atau masuk bilik air. Dalam masa 2 jam tu sambil kita buat kerja lain, dia akan merayau2 di dalam rumah sambil menyedut . Kalau agak2 dah bersih walaupun belum sampai 2 jam kita boleh guna remote untuk suruh dia balik ke dock untuk di recaj. Dia akan mengundurkan diri dengan humblenya ke dock, recaj dan duduk senyap2 sampai kita operate dia semula. Senangkan.
Tapi dia tak pandai nak buang habuk yang divakum sendiri, yang tu kita kena tolong buatkan. Selain dari memvakum, dia ada 4 lagi fungsi, mengemop, sanitize kuman sebab ada infra red, purify udara dan auto cleaning.
Well, arigato gozaimas kepada Jepun yang cipta teknologi ni... bijak...bijak.
Bibik moden |

Sambal hitam belimbing buluh...
Sekarang ni musim belimbing buluh tengah jenuh berbuah. Selain di buat gulai lemak cili padi, sambal mentah, ada satu lagi jenis masakan yang sedap menggunakan belimbing buluh.
Masakan ni, masakan tradisi dari Pahang, namanya sambal hitam belimbing buluh. Rupanya pun tak segelamer namanya, tapi sekali kena pasti nak lagi.

Bahan utamanya tentulah belimbing buluh. Banyak tau, kalau setakat 10 biji tu tak jadik apa. |
Ikan bilis yang di tumbuk , jangan terlalu hancur. |
cili padi dan bawang besar, ditumbuk hancur. In my case, blend kering. |
Thursday, February 17, 2011
Bitter-sweet di sekolah...
Sambil menyiapkan BRM, cikgu2 kena hadiri mesyuarat. Takwim bulan Januari padat dengan mesyuarat. Bila masuk mesyuarat, duk langut dalam bilik mesyuarat, sedangkan kepala berserabut dengan hak nu, hak ni yang tak siap lagi..
Bila ada mesyuarat, kena ada minit mesyuarat... satu lagi dokumentasi yg ada due datenya. Sepatutnya, minit mesyuarat perlu diberi kepada semua ahli mesyuarat seminggu selepas mesyuarat, supaya ahli mesyuarat dapat rujuk, apakah tindakan yang perlu dilakukan. Tapi so far... ahli mesyuarat dapat minit sebelum mesyuarat kedua...or worst... semasa mesyuarat ke dua akan berjalan, untuk memenuhi agenda membentang dan mengesahkan minit mesyuarat dan perkara berbangkit.
Sambil nak menyiapkan minit mesyuarat tu pulak, kena tengok HC pulak, sebab yang ni pun, ada due datenya. Kesian kat cikgu2, kerana tahun ni kena buat dua kali HC. Sebab, Jabatan keluarkan arahan, markah lulus 36. Dulu, elok dah markah lulus 36, jabatan keluar arahan , markah lulus 40. Kenapa di up kan? Kenkonon nak naikkan standard lah, tapi bagi pelajar2 lemah, semakin lemah semangat, sebab tak pernah lulus2... Bila cikgu2 pertikai, jabatan kata... ikutlah sekolah nak pakai markah lulus berapa, tapi laporan ke jabatan kena pakai 40. Takkan nak buat kerja dua kali, akurlah dengan kehendak jabatan. Tapi bila dibandingkan markah negeri dengan markah negeri lain... ha... hambik kau... tercorotlah.
Sebab negeri lain markah lulusnya 36. Tak seronoklah pulak, sebab tu sesuka ja tukar balik jadi 40. Masa diumumkan dala mesuarat, terkejut cikgu2... sebab dah nampak dah... nak kena buat HC all over again... dah lah kerja lain banyak lagi... ingatkan Hc dah settle. Tapi nampak gayanya belum lagi.
Due date untuk hantar HC di extend ... so the work had been dragged to a longer, torcherous time.
Itu kesahnya HC, macammana pulak dengan Prancangan strategik ? Perancangan jangkapanjang kalini 3 tahun saja. Kalau dulu 5 tahun, alasannya 5 tahun lama sangat tak praktikal... ehh... rancangan malaysia lagi lama pa... 10 tahun. Tak palah... buat. Sebelum cuti hujung tahun, sekolah dah muat mesuarat bentangkan kat cikgu2, format pspa nak buat macammana. Beri panduan, supaya semua format sama, sinkronais, baru nampak sehati sejiwa. Cikgu2 pun pakat2 lah datang sekolah masa cuti, utk bincang nak buat Pspa. Nanti bila bukak sekolah, tak gaduh dah, boleh mengajar dengan akan, tumpukan perhatian kepada pengajaran dan pembelajaran sahaja, yang cikgu2 maklum core business mereka. Tup...tup... PPD bawak keluar format... masa cuti. Bagi cikgu yg buka portal ppd, mula keliru... nak ikut format sekolah bagi ke... nak ikut format ppd bagi. Kalau format sekolah... dah nak siap dah, kalau format ppd kena buat lain. Kesian cikgu2, terkeliru dan dah mula rasa.. kerja buatnya sebelum ini, akan dibakulsampahkan..
Last2, format sekolah tak ikut, format ppd pun tak ikut, ikut format jabatan. Jabatan tak bawak keluar format, tapi pspa jabatan dijadikan format. Untuk buat pspa sekolah dan pspa panitia mata pelajaran.
Teruk juga nak ikut pspa jabatan yang dijadikan format... ada isu, ada objektif, ada matlamat, ada kpi, ada pelan tindakan .... memanglah, pspa kena ada yang tu, tapi hubungkait antara tiap satunya itu, teramatlah mengilirukan... macam tak relevan , tak kena gaya , tak kena cara. Dan nak menterjemahkannya menjadi pspa panitia, bagaikan nak semput dibuatnya, tak tembus, tak nampak, buntu. Cikgu2 yang buat pspa tak senang duduk, mandi tak basah, tidurpun termimpi2 pasal pspa, keningpun berkerut ja. Orang buat lawakpun tak berasa nak gelak. Lainlah, dengan cikgu2 yang ambil tapak orang dah buat, mudah lah kerjanya... tak pa lah, biar susah sikit, asalkan dapat tolong kawan2, supaya tak ramai yg tension dalam sekolah. Bila siap... rasa lega tak terkata... cerah air muka.
Siap dah lah pspa cikgu2 sekelian. Tapi ujian feb pun berkunjung tiba. Biasalah, ujian di sekolah kan. Tapi cikgu2 yang tak sempat nak rehat lepas buat pspa, kena sediakan soalan ujian. Kalau ngajar satu subjek mudah saja, tapi mycikgu mengajar 4 subjek. Nasib baik, mycikgu kena buat soalan untuk 3 subjek saja. Dan kali ni, soalan ujian kena buat JSU dan hantar JSU beserta salinan soalan untuk simpanan di fail unit peperiksaan. Nak buat JSU, cincai2 boleh... tapi dasar mycikgu, kalau buat sesuatu kerjatu, kena buat betul2, jadi terpaksalah sutdi balik buku pentaksiran subjek mycikgu. Objektif pembelajarannya, elemen yang ditaksir, penerangan elemen dan isi kandungannya. Setelah sakit2 kepala studi buku panduan pentaksiran, siaplah JSU bagi 3 sujek yang diajar. Siaplah 3 set soalan, tunggu nak diperbanyakkan saja, satu subjek kena riso, sebab bilangannya banyak dan dua lagi fotostat kerana bilangannya sedikit. Ohh... yess... stat tahun ni kena isi bolang pengesanan riso dan fotostat. Isi2 borang ni boleh tingkatkan prestasi pelajar ke? Tak da kaitan langsung, saja nak banyakkan kerja dan nyusahkan cikgu lagi, di samping nak bazirkan kertas.
Lepas ujian, dah tentulah cikgu2 kena marking kertas, dan kena hantar sebelum due date nya. Barulah tak menyusahkan penyelaras tingkatan dan setia usaha peperiksaan, menunggu untuk key in markah dan buat analisis pencapaian mata pelajaran.
Itu baru kerja2 menyiapkan kertas2, core businessnya, masuk kelas macammana? Nak buat rancangan harian, study tajuk yang nak diajar, rancang bahan, rancang penilaian, aktiviti pelajar, kemudian merealisasikan perancangan semasa mengajar di dalam kelas. Pelajar pulak buat tak kesah dengan usaha cikgu nak bagi depa pandai. kerja sekolah tak buat, buku tak bawak, ponteng kelas, ponteng sekolah, lari kelas, sembang masa cikgu mengajar, melewar-lewar, lambat masuk lepas rehat atau perpindahan kelas... dan macam2 lagi lah perangai pelajar yang perlu ditangani. Sabarlah mendepani karenah pelajar cikgu yaa.. Mereka ni aset kita... atau liabiliti kita di masa depan. Biarlah aset melebihi liabiliti.
Pelajar perlu diberi latihan, ada latihan di copy tulis tangan, yg cikgu beri bercetak dan tampalkan dalam buku latihan. Dan tentunya, latihan ini perlu diperiksa oleh cikgu, banyak latihan, banyak pelajar, banyaklah yang perlu diperiksa.
Yang diatas tu, semua kerja-kerja biasa bagi cikgu2 biasa, bagi cikgu yang duduk di kalangan pentadbir, selain mengajar dengan jumlah period yang hampir sama dengan cikgu biasa...... tak terkata-kata...

Buku rekod mengajar 2011
Sabarlah cikgu-cikgu semua, banyak sungguh due date yg cikgu2 kena ligan sekarang ni. Kenapa tahun ni jadi macam ni. Tahun lepas tak teruk sangat rasanya. Bermula dengan menyediakan Buku Rekod Mengajar, selalunya, BRM yang lengkap dihantar pada bulan Februari, tapi tahun ni kena hantar di minggu ke dua sekolah dibuka. Padahal dalam borang PKB , semakan buku rekod yang lengkap adalah pada akhir Februari.
Susah ke buat buku rekod? Kalau buat rancangan harian tak susah, tapi, kena ada 9 item yang dilengkapkan. Nanti mycikgu senaraikan:
1. Nama di kulit luar
2. Maklumat diri di bahagian dalam
3. Jadual waktu dan analisis jadual waktu
4. kalendar sekolah
5. rancangan pengajaran tahunan (ikut subjek yang diajar)
6. kontrak latihan pelajar
7. rancangan harian
8. senarai nama pelajar mengikut format HC 3 (banyak kelas/subjek, banyaklah senarainya)
9. catatan mesyuarat, kursus di bahagian belakang buku rekod.
Rancangan pengajaran tahunan dan kontrak latihan pelajar yang susah sikit nak buat, sebab masa membuatnya, takwim sekolah kena ada di sebelah, untuk rujuk hari / minggu persekolahan, cuti umum, cuti sekolah , cuti peristiwa, untuk diselaraskan dengan tajuk2 pengajaran. Kelas peperiksaan kena habiskan silibus sebelum Ogos, kerana periksa percubaan nak stat dah.
Nak buat HC 3 pulak, kena siap HC 1, HC 2 dulu. Baru cikgu2 mata pelajaran boleh ambil untuk buat HC3. Nak buat HC 1 tu pulak kena buat berulang2, sat pelajar keluar, sat ada pelajar baru masuk, bilangan tak tetap, dan bilangan calon ni, kena sinkronais lah bagi semua subjek, barulah valid. Kesian kat GB tingkatan 3, terkejar2 kesana sini, bagi maklumat, mintak maklumat, ada cikgu yang laju buat kerja, ada cikgu yg selow, ada yg teramat selow.. Date due dah lepas, masih tak siap2 lagi kerja dia... hah, kalau pelajar tak hantar kerja rumah, tahu pulak dia ngomel2, marah... bila time sendiri... macam2 alasan yg diberi.
Sabarlah cikgu2 sekelian. Kalau rasa nak bernafaspun dah tak lepas, tarik nafas panjang2 dan dalam2. Jangan tension2... tak berbaloi. Jangan masam2 muka , ceria selalu..

Sunday, February 13, 2011
Makan time...
Saturday, February 12, 2011
LADAP 1- Jadual Spesifikasi Ujian
JSU, agak subjektif, peserta kursus perlu berbincang untuk menghasilkan JSU terbaik. |
Guru-guru panitia KH berusaha menghasilkan JSU untuk set soalan ujian Februari yang akan diadakan bermula 20/2 nanti. |
Masing-masing berkerjasama agar semua faham apa yang disampaikan oleh penceramah kami, Cikgu Harun. |
Nampak tu, ketua panitia sedang memantau kerja-kerja anak buah, buat ke dak... |
Ladap kalau tak da Kudap tak sah... terimakasih kepada cikgu-cikgu yang pakat-pakat bawa makanan. |
Bersemangat menjamu selera.. nasibn baik masa dalam kelas tak ada yang menyengguk2 kekenyangan.. |
Cikgu Mat Isa diet, makan buah2an saja, Cikgu Ishak temankan sambil minum teh o.. |
Pn Salmah mewakili peserta kursus memberi refleksi tentang kursus hari ini diakhir sesi |
Jadi kesimpulannya, baiklah cikgu-cikgu hadiri kursus, boleh juga tulis dalam rekod perkhidmatan dan borang prestasi. Peruntukan tiada, duit pcg tak boleh ambil, sebab ini kursus untuk guru, bukannya untuk pelajar, walaupun kursus ni untuk kepentingan pelajar, bukan untuk kepentingan gurupun. Oleh itu, kursus kali ini, cikgu2 pakat-pakat buat kenduri, kena bangun awallah, sebab nak masak. Ada yang korbankan beras, lauk2, ulam2, telur dalam peti ais masing-masing. Kantin tak buka, kursus panjang, nanti lapar kalau tak buat macam tu. Alhamdulillah, hanya Allah yang dapat membalas sedekah cikgu pada kawan-kawan tu.
Kursus terbahagi kepada 3 slot, penerangan tentang JSU, borang-borang terlibat, bagaimana menggunakan borang, kemudian slot kedua, membuat JSU khususnya untuk ujian bulan Februari ni, slot ke 3 pulak
Oleh itu selamat dan lengkaplah ladap kali pertama ini. Semoga semua selamat sampai ke pangkuan keluarga masing-masing di petang Sabtu minggu ke 2 ni. Kalau jadi apa2, NUTP tuduh kita galak pulak, nak datang juga sekolah, bertentangan dengan perjuangan mereka tu.
Terimakasih kepada semua yang terlibat... see you at ladap ke 2, 26/2/2011 nanti, Insyaallah.
Friday, February 11, 2011
Kegawatan Mesir berjangkit ke negara lain.....
Bertahan untuk 2 minggu, menaruh harapan masih ada jalan keluar, namun akhirnya Hosni Mubarak, presiden Mesir akur bahawa dia sudah sampai ke hujung jalan, terpaksa menurut kehendak rakyat, begitulah dilapurkan oleh mantan menteri pertahanan Mesir, Binyamin Ben-Eliezer. Keakuran ini hanya beberapa jam selepas ucapan memujuknya yang memindahkan beberapa tugas penting kepada timbalannya, tapi masih berkeras untuk bertahan.
Keengganan ini menaikan kemarahan ratusan ribu penunjuk perasaan yang mahukan tiga dekad zaman pemerintahannya ditamatkan..full stop... tak da peralihan2 kuasa. Penunjuk perasaan menggegarkan Mesir selama lebih dua minggu dan kelmarin , Jumaat, penunjuk perasaan membanjiri jalan2 di Mesir, dan semakin merebak. Bukan setakat di Kaherah sahaja.
Di dalam perbualannya, Ben -Elizer berkata Mubarak sedar perjalanannya sudah sampai ke titik nokhtah.
Cuma sebagai Presiden selama 30 tahun beliau hanya berharap satu perkara: berikanlah daku jalan keluar secara terhormat, sekurang-kurangnya berilah penghormatan kepadanya apabila dia turun dari takhta presiden.
Sementara itu, ratusan penunjuk perasaan telah mendominasi jalanan di Jordan dan Iraq hari Jumaat lepas, sebagai tanda sokongan mereka kepada perjuangan rakyat Mesir menolak Mubarak, sambil-sambil tu mereka juga menguar-uarkan rasuah dan kurangnya perkhidmatan kerajaan kepada negara mereka.
Dunia Arab sedang terbakar... kata mereka dan khabarnya mereka akan menghumbankan Mubarak ke dalam sungai Nil, sekiranya dia tidak menyerahkan kuasa. Ish...ish lebih dari rakyat Mesir pulak mereka ni.
Bagaikan penyakit berjangkit, 1000 orang penunjuk perasaan di 3 bandar di Jordan meminta Perdana Menteri yang baru dilantik minggu lepas oleh King Abdullah II letak jawatan kerana tidak berpuashati dengan kenaikan harga minyak, makanan, rasuah dan pengangguran. Mesti lepas ni ramai pemimpin yang rasa cuak takut rakyat negara mereka terjangkit dengan gerakan yang semakin menggila ini.
Di Baghdad pula, ratusan manusia berarak sambil mengangkat sepanduk : tiada rasuah, kami mahu kebebasan, jalanan penuh dengan lumpur tapi poketmu penuh dengan duit, tuduhan mereka kepada kepimpinan.
Di ibu Negara , Sadr, 2000 orang berarak di jalan, sambil membawa tong minyak kosong, simbol kemiskinan yang semakin berleluasa, walaupun negara mereka antara negara yang mempunyai simpanan minyak tertinggi di dunia.
Di Israel pula, pemergian Mubarak dari pentas politik mungkin mengakibatkan peningkatan persaudaraan sesama Islam, kerana memang dimaklumi bahawa Mesir adalah sekutu Amerika dan Israel yang utama.
Senario ini mungkin mengancam keselamatan Israel, kerana di bawah pemerintahan Mubarak mereka ada penjanjian damai sejak 1979. Pemerintah selepas ini belum tentu lagi...
Begitulah.... dunia Arab yang selama ini dilimpahi kekayaan dari simpanan minyak mereka rupanya tidak sekaya yang disangka, kerana kekayaan itu tidak dibahagi samarata, hanya dikuasai oleh mereka yang berkuasa. Sedangkan rakyat biasa menanggung derita dan akhirnya api dalam sekam selama ini meletus sehebat larva gunung berapi dan tidak dapat di tangani lagi, walaupun oleh pemimpin yang paling berkuasa selama ini.
Berita terkini, Mubarak telahpun dirancang untuk meninggalkan Mesir, walaupun sebelum ini hasratnya untuk mati dan dikebumikan di tanah tumpah darahnya . Hasratnya mungkin tidak kesampaian, kerana kemarahan rakyat tidak dapat dibendung lagi, seperti presiden Marcos yang meninggalkan negara sehingga mati dalam buangan, malah mayatnyapun tidak dibenarkan dibawa pulang ke Filipina. Rakyat mengambil sikap "tiada maaf bagimu.." , "Get lost".
______

Wednesday, February 9, 2011
Jadual Spesifikasi Ujian
Ramai yang mempersoalkan kenapa perlu JSU? Ribuan contoh2 soalan yang terdapat di pasaran. Tak perlu nak bina item sendiri kerana copy paste shj selesai masalah nak siapkan satu set soalan. Click shj carian di internet, juga banyak soalan yang boleh diperolehi. Memang tak dapat dinafikan.
JSU ni cuma diperlukan untuk penggubal2 soalan sahaja, bila nak gubal soalan percubaan peringkat negeri ke, peringkat daerah ke.. Kalau setakat nak sediakan soalan ujian bulanan sekolah sahaja tak perlu JSU, ciplak saja mana2 soalan, atau fotostat saja dari mana2 buku latihan dan rujukan, selesai dah masalah.
Betulke berpendapat macamtu? Yang sebenarnya, JSU bukan tinggal JSU saja. Selepas buat JSU ,buat soalan, jalankan peperiksaan, semak jawapan pelajar, buat analisis item, cari indeks kesukaran dan soalan dimasukkan ke bank soalan, ikut aras kesukaran sama ada rendah, sederhana atau tinggi, mengikut taksonomi Bloom, pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis dan sintesis.
Ini melibatkan banyak kerja, banyak paper work yang perlu dilaksanakan, dan ini mungkin menjejaskan masa untuk merancang dan menyediakan pengajaran yang lebih berkesan. Jadi mycikgu berpendapat kalau setakat nak buat ujian bulanan tu tak payah lah buat JSU, peperiksaan lebih besar seperti pertengahan tahun dan akhir tahun perlu buat, sebab untuk menyediakan soalan ni, ada panel yang dilantik. Sebab selalunya peperiksaan ni dibuat secara berpusat, sama ada daerah atau negeri.
Tetapi yang penting semasa nak menyediakan soalan ujian bulanan ialah, macamana nak memilih soalan, supaya soalan tu sesuai dengan tahap pelajar. Atau cikgu tidak memilih semua tahap rendah, sehingga tidak mencabar kebolehan pelajar pandai, atau terpilih semua soalan tahap tinggi dan menimbulkan ketidakadilan kepada pelajar lemah. Di sinilah perlunya JSU, sebab dalam JSU, kita mengenalpasti aras kesukaran soalan. Jadi JSU ni sebenarnya membantu kita dalam menentukan aras kesukaran soalan, soalan yang dipilih dari bank soalan, supaya soalan yang adil dapat disediakan untuk pelajar.
Oleh itu dapatlah kita menyediakan soalan yang bernisbah 5:3:2. Jadi walaupun merimaskan, JSU perlu disediakan walaupun untuk soalan ujian bulanan.

Tuesday, February 8, 2011
Butter prawn
Butter prawn yang di modified...
Yang lain-lain semuanya sama saja cuma cikgu tambahkan kerisik untuk memeriahkan suasana dan menonjolkan kelemakan butter.

Sengsara sang pokok...
Tazkirah hari ini..
Tidakkah engkau tahu bahawa kepada Allah lah bertasbih apa yang di langit dan di bumi, dan juga burung yang mengembangkan sayapnya. Masing-masing sungguh mengetahui berdoa dan bertasbig. Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan. (Ayat 41, Surah An-Nur) |
Monday, February 7, 2011
Bulan ke 4..
7/10/2010 yang lalu, cikgu kemalangan... dalam bilik air, menyebabkan patah tulang tangan. Kena operate dan bubuh besi. Setelah 4 bulan berlalu.... tangan dah boleh genggam, cuma jari kelingking tu tak berapa nak ikut lagi... masih rasa cekang kalau dipaksa juga. Dan parutnya masih belum hilang... Agak2 boleh hilang ke parut tu?
Nak lena macam TJ
Awat tidoq macam ni TJ... ish..sopanlah sikit..
Hari ni first day pergi sekolah selepas bercuti panjang sempena Chinese new year. Ada 6 period harini, tapi period 5 dan 6 tak dapat dijalankan sebab ada perjumpaan dengan waris tingkatan 3. Ramai juga yang datang, tapi biasalah, waris yang datang tu waris kepada pelajar kelas pandai , patutlah anak depa pandai, sebab warisnya sentiasa mengambil berat hal anak2 dan memberi kerja sama apabila pihak sekolah menganjurkan aktiviti sebegini. Yang nak minta tolong sangat2 waris pelajar2 lemah tak datang pulak.. patutlah anak selalu ponteng, tak buat kerja sekolah, hisap rokok dalam tandas... hermm like father like son.
Lepas habis sekolah singgah di rumah dulu untuk solat dan terus ke Alor Star untuk bayar duit kereta yang dah berhari-hari terlajak. Takut terserempak dengan tukang tarik kereta pulak. Walaupun bayar dengan mesin cash deposit, tapi ramainya yang beratur. Maklumlah, bila cuti panjang, mesinpun buat hal, tak berfungsi, jadi segala urusan semua kena buat bila bank dah buka... tak dak maknanya mesin tu. Dahlah tempat tu kecik, aircon pulak tak berapa nak jalan, macam-macam bau dah kat dalam tu. Dalam duk Q tu, selamber derk je sorang mamat cina ni potong Q cikgu. Eh..eh gangster sungguh. Tak tau nak respect orang langsung. Nak tegur karang... takut dia bawak keluaq pistol ke apa ke, maklumlah gangster macamni, baik jangan ambik risiko. Last2 sampailah giliran cikgu, dah nak ketaq lutut berbaris. Tapi sempat juga komplen kat staff bank tu, pasai apa mesin selalu tak boleh jalan bila cuti... dia kata pasai duit penuh, nanti dia suruh bank tambah mesin. Ha.... baguslah kalau macam tu. Lepas bubuh duit, terus balik. Maklumlah jalan sorang-sorang, nak lepak2 santaipun tak berapa syok. Sampai rumah.. tu dia banyak nya daun getah kering berguguran kat posh.. maklumlah musim wintering pokok getah. Sapu sikit2 terus masuk sebab belum solat asar. Bila dah masuk dalam rumah maklumlah pulak, nampak macam-macam yang menyakitkan mata. So lepas solat mulalah pasang gear 4, hak nu...hak ni...semua nak kena buat sendiri.
Dinnerpun dengan humble cheese and eggs sandwhich. Ish tak kenyang lagi.. goreng pulak kentang makan dengan thousand island sambil membayangkan tengah makan cheezy wedges. Barulah nak berasa perut ni.

Tengok TJ lena macam gambar di atas tu, jeleslah pulak. So.. cikgupun rasa2nya nak jadi macamtu jugaklah.
Saturday, February 5, 2011
Kenduri day..
Cuti hujung minggu yang panjang, ramai yang ambil kesempatan menjadi pengantin baru. Hari ini saja mycikgu dijemput 4 kenduri. Out of 4, mycikgu attend 3, quite good lah kan, dah capai KPI lah tu. Satu yang tak pergi tu pun dah ada wakil yang pergi , iaitu suami dan anak.
Mycikgu pergi kenduri mula2 sekali di Alor Star, rumah kawan anak, kahwin kakak dia. Mujur senang nak cari rumah dia, kat around Jalan Gangsa , jimat masa sebab ada kenduri lain lagi nak ligan ni. Disebabkan di rumah tadi dah makan nasi, berlaukkan gulai daging rias pisang, yang first time experimenting dan tak menjadi... kenyang lagi, mycikgu opt for laksa. Yang specialnya laksa tu halus2, besar sikit dari meehoon, dan kuahnya pun sedap. Selepas mengslurrping laksa, kamipun minta diri dari tuan rumah, terima kasih, tahniah kerana dapat menantu dari putra jaya.
Selepas tu famili mycikgu meneruskan perjuangan yang belum selesai, kenduri kat Kokdiang pulak, member anak sorang lagi, kalini, abangnya kawin. Yang ni kena pakai GPS, sebab tak biasa dengan area sana. Senang juga ada GPS, terus jumpa rumah kenduri. Masih kekenyangan, nasib baik ada rojak buat, makanlah rojak buah. Jumpa kawan anak, tanya mak mana? Ya lah kan abang dia kawin, so, mesti jumpa tuan rumah nak salam, salam kaut... heh ...heh, nak ucap tahniah, tapi budak tu kata, mak dia yang tu, tapi tuan rumah yang ni... sambil memperkenalkan 2 different ladies. Selepas beberapa saat, dan terklip pop-klip-pop kekeliruan, akhirnya mycikgu faham.
Seterusnya, kenduri di Jalan Kaki Bukit, Perlis. Oleh kerana Zohor dah lanjut kamipun berhenti solat dulu. Lepas tempek bedak serba sikit, kami meneruskan perjalanan ke Kaki Bukit. Sampai dalam pukul 4 petang, tapi orang masih ramai dan makananpun nampak banyak lagi. Kalini pulak, selain nasi, ada laksa, ada kuih-muih dan bubur. Mula-mula tak mau makan nasi, nak makan kuih dan kopi O saja, tapi jeling-jeling kat meja buffet tu ada kerabu, nampak sedap.. dan ada gulai daging rias pisang. Ini kena rasa ni, awat gulai rias pisang dia tak sama dengan rias pisang mycikgu. Sohih, experiment mycikgu tu tak menjadi. Takpa cuba lagi lain kali. Makanlah nasi dankuih-kuih kat kenduri tu pulak.
Dah dekat dengan Padang Besar,, so... apa tunggu lagi, hari masih awal. Kamipun pederas ke Padang Besar, dan mycikgu bawa gelang kristal yang dibeli dulu di sana dan dah putus untuk diperbaiki. Kalau diperbaiki di sana tak kena caj. Orang punyalah ramai, macam semut menghurung gula, mycikgu alergik betullah kalau bersesak2 ni.
Kami nak solat asar dulu di surau kat bazar. Surauni pelik sikit, tempat ambil wuduk bercampur lelaki perempuan, macammanani, buat amal ibadat campur dengan kemungkaran... tak boleh jadi, mycikgu ajak my daughters pergi ambil wuduk di tandas atas. Aikk.. dalam tandaspun kena queue, dahlah kebersihannya fail. Dalam bakul sampah, penuh... siap ada pampers yang bernajis, itulah mindset sesetengah orang kita... nak buang benda2 macam tupun, nak kena ajar ke? Pikiaq lah sendiri, jangan lepas diri sendiri saja, kebajikan dan keselesaan orang lain perlulah dijaga. Akhirnya tibalah giliran mycikgu masuk ke tandas, walaupun ada yang potong q,dengan alasan dia dah tua. Eh..eh..mycikgu pun dah tua, atau dia nampak mycikgu ni muda lagi ke??
Turun ke surau satu hal pulak, crowded, yang sudah sembayang pun duduk lama-lama, nak tempel bedak,nak bubuh gincu, dan nak lilit tudung lagi.... tu lah, payah orang perempuan ni. Nasib baik mycikgu bawa telekung sendiri, sebab telekung yang disediakan di surau tu dilonggokkan dalam satu kotak kertas yang besar, warnapun dah lebam-biru-birat dah. Hei... siapa yang bertanggungjawab ke atas premis ni ha?? Teruk sangat pengurusannya. Daripada 20 tahun lepas, tak da apa yang berubah, makin teruk adalah. Selekeh, panas, berkuap,tak selesa sungguh. Nak shoppingpun tak da mood.
Selepas solat, mycikgu terus pergi ke kedai kristaltu adik tu kata, yang boleh repair tu dah balik, akak datang balik esok. Esok??? Hmm... bila tahun pulaklah boleh datang. Lepas tu jum baliklah, orang terlalu ramai, bagi dia orang je yang shopping.
On the way balik, walaupun dah dekat maghrib, husband menguap je, ni mesti kes terlebih kenyang.. Kami stopped by kedai pasembur kodiang ori di tepi jalan tu untuk minum. Sedap juga kuah pasembor dia, tapi dari segi isi kandungannya boleh diimprove lagi. Bukan setakat cucuq dan sikit sangat sayuran timun, sengkuang tak da langsung... tak taulah kut kehabisan stok ke..
Kami menyambung perjalanan dan singgah solat maghrib terus jamak isyak di masjid Jitra. Senang hati, bila dah selesai menjalankan kewajipan kepada Illahi untuk hari ini. Kami sampai di rumah lebih kurang pukul 9 malam. Gulai rias pisang dan nasi masih banyak, tapi tak da siapa yang nak makan kerana masih kenyang. Sayang takut basi, masukkan dalam bekas letak dalam peti ais... Selamatlah kau gulai untuk malam ni.
Trend kenduri sekarang ni, dah lain dari dulu, kalau dulu hidangan tak da pilihan makan lah nasi tu, sekarang ni, macam-macam ada... tak lalu yang tu makan yang ni, kalau lalu semua makan semua, tuan rumah buat kenduri untuk dimakan. Door gift pulak, kalau dulu bunga telur, tapi sekarang tak da bunga telur dah, ada goody bags, dan dalamnya ada buah, sapu tangan, sumi jelly, kuih-muih dan macam2 lagi yang tuan rumah rasa nak letak.
Tahniah kepada semua pengantin2 baru dan keluarga mereka kerana berjaya menjayakan satu keraian yang bukan sikit2 modal dan mesti dengan penat lelah.

Friday, February 4, 2011
Orng yang menjadi punca rusuhan di Mesir...
Muhammad Hosni Sayid Sayid Ibrahim Mubarak pada dilahirkan pada 4 Mei 1928 merupakan Presiden Mesir ke-4 sejak 1981. Presiden Mesir yang paling lama memegang tampuk pemerintahan.Bermakna hingga 2011 telah 30 tahun dia menjadi presiden.
Siapa dia sebelum menjadi presiden?
Sebelum menjadi Presiden, Mubarak menjadi askar Tentera Udara Mesir. Beliau menjadi Naib Presiden di bawah Anwar Sadat, dan menggantikan Arwah Sadat yang dibunuh pada 6 Oktober 1981.Hosni Mubarak dilantik menjadi Naib Presiden pada 1975.
Orangnya handsome, sampai sekarang walaupun telah berumur 82 tahun.
Mubarak dilahirkan di Kafr-El-Meselha, pentadbiran Gabenor Monufiyah, Mesir. Setelah tamat sekolah tinggi, beliau menyertai Akademi Militari Mesir, di mana beliau menerima Darjah Sarjana Muda dalam Sains Ketenteraan pada 1949. Pada 1950, beliau menyertai Akademi Tentera Udara Mesir, akhirnya mendapat Sarjana Muda Sains Penerbangan, Ada double degree lah Mubarak ni ya, rajin study rupanya!! Dia ditugaskan dalam skuadron pengebom. Kemudian beliau diterima masuk ke sekolah latihan juruterbang Kean, Moscow. Selepas menyempurnakan latihannya, Mubarak menjadi pegawai Tentera Udara Mesir dan berkhidmat sebagai juruterbang dan naik pangkat menjadi panglima markas. Kerjaya tentera udara beliau sampai kemuncaknya pada 1972 apabila beliau menjadi Kommander Tentera Udara. Lama tu , lebih 20 tahun berkhidmat dan telah berumur 45 tahun.
Berikutan pembunuhan Presiden Sadat oleh militan Islam pada 1981, Hosni Mubarak menjadi Presiden Republik Arab Mesir dan Pengerusi Parti Demokratik Kebangsaan (NDP) semasa berumur 52 tahun.
Hosni Mubarak menikahi Suzanne Mubarak, dan mempunyai dua anak lelaki: Alaa dan Gamal Hosni Mubarak dikatakan diasuh untuk menggantinya kelak. Namun beliau menafikan khabar ini.
Semenjak pembunuhan Presiden Sadat 30 tahun yang lalu, Hosni Mubarak masih mengekalkan undang-undang darurat, iaitu pesalah akan ditangkap tanpa dibicarakan, terus dihukum penjara tanpa tempoh tertentu, tanda paranoidnya Hosni Mubarak.Ekonomi Mesir yang tidak stabil dan pengangguran yang semakin bertambah menyebabkan rakyat Mesir tidak berpuas hati di atas pemerintahan Hosni Mubarak.
Mendapat suntikan semangat daripada pengunduran mudah Presiden Tunisia hasil desakan rakyat Tunisia, rakyat Mesir melancarkan protest besar-besaran meminta Hosni Mubarak berundur dan seterusnya meninggalkan negara. Hosni berkeras tidak akan berundur sekarang, sebaliknya akan tidak bertanding pada Bulan September nanti dan tidak akan meninggalkan Mesir, kerana hasratnya untuk mati dan dikebumikan di Mesir. Mestilah kan, tanah tumpah darah dan dia menjadi pemimpin pulak tu selama 30 tahun. Tetapi berundurlah, jika sayangkan Mesir, negara itu akan kembali aman sekiranya beliau berundur.
Kini kerajaan Amerika Syarikat sedang membuat pelan pengunduran dan pelan membawa keluar Presiden Hosni Mubarak daripada Mesir. Nampaknya Hosni Mubarak perlu mengucapkan selamat tinggal kepada tanah tumpah darahnya...

Kegawatan di Mesir
Semuanya kerana kedegilan seorang presiden yang masih sayangkan kuasa.
Sekiranya beliau mendengar kehendak rakyat dan berundur keadaan tentu akan kembali tenang.
Lebih kurang 12000 rakyat Malaysia yang majoritinya pelajar berada di sana.
Kerajaan telah mengirim bantuan berbentuk makanan dan pengangkutan untuk mengangkut pelajar keluar dari Kaherah.
Hari ini sahaja 8 penerbangan, 3 milik tentera, 3 milik MAS dan 2 milik Airasia ulang-alik Kaherah-Jeddah telah berjaya mengeluarkan 3000 orang pelajar dari sana. Semua perbelanjaan termasuk pengangkutan ke lapangan terbang, makanan semasa menanti penerbangan, cukai lapangan terbang sebanyak $AS100 dan penginapan serta makanan di Jeddah ditangung sepenuhnya oleh kerajaan. Mereka ditempatkan di asrama Tabung Haji Jeddah. Mereka dibawa ke Jeddah terlebih dahulu bagi memugkinkan sebanyak mungkin rakyat Malaysia di keluarkan dari kawasan bahaya ke kawasan selamat. Satu langkah yang bijak.
Ada juga pelajar yang pulang dengan usaha sendiri dan mereka telah sampai ke tanah air. Sebaik berita rusuhan semakin memuncak, mereka telah membeli tiket kapal terbang dengan kad kredit. Baguslah, mereka ada kemudahan kad kredit. Yang lain-lain tu nasib baik kerajaan menghantar bantuan. Kalau tidak mereka masih lagi berada di tempat rusuhan.
Walaubagaimanapun, masa yang dijangka untuk memindahkan pelajar mengambil masa 5 hari. Yang uzur, mengandung, kanak-kanak didahulukan.
Semoga mereka selamat sampai ke pangkuan keluarga. Bercuti panjanglah nampaknya mereka kerana pihak Universiti di sana mengumumkan cuti 1 - 6 bulan.
Thursday, February 3, 2011
Kerepek Ngaku
Masa pergi pacific Alor Star, mycikgu tengok dalam satu rak sayur-sayuran tu, banyak benda alah macam gambar di sebelah ni, saiz macam bawang besar, tapi putih. Apa dia tak pernah tengok. Lps search di internet baru mycikgu tahu namanya arrowhead, sebab dia ada tombak tajam di atas Gambar sebelah dah buang kulit dan tombak. Cuma ada musim perayaan Chinese New Year, sebab ia merupakan salah satu makanan tradisi musim perayaan.
Teringin juga nak try, so during our next trip to tesco SP, mycikgu pun berebut2 lah dgn nyoya2 lain tu, memilih ubi ngaku. Mycikgu pun tak berapa sure, nak pilih yang macam mana tap buat-buat pandai lah. Timbang punya timbang, 2 kg dah mycikgu pilih. Harga dalam Rm 6 lebih.
Sampai kat rumah Laguna, mycikgu terus mengupas, shredder yang beli kat tesco, hampaih betul tak boleh pakai nampak ja cantik. Last2 kena guna pisau dan hiris nipis2. Nak goreng kena minyak banyak, baru dia ranggup. Rasanya memang sedap, halus, manis dan ada rasa tersendiri. kalau dihiris nipis lagi lah ranggup.
Jenuh juga nak menghabiskan 2 kg tu, tak larat akhirnya mycikgu simpan separuh untuk goreng bila2 senang nanti. Akhirnya malam pertama CNY tu, mission accomplish... tersangatlah lakunya, esok kena beli lain lah nampaknya. Ramai peminat rupanya kerepek ngaku ni.
Wednesday, February 2, 2011
Tahun arnab
Tahun ni, mycikgu tengok jiran depan taman tu, biasa2 je sambutan CNY dia. Selalu, kalau musim raya, depan rumahtu penuh kereta, tanda saudara mara balik atau berkunjung. Tapi tahun ni sunyi ja, I wonder why? Mungkin sempena tahun arnab kut, seekor haiwan yhang lemah lembut, bersopan santun, pembersih dan berdisiplin. Jadi semua kena jadi macam Mr. Rabbit, tak perlu kecoh2. Ya ke? Kena tanya chinese friend untuk kepastian nya.
First Day Chinese New Year...
Hari ni 3/2/2011, hari raya pertama hari raya cina tahun ni. Cuti panjang lah hujung minggu ni, sebab cuti sampai Ahad. Pagi-pagi hari ni mycikgu pergi ke pasar Pendang. Makk oii.. ramai nya orang, mycikgu kena parking jauh2. Rata-rata kereta semua kereta luar , mesti dia orang ni, balik kampung dari perantauan. hish... jelesnya mycikgu tengok depa balik kampung sedangkan mycikgu tak balik kampung.
Seronok orang meniaga harini, kerana ramai pelanggan. Nak berjalanpun payah dalam market, punya sesak. Mycikgu, kalau sesak2 macam ni cukup alergik. So, ambil keputusan nak buat nasi ayam je lah. Senang, tak payah nak fikir lain apa yg nak beli. So mycikgu beli ayam seekor, semasa peniaga potong2 ayam, mycikgu pergi ke stall sebelah untuk beli salad, tomato, timun, cabai dan daun sup. Daun bawang ... sold out. Tak pa lah, i can do without it.
Harga semua:
1. Ayam = RM15.00
2. Sayuran = RM 6.50
JUMLAH = RM21.50
Hmmm... not bad kan, untuk sehari makan famili seramai 6 orang. Jimat tu. Kalau campur dengan bahan-bahan lain tu mungkinlah jadi RM 30.00. So, seorang makan RM 5.00 sehari, jadi sekali makan RM 2.50.
Woww... pandai sungguh mycikgu spending kali ni. Kalau sekali makan kat luar tu mungkin seorang RM6.00, My cikgu dah save RM3.50 seorang.
Jadi lunch kami sekeluarg hari ni, nasi ayam , leftover butterprawn, sup sayuran campur, ganti sup ceroi nasi ayam yang selalu kita jumpa kalau makan nasi ayam kat luar. Lebih jimat, lebih berkhasiat dengan kebersihan yang terjamin. Rajin-rajinlah ke dapur ya..

Subscribe to:
Posts (Atom)