WELCOME



Sunday, July 31, 2011

Ramadhan datang lagi...

Alhamdulillah dipanjangkan usia dan diperkenanankan Alah SWT untuk bertemu lagi Ramadhan tahun ini. Masih teringat perasaan sayu malam last bertarawih tahun lepas , sambil dalam hati tertanya-tanya, adakah Allah SWT akan memberi lagi peluang untuk bertarawih.
Sebenarnya terlalu banyak ganjaran Allah SWT di bulan mulia ini, bagaikan pakej yang tersangat istimewa. Gandaan pahala yang dijanjikan melebihi hari2 biasa menyebabkan ramai yang berebut-rebut membuat amalan, beribadat dan bersedekah jariah.  Rumah anak2 yatim  menerima sedekah yang melimpah ruah, majlis berbuka puasa untuk mereka juga sampai tak henti2 sepanjang Ramadhan. Ramai juga yang lebih suka melunaskan zakat di bulan ini kerana dapat pahala berganda-ganda.
Di bulan Ramadhan juga, surau dan masjid penuh dengan jemaah untuk menunaikan solat isyak dan seterusnya bertarawih. Ramai yang mengimarahkan surau dan masjid,  lebih2 lagi di awal bulan puasa. Giliran moreh pulak menambahkan meriah malam lebih2 lagi bagi kanak2, yang menunggu hingga selesai 20 rakaat sebab nak ambil moreh.
Institusi pejabat, sekolah dan lain2 menganjurkan program bertadarus disepanjang bulan, di akhiri dengan majlis khatam Quran di akhir bulan. Selain bertadarus, Quran juga dibaca bersungguh2 agar boleh tamat 1 juzuk sehari dan khatam dalam bulan Ranadhan.
Pendek kata banyak amalan yang khusus dibulan Ramadhan di laksanakan, dan amalan lain yang juga dilakukan dengan ekstra.. masing2 mengharapkan amalan mereka diterima Allah SWT.
Selamat beramal di bulan yang penuh keberkatan ini, rebutlah tawaran2 istimewa sepanjang bulan ini.

2 comments:

KERI said...

Salam Ramadhan.
Selamat beribadah.

mycikgukita said...

salam.. semuga ibadah kita diterima..