WELCOME



Thursday, December 22, 2011

Banyak yang perlu diselesaikan sebelum hujung tahun berakhir

1. rancangan pengajaran tahunan 2012 dan kontrak latihan bertulis pelajar
2. perancangan strategik Sains pertanian
3. persediaan untuk mesyuarat guru kali pertama
4. papan kenyataan kokurikulum
5. buku rekod mengajar 2012
6. Kad kehadiran dan penilaian unit beruniform, kelab persatuan dan sukan/permainan

Monday, December 19, 2011

Syukur..

Alhamdulillah, sekembalinya ke rumah setelah tinggal 5 hari kerana balik kampung, didapati, 2 ekor bulus TJ dan Miko berada di dalam keadaan sihat, berat badan macam biasa, dan masih ada lebihan makanan di dalam bekasnya. Nampaknya kaedah ini berkesan, tinggalkan makanan dan minuman yang secukupnya, biar mereka layan diri, makan , minum, keluar, masuk , ikut suka hati mereka. Berbanding masa balik raya hari itu lebih kurang seminggu, kedua2 bulus, kurus, turun berat badan, kesiann..
Begitu juga dengan tanaman, sihat kerana Allah telah menurunkan hujannya dan menyirami secara semula jadi semua tanaman.
Syukur Alhamdulillah atas nikmatMU Ya ALLAH.

Saturday, December 3, 2011

Bonus Akhirat Akhir Tahun

Dalam bukan Muharam ini, ada satu tarikh yang sangat signifikan, iaitu 10 Muharam, atau dikenali juga dengan hari Asyura. Kenapa signifikan? Bukan setakat nak buat bubur Asyura sahaja tapi  bermula dari bulan inilah berlakunya segala kejadian alam ini. Allah menjadikan bukit, langit dan laut pada 10 Muharam.
Semasa Nabi Muhammad SAW berhijrah dari Mekah ke Madinah, baginda mendapati kaum Yahudi berpuasa pada 10 Muharam, setelah ditanya kenapa, mereka berkata, mengikut jejak nabi Musa yang berpuasa pada hari tersebut kerana memanjatkan kesyukuran yang tidak terhingga kerana dengan kuasa ALLAH, mereka terlepas dari belengu siksaan Firaun pada hari tersebut. Maka Nabi Muhammad menjawab, kami lebih berhak mengikut jejak Nabi Musa untuk berpuasa pada hari tersebut, maka itulah permulaan umat Islam berpuasa sunat pada hari itu.

Ada banyak kelebihan tarikh 10 Muharam ini seperti:

- membelanjakan masa dan harta kepada keluarga, maka Allah akan meluaskan rezeki kepadanya sepanjang tahun ini
- Berpuasa: Allah akan menebus dosa satu tahun, Allah akan memberi kepadanya pahala spuluh ribu malaikat, pahala 10 ribu orang berhaji dan berumrah, dan 10 ribu orang mati syahid.
-Mengusap kepala anak yatim: Allah akan menaikkan dengan tiap anak rambut, satu darjat dan memberi pohon di syurga sebanyak anak rambut juga

- Memberi buka puasa: sama dengan memberi berbuka puasa kepada semua umat muslimin
- mandi sunat, tidak akan mendapat penyakit yang berat sepanjang tahun itu
- bercelak: tidak mendapat sakit mata pada tahun tersebut
-menahan marah: Allah akan masukkan ia ke dalam golongan yang redha di akhirat
-membaca surah AL-Ikhlas 1000 kali, Allah akan memandangnya dengan pandangan rahmah di akhirat kelak
- solat sunat 4 rakaat : Allah akan mengampunkan dosanya walaupun telah melakukannya berterusan selama 50 tahun.
-menunjukkan jalan kepada orang sesat: cahaya keimanan akan memenuhi hatinya
-memuliakan fakir miskin: Allah akan melapangkan nyd dalam kubur nanti
-Bersedekah: Allah menjauhkannya daripada neraka sejauh seekor burung gagak terbang tanpa henti dari kecil hingga ia mati dan pahalanya sama dengan memberi sedekah kepada semua fakir miskin di dunia
-memelihara kehormatan diri: Hidupnya akan sentiasa diterangi cahaya keimanan
- membaca
“has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer”.
Fadilatnya – Tidak mati pada tahun ini.

Sejarah pada hari Asyura pula ialah:
- Allah menjadikan Loh Mahfuz dan Qalam 

- Adam dan Hawa dijadikan pada hari Asyura, dan
- menjadikan syurga dan neraka serta memasukkan Adam ke syurga pada
hari Asyura

-Allah menyelamatkannya dari api pada hari Asyura 
-menyembuhkan dari bala pada Nabi Ayub. 
- Allah memberi taubat kepada Adam 
- diampunkan dosa Nabi Daud
-kembalinya kerajaan Nabi Sulaiman 
-kiamat akan terjadi pada hari Asyura
-Maka pada hari itu ( 10 Muharam) Nabi Adam dan Nabi Nuh a.s berpuasa
kerana bersyukur kepada Allah kerana hari itu merupakan hari taubat
mereka diterima oleh Allah setelah beratus-ratus tahun lamanya
memohon keampunan.

- Pada hari itu juga, hari pembebasan bagi orang-orang Islam yang telah
sekian lama dikongkong oleh Firaun, di mana hari itu mereka
diselamatkan dari kejahatan dan kezaliman Firaun yang selama ini
mengancam agama dan menggugat iman mereka. Dengan tenggelamnya
Firaun, Haman, Qarun dan istana mereka bererti berakhirlah sudah
kezaliman musuh-musuh Allah buat masa itu. Terselamatlah tentera Nabi
Musa dari musuh dengan mukjizat yang Allah berikan, maka mereka
berpuasa kerana kesyukuran yang tidak terhingga kepada Allah swt.

Banyak peristiwa bersejarah yang berlaku pada 10 Muharam ini, di mana
pada hari inilah, Allah telah memuliakan Nabi-Nabi dengan sepuluh
kehormatan.

1. Setelah beratus-ratus tahun meminta ampun dan taubat pada
Allah, maka pada hari yang bersejarah 10 Muharam inilah, Allah telah
menerima taubat Nabi Adam. Ini adalah satu penghormatan kepada Nabi
Adam a.s.



2. Pada 10 Muharam juga, Nabi Idris a.s telah di bawa ke
langit, sebagai tanda Allah menaikkan darjat baginda.



3. Pada 10 Muharam, tarikh berlabuhnya perahu Nabi Nuh a.s
kerana banjir yang melanda seluruh alam di mana hanya ada 40 keluarga
termasuk manusia binatang sahaja yang terselamat dari banjir
tersebut. Kita merupakan cucu-cicit antara 40 keluarga tadi. Ini
merupakan penghormatan kepada Nabi Nuh a.s kerana 40 keluarga ini
sahaja yang terselamat dan dipilih oleh Allah. Selain dari itu,
mereka adalah orang-orang yang engkar pada Nabi Nuh a.s.



4. Nabi Ibrahim dilahirkan pada 10 Muharam dan diangkat sebagai
Khalilullah (kekasih Allah) dan juga hari di mana baginda
diselamatkan dari api yang dinyalakan oleh Namrud. Nabi Ibrahim
diberi penghormatan dengan Allah memerintahkan kepada api supaya
menjadi sejuk dan tidak membakar Nabi Ibrahim. Maka terselamatlah
Nabi Ibrahim dari angkara kekejaman Namrud.



5. Pada 10 Muharam ini juga Allah menerima taubat Nabi Daud
kerana Nabi Daud merampas isteri orang walaupun bagainda sendiri
sudah ada 99 orang isteri, masih lagi ingin isteri orang. Oleh kerana
Nabi Daud telah membuatkan si suami rasa kecil hati, maka Allah
turunkan dua malaikat menyamar sebagai manusia untuk menegur dan
menyindir atas perbuatan Nabi Daud itu. Dengan itu sedarlah Nabi Daud
atas perbuatannya dan memohon ampun pada Allah. Sebagai penghormatan
kepada Nabi Daud a.s maka Allah mengampunkan baginda pada 10 Muharam.



6. Pada 10 Muharam ini juga, Allah mengangkat Nabi Isa ke
langit, di mana Allah telah menukarkan Nabi Isa dengan Yahuza. Ini
merupakan satu penghormatan kepada Nabi Isa daripada kekejaman kaum
Bani Israil.



7. Allah juga telah menyelamatkan Nabi Musa pada 10 Muharam
daripada kekejaman Firaun dengan mengurniakan mukjizat iaitu tongkat
yang dapat menjadi ular besar yang memakan semua ular-ular ahli sihir
dan menjadikan laut terbelah untuk dilalui oleh tentera Nabi Musa dan
terkambus semula apabila dilalui oleh Firaun dan tenteranya. Maka
tenggelamlah mereka di Laut Merah. Mukjizat yang dikurniakan Allah
kepada Nabi Musa ini merupakan satu penghormatan kepada Nabi Musa a.s



8. Allah juga telah menenggelamkan Firaun, Haman dan Qarun
serta kesemua harta-harta Qarun dalam bumi kerana kezaliman mereka.
10 Muharam, merupakan berakhirnya kekejaman Firaun buat masa itu.



9. Allah juga telah mengeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan
setelah berada selama 40 hari di dalamnya. Allah telah memberikan
hukuman secara tidak langsung kepada Nabi Yunus dengan cara ikan Nun
menelannya. Dan pada 10 Muharam ini, Allah mengurniakan penghormatan
kepada baginda dengan mengampun dan mengeluarkannya dari perut ikan
Nun.



10. Allah juga telah mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman a.s pada
10 Muharam sebagai penghormatan kepada baginda.



Dengan itu, mereka berpuasa dan beribadah kepada Allah sebagai
tanda kesyukuran kepada Allah swt. Nabi saw telah bersabda dengan
maksudnya:



"Saya dahulu telah menyuruh kamu berpuasa sebagai perintah
wajib puasa Asyura, tetapi kini terserahlah kepada sesiapa yang suka
berpuasa, maka dibolehkan berpuasa dan sesiapa yang tidak sukar boleh
meninggalkannya."



Begitulah sabda Rasulullah di mana puasa pada hari Asyura ini
sangat-sangat dituntut. Kalau tidak memberatkan umat baginda, maka
diwajibkan. Oleh kerana takut memberatkan umatnya, maka hukumnya
adalah sunat.


 

­­­­­­­­­­­­­­­­­­





My cuti diary..

Sedar2 dah 16 hari cuti sekolah bermula, tapi tak rasa cutipun kerana masih ada komitmen kerja yang belum beres. harap2 semua beres sebelum habis cuti sekolah ni. Balik Kampungpun belum sempat. Mungkin minggu hadapan. Namun di celah2 keserabutan tu, sempat juga lah ke tempat2 peranginan. Itupun ambil kesempatan dihujung minggu sahaja. dapatlah juga lari dari rutin harian.
Pemandangan dari tingkap bilik hotel penginapan

Di belakang hotel, ada pantai, pagi2 redup, seronoklah berjalan di pantai

dah tua ni, tak lalu mandi laut dah... celup2 kaki sajalah

Letih berjalan , bertenggek atas batu pulak

Lepas jalan di pantai, lapar, cari makan

Di Botanical garden, ada pesta orkid... gerammnya

Semangat balik nak tanam bunga ni..

Ni, kamunting Cina, tapi jenis kontot.. hibrid lah ni

Ros Siam... hibrid, tak wangi, penjual tu kata kalau nak wangi cari ros vietnam

Dengan bayaran singgit, naik ketapi selow, malas nak jalan.. kasut yg dipakai tak sesuai untuk trekking..

Tuesday, November 29, 2011

HARI INI DALAM SEJARAH..


Buat pertama kalinya dalam sejarah Malaysia, kerajaan mengumumkan dan telahpun menunaikan pemberian wang bantuan awal persekolahan sebanyak RM100 untuk semua pelajar tahun 1 hingga tingkatan 4. Sekolah cikgu mula bagi untuk sesi petang pada 15/11/2011 hari itu. Sesi pagi pula beri pada 16/11. Semua waris dijemput hadir. sambutan amat menggalakkan, tak pernah tengok waris seramai ini dapat hadir ke sekolah, mesyuarat agung PIBG atau tanda tangan buku rekod pun tak macam ni. Bantuan awal ni nampaknya dah jadi bantuan akhir persekolahan, kecuali mereka menyimpan wang tersebut untuk kegunaan persekolahan tahun hadapan. Anak mycikgu pula, nasib baik pihak sekolah terus beri pada pelajar, tak jemput ibu bapa pun. kalau tak, segan juga nak pergi, sebab... mycikgupun tak pernah attend mesyuarat PIBG..  Maklumlah, sibuk..

Saturday, November 19, 2011

MIKO LAGI...

Sebelum pergi kursus, sempat singgah beli ikan termenung.. 2 kg/RM14.oo.. mahalnya. tapi takpa lah, disebabkan nak kena kursus, nak bagi makan miko dan tj dengan makanan kegemaran mereka, iaitu ikan termenung mentah, tapi dah disiang dan di bersihkan.

Balik rumah, miko dah siap tunggu depan pintu, terus ke dapur untuk bersihkan ikan, Miko bersabar menunggu untuk diberi habuannya. Sekali bagi , 3 ekor, berselera sungguh dia makan. TJ tak balikpun. Ikan yang lebih disimpan di dalam peti.
Nasib baik berkursus semalaman saja, keesokannya, pukul 3 lebih dah sampai balik ke rumah. Kiranya tinggalkan rumah, Miko dan tj 24 jam sajalah, sebab kelmarin pun, bertolak dari rumah pukul 3 petang.
Sampai rumah, seekor pun tak da. Tunggu sampai malampun tiada juga. tanya en suami, Miko balik tak semalam?  Tak da pun, katanya.
Mungkin pergi menguratlah tu.
Selalunya, subuh2 lagi, sama dengan kita bangun sembahyang subuh dia dah mengiau2 minta diberi makan. Tapi subuh ni, sunyi je. Mik0 tak da, TJpun tak da.
Dah tengah hari sikit, lebih kurang pulul 12.00 suruh Mizah cari, dan panggil2kan Miko, supaya dia balik untuk makan.
Bila dipanggil namanya, terdengar sayup2 suaranya menyahut.. rupanya nun di atas siling. terjenguk2 celah lubang siling, macam tak reti nak turun. Panggil lagi.. nampak macam dia tak mau turun dari siling tu, tak lapar ke kau Miko? Pelik ni.
Nampak gaya jalannya terhencot2... sakit kaki. Masih tak mau turun, terpaksa hulurkan 3 ekor ikan mentah dan air minuman ke atas siling. Makan pulak dengan lahapnya.. petanda baiklah tu, tak lah teruk sangat sakitnya.
lepas Solat zohor, dengan mizah ke Langkawi, kerana mr suami dah ada kat sana. Tinggallah Miko masih di atas siling dan TJ masih tak nampak kelibatnya.
Selama di Langkawi, teringat juga bulus 2 ekor ni. Nasib pergi semalaman sahaja, sampai balik rumah pukul 7 petang, TJ dah siap tunggu depan rumah. dan Miko pulak dah turun dari siling dan tunggu dalam rumah. Bila diberi makan, bukan main lagi lahapnya, Miko menghabiskan 5 ekor ikan, dan tj makan biskutnya.
Kaki kanan belakang Miko bengkak, nak kata kena gigit semasa berkelahi, tak nampakpun lubang puncture nya. jangan2 kena langgar tak Miko, maklumlah, suka sangat tidor bawah kereta. Bukan semua orang jenguk ke bawah kereta tiap2 kali nak naik kereta.
Malamni, bukan main manja kedua2 bulus tu, tak pergi kemana2. duduk dalam rumah dan minta di garu2 sehingga terlena.
Mimpi indah Miko...mimpi indah TJ.

Saturday, November 12, 2011

Visiting Spas

        Setelah cikgu buat pemeriksaan berat badang, body fat, bmi dgn vending machine hari tu, bagaikan dapat wake up call memandangkan berapa keterlebihan berat badan +10 kg, lemak +20% maka cikgupun cuba jugaklah nak berusaha untuk menurunkan keterlebihan2 tersebut. Walaupun selama ni dah memang menanam azam, tapi merealisasikannya memang sukar dan kurang komitment. cikgu dah tak makan nasi dah sekarang. Start hari rabu hari tu, tapi harini makan sikit kat rumah. pergi dua kenduri pun makan bubur dan laksa saja. Untuk makan malam pulak, cikgu beli laksa asam untuk alas perut sepanjang malam ni.

Hari Rabu hari tu cikgu berpeluang cuti, sselepas program bacaan Yaasin utk pelajar SPM dan STPM di sekolah anak, cikgu tengok jam awal lagi, baru pukul 10. cikgu terus ke pacific, nak cari spa yg cikgu pernah pergi 4,5 tahun lepas utk buat facial. Staf spa tu baru nak mula buka kedai, tengah kemas2. Cikgu dijemput masuk, selepas habaq kat depa nak buat sauna. Agak cikgu, kalau buat sauna ni, pecah2 lah sikit lemak kut.
cikgu dipersilakan masuka dalam sauna chamber mereka . Panas hau-hau, cikgu memang alergik sikit kalau panas2 ni. Sambil bersauna tu, staf situ tanya:

: tak mau buat body scrub terus, cuci daki2 dan sel2 mati.(biasalah, mereka pandai mempromotsikan produk mereka).
: Boleh juga , kata cikgu. (dah terpengaruh)

Lepas sauna cikgu pun terus buat body scrub, habis tubuh cikgu di sental dengan scrub, tu, punyalah power si tukang sental tu, rasa macam massage jugak lah. Sambil tu, cikgu tanya dia tentang iklan depan kedai tentang pakej slimming mereka. Rasa macam nak cuba pulak. Kot2 lah boleh slim lepas ni. 
Selepas buat body scrub, cikgu disuruh take a shower , buang sisa2 scrub tu. Lepas siap cikgu balik ke katil tadi untuk dilumur lotion slimming pulak. Panas losyen tu. Lumur satu badan dalam gaya massage jugak, dah dua kali massage dah ni. Sambil dilumur , di massage, mana2 urat bermasalah tu memanglah terasa kesakitannya. Sampai sound kat tukang lumur, biaq pi lah lemak kat situ, sakiiitttt.. dah gitu, di tampar2 pulak isi2 kat badan, pap..pap..pap bunyinya, boleh tahan jugak sakitnya.

Lepas tu buat body wrap pulak, diwrap dengan plastik, keras kejung satu badan. tangan dan lutut memang tak boleh bengkok dah, nak baring pulak atas katil kena rebahkan badan saja, kedebum...
Baring atas hot blanket, kemudian cikgu di selimutkan dengan hot blanket. lebih panas dari bersauna tadi. rasa macam nak garing dah punggung ni. Siksa sungguuuhhh... tak sampai setengah jam, cikgu dah suruh tutup suis, dah tak tahan lagi, sambil tu terasa peluh bercerau keluar. 

Lepas buang plastik wrap, ditonyoh pulak satu badan dengan mesin yang menggegarkan lemak2 supaya lemak2 mudah pecah. 

:Amboi , cikgu kata kat staf tu, nak turun berapa kg ni? Punyalah siksa akak rasa.
;Tak boleh lah terus turun , katanya, bukannya majik, kena buat banyak2 kali. Kami ada pakej 20 sesi utk 3 bulan, boleh dapat diskaun.
Cikgu kata 
:nanti lah, fikir dulu, teruk sangat siksanya, rasa tak terdaya nak menahannya. 
:Ya lah... balasnya, bukannya senang nak kurus..

Lepas siap proses slimming cikgu nak buat facial pulak, tapi dah masuk waktu zohor, berhenti dululah, sembahyang dulu. Lepas sembahyang dan makan t/hari, cikgu balik ke spa untuk buat facial. 

Kira-kira 7 jam lebih jugaklah cikgu spend masa kat spa tu.
Tapi memang rasa ringan badan lepas tu.
Hand bag pun rasa ringan jugak lepas tu... kik kik kik.

Itulah permulaan cikgu dalam usha untuk mendapatkan BMI unggul, body fat unggul dan seterusnya badan yang lebih sihat dan cergas. Semoga Allah memberkati dan memudahkan urusan cikgu untuk mencapai kejayaan , InsyaALLAH.

Monday, November 7, 2011

Kerja rumah memang tak habis2 kan..

sekolah kami cuti peristiwa hari ni, jadi dapatlah cuti lama sikit untuk hari raya haji ni. tapi ironinya cuma mycikgu saja yang bercuti hari ni. Anak2 dah balik asrama kelmarin. Mereka cuti deepavali hari tu. suami pulak dah ke kl menghadiri mesyuarat. Terkulat2 lah mycikgu sorang2 kat rumah. Anak teruna yang balik cuti raya tu pun macam tak balik je. bangun lambat.. bangun2 terus keluar pulak, tak boleh nak ajak berkawan pun.
pagi2 cikgu keluar ke pejabat pos, renew rodtaks kereta... takut pi sebelah petang, ramai sangat orang. Makin teruk cikgu tengok pejabat pos pendang ni, masuk2 saja nak ambil nombor, tempat picit nombor tu disungkup dengan kotak besar, menyebabkan cikgu terus tanya orang lain;

:awat tu? rosak ke?
: ha ah, rosak, kena bebaris
kata sorang lelaki tu. Maka teruslah cikgu masuk barisan.

Kruuuk...kraakk....kruuukkk...kraaakk
bunyi apa tu? bunyi tapak kaki cikgu dan orang2 lain di pejabat pos tu terpijak tiles yang dah lekang2 hampir keseluruhannya.  Ayo yo..tak repair2 dari dulu, sampai semua dah tercabut lekang dah pun.
Nasib baik tak ramai orang, cepatlah sampai turn cikgu. Bayar2 rodtaks terus ... nak pergi mana ya.. terus balik je la. Malas nak pergi mana-mana sorang2 gini.

sampai di rumah, nampak lah, begitu begini, habuk, sampah, serabut, kain baju, tak basuh, tak kering, tak sidai, tak lipat. hermmm... start lah operasi yang tak habis2. 4 jam straight beroperasi, sapu, lap, mop, basuh, sidai, lipat, tapi tak siap2 juga.

Rumah tak nampak lebih kemas dan bersih pun, walaupun dah mencurah2 kudrat dan tenaga.  Dah pukul 2 petang, berhenti lah, nak mandi dan solat zohor pulak. Lagipun, ada kenduri korban yang perlu dihadiri petang ni. Dah janji dengan jiran sebelah nak pergi sama2 selepas dia balik dari sekolah.
Nantilah sambung lagi kerja2 di rumah ni, kalau rajin....

pemeriksaan kesihatan pakai vending machine..

height : 151 cm
weight: 65.9 kg (sepatutnya 43-57 kg)
bmi : 28.9 (sepatutnya 19-25)
body fat index : 42.9% (sepatutnya 18-27%)
mass body fat : 28.3 kg (sepatutnya 11.9-17.8 kg)
daily energy requirement ; 1372 Kcal

nampaknya semua dah terlebih dari sepatutnya....sighhhhh
pengiraannya tepat... cubalah sendiri, di giant alor star.

Sunday, November 6, 2011

Banjir kilat

Jumaat lepas, lebih kurang pukul 4 petang, hujan mula turun dengan lebatnya, bersama dengan dentuman guruh dan kilat. Hujan memang lebat, mycikgu meneruskan tidur diiringi dengan bunyi hujan... tiba2 dikejutkan suami, untuk jemput anak di library alor Star. Lepas mandi dan solat asar, kamipun mula bergerak, walaupun diluar masih hujan. Sampai kat simpang keluar dari taman, terlihat kereta sedang ber queu panjang, eksiden kah, sampai tak bergerak2 walau dah lebih 10 minit menunggu. Mengenangkan nak ambil anak, kami kena cari jalan keluar lain dari taman, buat u turn baru nampak air dah naik atas jalan, dan semua kereta yg dok q tu tengah menimbangkan nak randuk air atau nak pusing belakang, atau saja nak tengok2. Kami keluar ikut jalan taman satu lagi, tapi rupanya taman tu sendiri dah dinaiki air, tapi masih boleh lagi diranduk. Cuma kalau kereta tengah meranduk air, jangan tukar gear, nanti enjin mati dan air masuk ke enjin, nak kena masuk bengkel lah jawabnya. Tapi ada orang depan nampaknya tak tahu teknik meranduk air, suka2 je jalan perlahan2 sambil tengok kiri kanan, menyusahkan orang di belakang. Hari terus gelap dan hujan terus mencurah2 sepanjang jalan ke Alor Star.
(and how should I suppose to correct this pic??)


Inilah akibatnya pembangunan tak dirancang... main kambus bendang dan paya untuk buat taman perumahan, padahal kawasan tersebut adalah tempat air mengalir dan bertakung bila hujan lebat. Bila dah dikambus, air tak ada tempat untuk dituju, maka naiklah atas jalan. Pemaju kenalah gantikan sawah yang dikambus dengan kawasan tadahan lain, supaya kejadian banjir kilat boleh di elakkan.

Tuesday, November 1, 2011

Pesanan pada diri..

Pn Aslina, bulan nov ni kena kelupoq sikit tau. maklumlah sekolah dah nak cuti, jadi ada banyak perkara yang perlu puan bereskan. Mula2, sebagai pk koko, pn kena buat senarai semak, pastikan guru2 penasihat kelab,persatuan,sukan,permainan dan unit beruniform menghantar fail masing2 ... dan pastikan yang fail tu dikemaskinikan. Kalau yang tak kemas kini? suruh depa kemas kini dulu, kalau mereka buat tak reti? Payah juga k ya.. tak pa lah, pn aslina senyum saja sudahlah.

Kemudian, guru2 tingkatan kena buat pengiraan markah koko pelajar. Taklimat kena buat tu, maklumlah, setahun sekali, tentu dah ramai yang lupa. nanti mereka buat pengiraan ikut suka masing2, lagi pening kepala. Jadi kena buat taklimat supaya semua pengiraan adalah selaras. Untuk mudahkan kerja guru2 yg memang dah melambak tu pn aslina buatlah borang yg ada nama pelajar tingkatan siap2. Cikgu tak payah nak buat borang lain. Harap2 ini dapat meringankan beban tugas guru2. pn aslina susah sikit tak pa. Untuk pelajar2 yg dah hilang buku koko nya, pn aslina buatkan borang, risso lah dalam seratus dua, suruh mereka hantar borang kepada guru2 tingkatan mereka. Asalkan ada data sudah.

Pn jangan lupa, puan jadi ajk majlis anugerah koko daerah, ya. Kena lantik AJK kecil, untuk bantu semasa majlis tu. Cari orang yang paling cekap, supaya semua kerja bahagian hadiah dapat dilaksanakan dengan sempurna. Bahagian ni, kritikal sikit, selalu kalut. Rosak majlis dibuatnya.

Takwim koko 2012 dah siapkan? Cuma sekarang pn kena siapkan agihan tugas koko pulak. Ni pening juga ni kan? Banyak sangat agihan yang perlu dibuat, kesian cikgu2, terlibat dengan banyak AJK. HEM lagi, Kurikulum lagi.. nak ngajar lagi. Pastikan, siapkan sebelum 16/11 ni, PK nak himpun untuk dimurnikan.


Itu baru bab Koko, belum lagi sebagai ketua panitia dan guru mata pelajaran. semuga dapat siapkan kerja ikut perancangan ya. Good Luck. InsyaAllah siap .


Sunday, October 23, 2011

20 minit selepas peperiksaan dimulakan, dah siap menanda jawapan dan boleh tidoooor!!!

Friday, October 21, 2011

Apam Polka dot.


Rupanya memang comeii... tapi rasanya, kalau ikut tekak cikgu tak lah umpph sangat. Apam, is not my favourite. Orang lain mungkin suka. kalau boleh, nak buat banyak2 color, baru lagi ceria, tapi tiga color tu saja yang ada dalam simpanan. Bila jenguk2 rak di supermarket besar pun, tak jumpa color lain. kalau ada nak warna purple dan biru. Di mana boleh dapat ya?
caranya:
1. pukul 3 biji telur dgn 175 gm gula halus, masukkan 175 gm susu cair, 1 camt baking powder, 1/2 camt ovalete, 1 sudu teh esen vanila.
2. Pukul sampai kembang (tak da la lama mana)
3. Asing2 kan dalam bekas berlainan dan gaul dengan pewarna kesukaan.
4. masukkan batter ke dalam paper cup, 1/4 penuh, masukkan filling kesukaan . .. blu beri ke, stro beri ke.
5. tambah batter hingga 3/4 penuh.
6. Dot dot kan dengan warna yang berlainan. boleh bubuh dalam piping atau lain2 alat rekaan sendiri.
7. Kukus 10-15 minit. Jangan over heat, nanti merekah, tak comel pulak.
8. makan panas2 sedap... bila dah sejuk, dia jadi liat.
9. Sesuai untuk minum petang bersama teh o pudina.

Wednesday, September 21, 2011

Gerek untuk Pak Tam

Dulu , dalam entri cikgu ada sebut pasal budak yang tergolek atas meja sebab tak makan masa rehat kerana tak ada duit. Budak tersebut kawan-kawannya panggil Pak Tam. Ada2 saja gelaran mereka. Hari ini, hari gumbira buat Pak Tam, sebab Pak Tam dapat hadiah sebuah basikal daripada sekolah. Duit kebajikan kali ini disalurkan untuk membeli sebuah basikal untuk Pak Tam. Pak Tam tak payah share basikal dengan mak dia lagi, atau tunggu nak tumpang siapa2 nak balik. Lepas ni, Pak Tam boleh guna basikal ni untuk pergi dan balik dari sekolah. Sekarang Pak Tam tingkatan 3, ada 2 tahun lebih lagi, Pak Tam akan berulang alik rumah ke sekolah.  Tapi kenapa dalam gambar Pak Tam tak nampak seronok pun? Pak Tam nak motor kutt... apa apa pun, selamat berjaya Pak Tam, dunia dan akhirat, cikgu sentiasa mendoakan kesejahteraan kamu.

Monday, September 19, 2011

Kenduri - kenduri... kahwin






 

                                                                         Cuti hari Malaysia, sempat juga memenuhi jemputan kenduri di Shah Alam. Budak kecik ni dah besar rupanya, dah boleh kawin dah..        

Kami sampai awal, tetamu masih belum ramai..

Tuan rumah, mengalukan kedatangan, kenduri kali ni, anaknya yang bongsu

close up.. abang Mie@ pak Anjang Mie

Selain makan nasi, kuih raya juga ada, tak berhenti lah mengudap

suasana agak redup dan selesa, tema kenduri kali ini, hijau..

Tumpang duduk di meja pengantin

Dia orang ni, abang dan kak ipar pengantin, kawin tahun lepas dan ada anak pun..

Masa kenduri ni lah nak jumpa dan sembang2 pun, di kiri sekali kakak sulung pengantin, di kanan sekali ibu pengantin, sebelah cikgu, Mak Lang, dari tikam batu, turut memeriahkan majlis. Baru sampai sekeluarga pagi tu.

pengantin dah nak sampai, standby dengan kamera masing2

Semoga bahagia, berpanjangan jodoh hingga ke akhir hayat

Syukur Alhamdulillah..

     Minggu lepas sebelum cuti hari Malaysia, ramai dari sekolah yang keluar, mesyuarat, taklimat , kursus dan lain-lain lagi. Pada hari Selasa selain guru2 kanan, tinggal pengetua dan cikgu . Pengetua tanya. "cikgu ada nak kena pi mana-mana dak, rabu dan Khamis ni?"
"Insya Allah tak da kut", jawab cikgu.
"PK kena pergi Pulau Pinang start esok, saya pun pi sana, taklimat peperiksaan, PK Hem kena pi bukan tender kantin asrama",
" Ooohh..", kata cikgu lagi, tapi masih confuse dengan kata2 pengetua.
Sambil terus membuat kerja, tak lama Hasnah datang,
"Kak, tolong tanda tangan,"
"Tanda tangan? Boleh", sambil mencapai pen mata mengerling apa yang perlu di tanda tangan...
"Haa...??!!"
Rupanya surat menyerahkan tugas pengetua selama ketiadaannya, dan perlu ditandatangan oleh penerima tanda rela hati menerima tugas.
Sebelum nipun, memang kerja kita sehari2an menjaga sekolah, tapi bila dah rasmi sangat macam ni, rasa ngelabah juga. Dalam hati tak putus2 berdoa, agar tiada kejadian yang tidak diingini berlaku sepanjang ketiadaan pengetua.
     Alhamdulillah, semua berjalan lancar, dan petang khamis pun tiba, dengan rasa lega.

Sunday, September 18, 2011

Ceritera di Hiway Utara-Selatan

     Hujung minggu yang panjang... selalunya 2 hari, kali ni 3 hari kerana cuti ganti hari Malaysia yang jatuh pada hari Jumaat diganti ke hari Ahad bagi kami di Kedah. Oleh yang demikian, sempatlah kami memenuhi jemputan kenduri di Shah Alam walaupun jaraknya 600 km lebih kurang.
Walaubagaimanapun terpaksa pergi semalaman sahaja kerana the girls kena masuk balik asrama petang Ahad tu.
 So, hari Jumaat tu, selepas relax2 pagi tu, tengok perarakan Merdeka yang gilang gemilang di Dataran Merdeka, kamipun memulakan perjalanan. Masa tu dah lebih kurang pukul 11.00 dah. Trafik berjalan lancar, walaupun hujan ada masa lebat , ada masa renyai.
Kami susur keluar di Sungai Siput kerana masa tu dah hampir waktu solat Jumaat. Ada sebuah masjid kecil di tepi jalan, kami tunggu dalam kereta, dan macam biasalah... kalau masa solat jumaat ada kanak2, remaja2, malah kadang2 orang berusia yang datang menempek di belakang, tepi , masjid tapi tak masuk sembahyang. Hairan sungguh. Pernah sekalitu, cikgu hampir2 nak pergi sound budak2 muda satu group yang tak masuk ke masjid waktu orang dah mula sembahyang, tapi ditahan oleh my girls.
Selepas sembahyang, perjalanan disambung , dan kami berhenti di Tapah untuk menjalankan tanggungjawab kami bersolat pula.

     Sekali-sekala singgah di hentian sebelah untuk singgah ke toilet. Yang cikgu boring sekali bila tandas kotor. Tandas di hiway tak sepatutnya kotor kerana kita masuk berbayar semasa di tol lagi. tapi pengguna ni ada yang berotak kecil jugak, lepas guna tandas, tak reti nak bersihkan macam balik asal sebelum dia masuk tu. Yang leceh sekali bila tengok tisu2 tandas dalam lubang tandas. Bukannya tak boleh flush, tapi nak suruh orang pulak flush untuk dia.
     Tang makan pulak, memang ada banyak outlet yang menyediakan makan, tapi setakat ni, belum jumpa lagi yang dapat memenuhi selera. Kadang2 ikan atau ayam goreng yang kita ambil tu, macam ikan yang dah diperangat banyak2 kali. Mungkin, yang lama tak abis, tapi sayang nak buang. Harganya pulak memang lebih mahal daripada makanan yang dijual di tempat2 lain.
     Pengguna jalan raya pulak, macam2 perangai. Kali ni terserempak dengan satu group penunggang motor yang berhimpun di sebuah stesen minyak, mungkin berehat sebentar. Lebih kurang 30 orang semuanya, dan semuanya lelaki, ooopss.. ada sorang perempuan. Apa yang dibuatnya, ditengah2 budak lelaki tu!! Mula cikgu ingat konvoi hari malaysia ke, patriotik jugak budak2 ni, tapi tak dapun bendera di motor2 mereka. Tak lama selepas meninggalkan stesen minyak kereta kami di potong oleh budak2 motor tu, yang membawa motor tersangatlah laju... yang meniarap atas motor pun ada.  laaaa... Mat2 rempit rupa-rupanya.

     Pemandu2 kereta pulak ada yang macam memandu macam nak rakk lajunya. Yang golongan ni, dia tak kira, kalau ada kereta di lorong kanan yang memandu ikut had laju, dengan sombongnya , menyalakan lampu tinggi, memberi amaran kepada pemandu hadapan supaya masuk ke lorong kiri dan bagi jalan kepadanya untuk memotong. Kalau lambat sikit sebab pemandu hadapan nak overtook, kenderaan lain di sebelah, bukan main lah.. lip lap lip lap lampu tinggi dinyalakan. Cikgu nak cadangkanlah, cuba buat kajian profile pemandu2 yang pernah terlibat dengan kemalangan. Kalau yang dah jadi arwahpun, boleh tanya pada rakan atau keluarga terdekat. Bila dah kenalpasti profile, barulah boleh ambil pendekatan yang lebih berkesan, bagaimana nak mengurangkan kemalangan jalan raya.
     Ada juga pemandu yang suka berhenti di lorong kecemasan, pada hal lorong kecemasan selalu digunakan oleh penunggang motorsikal, kalau nak berhenti lama, sepatutnya, sediakanlah amaran supaya pengguna jalan raya lain, khasnya penunggang motorsikat boleh alert, takut nanti ada penunggang motorsikal yang tak perasan terlanggar kenderaan yang berhenti di lorong kecemasan. Dah ramai penunggang yang arwah kerana kes ini. Sebagai komuniti yang berkongsi jalan raya, kita kena beringat tentang hak dan kepentingan orang lain juga, jangan pentingkan diri sendiri.
     Walaupun hujung minggu ni panjang sikit, tapi tak ramai yang ambil kesempatan balik kampung, mungkin kerana baru balik hari raya hari tu. Lagipun poket tengah kosong.. maklumlah baru lepas musim perayaan.
     Akhirnya, Alhamdulillah, pukul 8.30 malam, kami selamat tiba ke destinasi. Bolehlah berehat2, melegakan urat yang seharian duduk dalam kereta.




Tuesday, September 13, 2011

My new tools..

Mulanya agak skeptikal juga nak mendapatkan menda ni.. maklumlah tak da coverage nanti, merugikan sahaja. Dahlah ada kontrak setahun bagi broadband dan 2 tahun untuk talian telepon. Tapi terpaksa juga menanggung risiko, kerana kabel selalu kena curi..(hmmm... masih belum ada penyelesaian walaupun masalah ni dah lama terjadi) dan kerana efisen nya TM menggantung perkhidmatan bila bil tidak dibayar. Macam yang dialami dulu, bulan puasa... sibuk dan letih, cuti raya.. balik kampung, akibatnya ada bil tertunggak, bil yang seterusnya belum sampai, tiba2 line dah kena gantung. Baru terperasan bil belum bayar , bayar melalui cimb click pukul 9 pagi, pukul 4 petang telepon tm minta aktifkan semula talian, dia kata bayaran belum masuk!!  Atas talian pun dah 7 jam bayaran belum masuk. Kemudian minta referens number yang selalu kita ignore dan tak ambil kesah nak salin. Mana nak ada. Dan bagitau pulak telepon lagi dalam masa 4 hari untuk aktifkan talian. Nak potong efisen sangat, nak sambung balik payah pulak, walaupun semua tu dalam sistem saja.

Tapi dengan adanya BB ni, bolehlah buat kerja-kerja yang perlu dibuat, seperti key in markah kerja kursus ke Lembaga Peperiksaan, key in markah percubaan ke Lembaga Peperiksaan dan key in markah segala jenis ujian dan peperiksaan ke SAPS. Nampaknya cikgu2 sekarang terpaksa mengeluarkan lebih banyak modal untuk beli lap top, untuk bayar bil broadband, nak share lap top sekolah terpaksa tunggu giliran ... tak sampai lagi giliran , dah kena masuk kelas pulak dah.
Tapi tak pa la... teringat kata-kata seorang isteri kepada cikgu di sekolah, kalau orang buat bendang boleh beli pam ayaq, kenapa cikgu tak boleh beli komputer sendiri... nak buat kerja.

Mujur juga BB Maxis ada coverage di area sekolah dan di kampung masa balik cuti raya dulu, sedangkan di rumah tak ada pulak. Mungkin taman perumahan ni, termasuk ke dalam sikit , jauh dari jalan besar, sebab tu tak dapat coverage. Harap2 Maxis boleh buat satu menara dekat2 sini, sebab kalau ada coverage, boleh potong terus streamyx ni, tak payah nak bayar banyak2 bil.


Monday, September 12, 2011

Kanak-kanak beraya..syioknyaa

sampai ternganga main bunga api

habis slipper mak de berlubang kena percikan api

3 beradik sedang asyik main api

Ni time mood elok..

Selamat berjaya dalam UPSR (13 - 15 Sept)

Si manja

the grandsons

On da way beraya



                                                                                                                                       
Kanak2 yang paling seronok beraya, ya ke? Mak2 pun sronok juga, walaupun penat menyediakan juadah untuk keluarga dan tetamu, tetap sronok.

Latest kitchen product

trifle.. sempena jamuan raya atau jamuan perpisahan dan terima kasih anak di pejabat tempat dia praktikal, selain order nasi kerabu, sempat juga buat trifle ni. Buat 3 bekas, bawak ke pejabat 2 saja. satu lagi untuk makan kat rumah.

Laksa Siam... tapi Melayu buat. Kuah laksa siam sama dengan kuah laksa Johor, semua jenis lengkuas, halia, kunyit hidup, serai, belacan ,bawang puteh, merah, cabai kering semuanya diblend dengan isi ikan yang telah dikukus. Yang berbezanya ialah, laksa Siam bubuh daun kesum, daun limau purut dan bunga kantan. Kemudian masukkan santan dan dua tiga keping asam gelugur. Masak hingga mendidih. Laksanya pula, laksa jenis halus, lebih berpalut kuah pada laksa tersebut. Next time nak cuba makan kuah ni dengan pasta angel's hair. Ulamnya pulak macam laksa kelantan, taugeh, timun, kacang panjang cuma tambah daun pudina. Laksa kalau buat sendiri lebih puas, tengoklah kuahnya pekat dengan isi ikan.

Kucing-kucing dulu dan sekarang...

Ini Ciki, tilam orang buat macam tilam dia sendiri, dibelakang yang mengendap balik bantal tu, Miko..
Yang ni pulak TJ.. tidur sampai tak sedar orang ambik gambar dia.. TJ ibu kepada Ciki dan Miko

Inilah wajah ayu TJ kalau tak tidur..

Yang ni pulak Ciklon, kucing gelandangan yang datang menumpang di rumah.. oleh kerana rupanya serupa dengan Ciki, di namakan Ciki Klon = Ciklon

Yang ni Miko


Wednesday, September 7, 2011

Tak habis habis OPS SIKAP..

OPS SIKAP...OPS SIKAP...OPS SIKAP

Bila ada musim perayaan, sibuklah media merwar2kan tentang ops sikap. Dah berpuluh-puluh malah dah yang ke 24 pun. Apa sebenarnya ops sikap ni? Yang mycikgu perasan.. tiap2 kali ada ops sikap ialah makluman tentang data2, berapa kemalangan, berapa maut, kemalangan di lebuh raya, jalan persekutuan dan sewaktu dengannya. Kemudian banding-bandingkan data terkini dengan data tahun2 dulu.

Yang sebenarnya apa yang betul-betul dilaksanakan di sepanjang ops sikap ni? Sepanjang 24 kali, dan sepanjang itulah juga, mycikgu akan travel lebih 500 km balik kampung untuk musim perayaan dan cuti panjang, tidak ada apa yang berbeza dijalan raya, waktu ada ops sikap dan waktu tiada ops sikap. Mungkin mycikgu terlepas pandang, tapi takkanlah dah 24 kalipun terlepas pandang juga.

Adakah dengan hanya meletakkan polis ditiap2 beberapa km di dalam pondok kecil, dapat mengurangkan jumlah kemalangan. Ternyata tidak di ops sikap kali ke 24 ini. Jadi, apa faedahnya, polis duduk dalam pondok2 tu, memerhati jalan raya?
Pertama...Banyak kemalangan jalan raya diakibatkan kecuaian yang berpunca dari lalai yang berpunca dari mengantuk dan lalai. Bulan puasa, memang tak dinafikan ramai yang mengantuk ketika memandu kereta, lepas rayapun begitu juga, ramai yang mengantuk kerana letih beraya (sememangnya musim raya kita semua kurang rehat) kerana sibuknya, beraya, melayan tetamu, menziarahi saudaramara dan jiran-jiran, menyediakan juadah hidangan, bersembang dengan saudara mara yang dah lama tak jumpa hingga lewat2 malam.

Kedua... Banyak kemalangan jalan raya kerana pertambahan kenderaan dijalanraya. Logiklah lebih banyak kenderaan, lebih tinggi kebarangkalian untuk terjadinya kemalangan. Kenderaan bertambah kerana nak balik kampung, nak menziarahi, nak attend kenduri kahwin (cuti panjang, so convenientlah buat kenduri kahwin), dan membeli belah buat persiapan raya . Jadi bertambahlah kenderaan, daripada rutin harian biasa seperti ke tempat kerja dah jadi fenomena pula, apabila berganda2 kenderaan di jalan raya.
Raya tahun ini pulak di burukkan lagi kerana IPT2 membuka pendaftaran pelajar baru, immediately lepas raya. Masa orang berebut nak balik ke tempat kerja, masa tu jugaklah ada keluarga2 yang terpaksa travel ke pusat pengajian tinggi untuk mendaftar anak2. Nama saja pusat pengajian tinggi, tapi akal tak tinggi pun. Sampai berita malam tadi dah ada yang terkorban kemalangan on da way nak pergi mendaftar ke UUM daripada Johor. Maklumlah, selepas sebulan berpuasa, sibuk beraya, sibuk buat persiapan ke universiti, terpaksa pulak travel jauh nuuun ke Utara, tentulah kepenatan...akhirnya??? Berpusara di lebuh raya.
Untuk mengatasi masalah2 ini langkah drastik perlu lah diambil. Perlu drastik kerana bilangan yang terkorban semakin kritikal. Antaranya ialah:

Pertama...Oleh kerana penunggang motorsikal penyumbang besar kepada jumlah kematian, haramkan motorsikal di jalan raya di sepanjang tempoh ops sikap. Walaupun kejam bunyinya, tapi ini untuk kebaikan mereka juga. Perbaiki perkhidmatan kenderaan awam, bagi spesial price , untuk pengguna2 kenderaan awam, supaya mereka dapat travel ke mana2 yang mereka perlukan walaupun tak boleh naik motor. Nampak saja motor dijalan raya... keluarkan saman.

Kedua... Buat penjadualan semula. Sekarang, jalan sesak kerana semua berebut-rebut hendak kembali ke kota2 besar tempat mereka mencari rezeki. Begitu juga kerana musim persekolahan sudah bermula. Untuk elakkan semua orang travel serentak, buat penjadualan semula hari masuk kerja. Kita boleh agihkan hari2 dalam seminggu , contohnya, hari Isnin Kementerian Pertanian, hari Selasa Kementerian Pertahanan masuk kerja , jadi tidaklah semua pengguna berada serentak dan bersesak2 di jalan raya. Kerana ada yang dah mula kerja dan ada yang belum mula kerja. Jumlah hari bercuti boleh lah digilir-gilirkan pada perayaan2 lain pada masa yang akan datang.

Ketiga....Kelajuan boleh membunuh. Jadi, turunkan had laju di lebuh raya dan jalan raya biasa. Kalau had laju 110 km sejam, turunkan jadi 80-90 km sejam, Kalau ada kecemasan, pemandu sempatlah bertindak, kerana bergerak dalam slow motion. Biar lambat, asal kan selamat, kalau dah bawa 160 km sejam, apa2 jadi kat depan.. dah tak dan nak mengelak, bertambahkah statistik kemalangan.

Keempat... Pemandu penat , mengantuk, cuai dan lalai, lambat bertindak akibat badan yang lesu. Bagaimana nak pastikan pemandu berehat secukupnya? Senang saja, beri cuti panjang.. sebelum dan selepas musim perayaan. Rugi tenaga kerja?? Tak, jangan bagi cuti begitu saja, tapi cuti berganti, setiap hari Sabtu, sehingga habis cuti diganti... Sekolah boleh buat sekolah ganti pada hari Sabtu, atau tak ganti pun bila ada kelas tambahan, sukan, aktiviti kokurikulum, perkemahan dan sebagainya, kenapa pejabat tak boleh.. Sekurang2nya cuti musim perayaan ni panjangnya kena 2 minggu... barulah tak kalut nak balik kampung dan balik semula ke tempat kerja.

Kelima....permohonan pertukaran tempat kerja hendaklah dilayan sepenuhnya. Ini dapat mengelakkan orang terpasa travel jauh, kerana duduk jauh dari kampung halaman. Untuk yang baru posting pun, postingkan mereka mengikut alamat di kad pengenalan. Supaya lepas ni, dia tak susah2 nak memohon pertukaran. Buat kajian keperluan tenaga kerja mengikut kawasan. Sekiranya kawasan tersebut sudah berlebih2 tenaga kerjanya, jangan ambil lagi, ambil dari kawasan yang tenaga kerjanya masih kurang. Macam contohnya, guru2 sudah ramai di Kedah, sampai yang duduk di luar Kedah, susah sangat nak balik... intake ke IPGM , Universiti, Kolej dan sebagainya, jangan ambil Kedahan. Sabah dan Sarawak nuhh.. ramai yang tak cukup cikgu, sampai yang semenanjung terpaksa pergi cukupkan, jadi, ambillah pelajar IPGM ramai2 sikit dari Malaysia Timur, up kan sedikit kuota mereka itu. Tak payahlah guru-guru dari luar nak kena pergi mengajar di sana.

Kalau setakat kata2 yang menakutkan saja, seperti
.... jangan jadikan jalan raya pusara...
....ingatlah orang tersayang...
anda mampu mengubahnya...kelajuan boleh membunuh...dan lain2 lagi.. tidak akan berjaya Ops Sikap, walaupun namanya di ubah ke lain. Jangan jadi OPPPOCCOTTT sudahlah...


Thursday, August 25, 2011

So soon?

Dah nak habis dah bula puasa? So soon? masa semakin cepat berlalu...mungkinkah putaran cakerawala semakin laju atau hari2 di kejar masa nak menyiapkan kerja2 yang semak8n bertambah hari demi hari .
Dulu mana pernah dengar tentang pki, nkra,etr, bahagianya hidup dulu... aman damai. Bila ada idea2 baru, selalunya drp boss2 baru, banyaklah kerja yang nak dilaksanakan oleh si pelaksana. Yang bagi idea cuma tau... jalankan idea dia, nak tengok, yang teruk lintang pukang ialh orang2 bawahan. Lepas satu-satu idea yang dicanang lepas sesuatu masalah dikenalpasti. Dan oleh kerana masalah semakin banyak, maka banyaklah idea mengenalpasti masalah yang dicetuskan.
Sekadar berkongsi....

Tuesday, August 23, 2011

Merokok dalam tandas...

 Entah apalah, bulan puasa tahun ini.. macam macam kejadian yg tak senonoh dilakukan oleh sebilangan pelajar sekolah. Semalam cikgu dah cerita pasal makan dalam jamban, jadi kerja pulak pakcik2 cleaner nak korek lubang jamban takut tin minuman menyumbat saluran najis. Nanti mereka juga yang susah nak tunai hajat.

Harini, ditangkap merokok dalam jamban pulak dah. dah lah tak puasa, merokok pulak. Sekolah kan kawasan larangan merokok, tak kiralah di mana pun. Hata dalam tandas sekalipun. Punyalah ketagih candu rokok tu, sampai terpaksa hisap rokok jugak2. Tak sempat2 dah nak balik rumah , atau keluar kawasan sekolah untuk menghisap rokok.
Larangan , iklan, macam2 kempen lagi dijalankan untuk membenteras perokok ini tidak dihiraukan. Perbuatan mereka tambah2 lagi remaja yang tak habis develop lagi organ dalam badan ni, amat membahayakan diri mereka sendiri. Demi keseronokan(???) selama 2 minit. Akibatnya, organ2 dalaman mereka terutamanya bahagian paru2, terencat sebelum dapat berkembang dan berfungsi sepenuhnya.  Kufur nikmat sungguh manusia ini, anugerah Allah yang tidak ternilai, sebuah paru2, dikhianati dengan memasukkan berbagai jenis racun. Bukan nak jaga bagi elok, nak menjahanamkan diri sendiri lagi ada.
Racun2 dari rokok juga akan menyebabkan perubahan genetik, atau kecacatan genetik, dan ini melibatkan generasi2 mereka yang akan datang. Bukan setakat anak, cucu , cicit dan seterusnya. So girls... kalau nak cari pasangan carilah dari golongan yang bukan merokok, supaya generasi anda bebas dari kecacatan genetik ini.  Nanti dapat anak cacat, berpenyakit, otak lembam dan banyak masalah2 lain lagi, tak mau kan.. Jadi hindari perokok, kerana mereka berpotensi untuk mendapat zuriat yang tak sempurna.

Renung-renungkan....

Monday, August 22, 2011

Makan dalam tandas??

Bulan puasa , Ramadhan ni selayaknyalah dihormati. Memang diwajibkan umat Islam menjalani ibadah puasa, kecuali bagi yang uzur syarie.  Tetapi puasa kali ini beberapa perkara yang tidak sepatutnya berlaku telah berlaku. Kesimpulannya, generasi sekarang semakin memandand enteng ibadah puasa .
Antaranya ialah:
- ada pelajar dengan relaknya malah bangganya mengaku tidak berpuasa
- banyak tin2 minuman dijumpai diperosokkan dalam lubang tandas pelajar, bermakna dahlah tak puasa, sanggup makan dalam jamban
- ada pelajar dengan selamba mengunyah chewing gum di hadapan guru
- seorang rakan melaporkannampak penunggang dan pembonceng motorsikal remaja Melayu, menghisap rokok , ketagih sangat lah tu.
- melalui laman facebook, sorang friend memaparkan gambar gadis melayu bertudung sedang enak makan2 di sebuah restoran segera , dikhalayak ramai tanpa segan silu dan menghormati bulan puasa.
- ada juga pelajar yg mengaku, keluarganya tidak berpuasa, siap masak makan macam biasa saja, macam di bulan tak puasa.

APA DAH JADI DENGAN AHLI MASYARAKAT JENIS INI...
SEMOGA ALLAH TAALA MEMBERI PETUNJUK KEPADA GOLONGAN INI, TERBUKA HATINYA UNTUK TURUT BERIBADAH MACAM ORANG LAIN DI BULAN MULIA INI.





Thursday, August 18, 2011

Ramadhan kali ini...

   Cepat rasa masa berlalu, dah lebih separuh bulan Ramadan ditempuhi. Kecuali hubby yg perlu berehat di PMC diawal puasa hari tu kerana kidney stonenya.. lain2 semua berjalan perfectly smoothly. Alhamdulillah. Program Tadarus cikgu2 di sekolah telahpun mencapai matlamatnya..telah katam minggu lepas. Awal pulak katamnya, dari pemerhatian cikgu, tahun ni, lebih ramai cikgu yang join sekali, sebab tu cepat tamat. Majlis katam akan diadakan 22 Ogos nanti.
     Di sekolah pula, program yang sudah,  sedang dan akan berjalan sepanjang Ramadhan854ni agak banyak juga... kira  happening betullah. Ada percubaan PMR, percubaan SPM dan ujian bulan Ogos untuk tingkatan1,2 dan 4. Dan biasalah, lepas peperiksaan sibuk marking paper dan seterusnya key in markah. Selain markah trial, markah kerja kursus PMR pun kali ni kena key in on line. Due data nya dah tutup 15 Ogos lepas , tapi dilanjutkan ke 19 Ogos, kerana ada sekolah yg belum siap.
     Tahun ni pulak, milai pakai SAPS/sistem peperiksaan atas talian. Dimana semua ujian dan peperiksaan hendaklah di online kan, untuk memudahkan pemantauan Kementerian. Kalut jugaklah, sebab taklimat baru beri, date duenya pulak 2 Sept.. dalam cuti raya tuuu.. Lebih malang sekolah tiada internet kerana kabel dicuri pada 7,9,13 dan 14 Ogos. Pencuri2 tu nak guna duit untuk belanja buka puasa keluarga dia kut.. atau nak beli baju raya anak2.  Dan menyakitkan lagi, dahlah kabel sekolah kena curi, di taman pun kena curi. Rasanyanya dah 3 kali tahunni. kabeltu duduk depan rumah orang je, tak prihatin sungguh orang kita ni. Membiarkan kejadian di depan mata.
     Nampaknya minggu akhir puasa ni, para cikgu kenalah menyinsing lengan, bukan nak sedia juadah puasa, nak siap rumah sebelum raya jauh sekali...tapi kena siapkan kerja2 sekolah, kerana due datenya yang mengejar.
     Hari Rabu lepas sempat juga memenuhi undangan berbuka puasa di asrama, kalau ikutkan, cikgu lebih selesa berbuka di rumah, tapi kesian teringatkan pelajar yg berjauhan dgn keluarga di bulan puasani, cikgupun pergilah menjenguk sebentar. Lepas berbuka, terus balik untuk solat dirumah.
     Semuga hari2 Ramadhan yang masih berbaki lagi ini terus dilalui dengan lancar hingga ke penghujung.


   
   

Sunday, July 31, 2011

Ramadhan datang lagi...

Alhamdulillah dipanjangkan usia dan diperkenanankan Alah SWT untuk bertemu lagi Ramadhan tahun ini. Masih teringat perasaan sayu malam last bertarawih tahun lepas , sambil dalam hati tertanya-tanya, adakah Allah SWT akan memberi lagi peluang untuk bertarawih.
Sebenarnya terlalu banyak ganjaran Allah SWT di bulan mulia ini, bagaikan pakej yang tersangat istimewa. Gandaan pahala yang dijanjikan melebihi hari2 biasa menyebabkan ramai yang berebut-rebut membuat amalan, beribadat dan bersedekah jariah.  Rumah anak2 yatim  menerima sedekah yang melimpah ruah, majlis berbuka puasa untuk mereka juga sampai tak henti2 sepanjang Ramadhan. Ramai juga yang lebih suka melunaskan zakat di bulan ini kerana dapat pahala berganda-ganda.
Di bulan Ramadhan juga, surau dan masjid penuh dengan jemaah untuk menunaikan solat isyak dan seterusnya bertarawih. Ramai yang mengimarahkan surau dan masjid,  lebih2 lagi di awal bulan puasa. Giliran moreh pulak menambahkan meriah malam lebih2 lagi bagi kanak2, yang menunggu hingga selesai 20 rakaat sebab nak ambil moreh.
Institusi pejabat, sekolah dan lain2 menganjurkan program bertadarus disepanjang bulan, di akhiri dengan majlis khatam Quran di akhir bulan. Selain bertadarus, Quran juga dibaca bersungguh2 agar boleh tamat 1 juzuk sehari dan khatam dalam bulan Ranadhan.
Pendek kata banyak amalan yang khusus dibulan Ramadhan di laksanakan, dan amalan lain yang juga dilakukan dengan ekstra.. masing2 mengharapkan amalan mereka diterima Allah SWT.
Selamat beramal di bulan yang penuh keberkatan ini, rebutlah tawaran2 istimewa sepanjang bulan ini.

Monday, July 25, 2011

Pengalaman baru

Setelahbertahun-tahun menjinjinglaptop yg berat nya hampir l.5kg, Dipikomfair baru-baruni,cikgn terperasan ada sebuahlaptop comel di sebuah kiosk Lebih kuranyyg terletakagak ke hujung. Lantas cikgu bertanya pd empunya kiosk,"ini apa?" "lni tablet pc," katanya.Comel bergaYa. Ber@tnya pulak   x sampai 1kg. Lebih kurang PC biasa, boleh melakukan kerja2 PC, cuma Saiznya lebih compact. key boardpun x ada. Guna touchscreen. Tapi boleh pakai Keyboard usB atau bluetooth.
Taklah terus ambik, fikir panjang jugek. Maklumlah harganya bukan skupangdua. selepas membuat keputusan  Tap, banyakprogram yg nakkena download,muktamad yg rasanya betu1, the next day, pi pulakdah. sembang punya sembang, last2 jadilah ambik. Tapi x boleh ambil lagi kerana banyak program yg nak kena download.Bayar duludeposit, tapi layak juga untuk dapat kupon cabutah bertuah, tuahnya.dapat external hard disc.
Selepas beberapa hari,barulah siap dan boleh ambil. mula2 rosa susah juga. Maklumlah, x da keyboard. Kena touch screen. Kalau tangan terketaq2 lain yg nak ditouch lain pulak yg jadiknya. Tapi kalau naKhangkut Ke hulu hilir, sesuai, sebab saiznya dan tak berat. Cuma kena biasa2kan,baru lebih selesa. Macam sekarangcikgu menulisdgn jari discreen, dan tabletnimentranslate handwriting cikgu. sebabtulah aada spelling and odd mistakes here and fhere.  However practice makes perfect.

Tuesday, July 19, 2011

Terima hakikat ini...Ciklon

 

Ciklon bermanja. This post is dedicated to ciklon, a stray cat that we took in, give food and love. But 2 months ago, he went out and never come back. Hopes are high for him to come back, but after two months, we'll accept the facts that he was no longer with us. Now only TJ and MIKO . Ciklon is the 6th of our cat went missing.


Friday, July 8, 2011

Seminar di INFRA

seminar dianjurkan oleh Jabatan Perdana Menteri, dikendalikan oleh Biro Tata Negara. Ini bukan kursus BTN, tetapi seminar khas untuk memberi penjelasan kepada kumpulan2 tertentu. Termasuk Kumpulan kami yang terdiri daripada penolong2 kanan dan guru2 kanan dari negeri Kedah. Dalam surat panggilanpun diberitahu, diminta menghantar seorang guru kanan dan seorang Penolong Kanan . Kali ini barulah mycikgu tengok peserta lelaki lebih ramai dari pada wanita, iaitu 2/3. Sebab kebanyakan pengurusan sekolah adalah lelaki. Macam sekolah mycikgu, daripada 9 orang, 3 sahaja perempuan.
Seminar berjalan dengan lancar, peserta2 pun nampak berlapang dada dan menerima keadaan seadanya. Pada slot Ketua Polis Negara, dia tak dapat hadir, maklumlah sekarang ni kan sibuk dengan Bersih dan perhimpunan haramnya. Tetapi slot malam yang sepatutnya peserta menyiapkan tugasan , Ketua Polis Negara dapat hadir. Alhamdulillah. Lembut orangnya, macam orang tak reti marah pun ada. Pesanannya, berhati2, fikir dahulu, kena kritis apabila mendapat maklumat, jangan percaya bulat2. Wartawanpun ada banyak jenis katanya. Ada wartawan yang suka perangkap orangpun ada. Perhimpunan haram Bersih dipengaruhi oleh pihak ketiga. Siapa? Tidak pulak diberitahu. Seperti biasa, selepas ceramah, majlis dibuka untuk soalan. Ramai juga yang bertanya soalan, antara soalan yang terbaik ialah bagaimana supaya polis dan orang ramai dapat berhubung baik? Dan cadangkan polis buatlah majlis terbuka sekali sekala. Dan KPN menjawab, memang dah beransur2 buat, hari Jumaat, polis diangkut dengan beberapa biji bas untuk sembahyang Jumaat di masjid2 tertentu. Tujuannya untuk mendekati masyarakat. Dan pagi tadi mycikgu dengar dalam berita, balai polis mengadakan hari bersama pelanggan pada hari2 tertentu setiap bulan.
Ceramah Tun Dr Mahathir pulak tiada dalam jadual. Tapi sebelum majlis bersurai pada waktu tengah hari, diumumkan, Tun Dr Mahathir akan datang petang tersebut. Mycikgu dengar ramai guru2 yang bertepuk tangan. Seronok kerana akan dapat berjumpa dengan Tun. Petang tu, pukul 5 kami dah bersiap sedia masuk ke Dewan, selepas perbincangan tugasan dalam kumpulan. Cumanya, Tun hanya sampai pukul 6 ptg. Dan mycikgu perasan nyanyian "Inilah barisan Kita' pada petang itu adalah nyanyian yang paling bersemangat, dan laungan AllahuAkbar dan hidup guru,melayu dan satu Malaysia adalah yang paling solid.
Tun menceritakan semula sejarah Malaya, bagaimana Malayan Union ditentang, oleh orang Melayu yang sudah mula sedar diri mereka dijajah. Bagaimana perjuangan untuk mendapatkan kemerdekaan. Penggabungan Pas-Umno dan Pas meninggalkan Umno. Dalam ceramahnya, sama dengan penceramah sebelum2 ini, tiada satu kata cerca pun yang keluar dari mulut Tun terhadap lawan politiknya. Walaupun lawan, mereka tetap dihormati. Tun juga membangkitkan perpecahan orang Melayu yang akan menyebabkan Melayu lemah, dan nanti orang asing akan mengambil tampuk pemerintahan. Sejarah akan berulang lagi dimana jawatan2 penting yang biasa dipegang oleh orang Melayu akan diambil alih orang bangsa2 lain. Dasar akan berubah, keistimewaan orang Melayu sudah tidak dijaga, akhirnya Melayu akan terus mundur dan ketinggalan, tanpa bantuan kerajaan.
Rumusannya, didalam seminar ini, peserta diingatkan jagalah perpaduan dan penyatuan sesama melayu, jangan berpecah, kerana ia akan memudahkan bangsa lain untuk mencapai agenda mereka. Fan akhirnya yang akan rugi adalah orang Melayu.