seminar dianjurkan oleh Jabatan Perdana Menteri, dikendalikan oleh Biro Tata Negara. Ini bukan kursus BTN, tetapi seminar khas untuk memberi penjelasan kepada kumpulan2 tertentu. Termasuk Kumpulan kami yang terdiri daripada penolong2 kanan dan guru2 kanan dari negeri Kedah. Dalam surat panggilanpun diberitahu, diminta menghantar seorang guru kanan dan seorang Penolong Kanan . Kali ini barulah mycikgu tengok peserta lelaki lebih ramai dari pada wanita, iaitu 2/3. Sebab kebanyakan pengurusan sekolah adalah lelaki. Macam sekolah mycikgu, daripada 9 orang, 3 sahaja perempuan.
Seminar berjalan dengan lancar, peserta2 pun nampak berlapang dada dan menerima keadaan seadanya. Pada slot Ketua Polis Negara, dia tak dapat hadir, maklumlah sekarang ni kan sibuk dengan Bersih dan perhimpunan haramnya. Tetapi slot malam yang sepatutnya peserta menyiapkan tugasan , Ketua Polis Negara dapat hadir. Alhamdulillah. Lembut orangnya, macam orang tak reti marah pun ada. Pesanannya, berhati2, fikir dahulu, kena kritis apabila mendapat maklumat, jangan percaya bulat2. Wartawanpun ada banyak jenis katanya. Ada wartawan yang suka perangkap orangpun ada. Perhimpunan haram Bersih dipengaruhi oleh pihak ketiga. Siapa? Tidak pulak diberitahu. Seperti biasa, selepas ceramah, majlis dibuka untuk soalan. Ramai juga yang bertanya soalan, antara soalan yang terbaik ialah bagaimana supaya polis dan orang ramai dapat berhubung baik? Dan cadangkan polis buatlah majlis terbuka sekali sekala. Dan KPN menjawab, memang dah beransur2 buat, hari Jumaat, polis diangkut dengan beberapa biji bas untuk sembahyang Jumaat di masjid2 tertentu. Tujuannya untuk mendekati masyarakat. Dan pagi tadi mycikgu dengar dalam berita, balai polis mengadakan hari bersama pelanggan pada hari2 tertentu setiap bulan.
Ceramah Tun Dr Mahathir pulak tiada dalam jadual. Tapi sebelum majlis bersurai pada waktu tengah hari, diumumkan, Tun Dr Mahathir akan datang petang tersebut. Mycikgu dengar ramai guru2 yang bertepuk tangan. Seronok kerana akan dapat berjumpa dengan Tun. Petang tu, pukul 5 kami dah bersiap sedia masuk ke Dewan, selepas perbincangan tugasan dalam kumpulan. Cumanya, Tun hanya sampai pukul 6 ptg. Dan mycikgu perasan nyanyian "Inilah barisan Kita' pada petang itu adalah nyanyian yang paling bersemangat, dan laungan AllahuAkbar dan hidup guru,melayu dan satu Malaysia adalah yang paling solid.
Tun menceritakan semula sejarah Malaya, bagaimana Malayan Union ditentang, oleh orang Melayu yang sudah mula sedar diri mereka dijajah. Bagaimana perjuangan untuk mendapatkan kemerdekaan. Penggabungan Pas-Umno dan Pas meninggalkan Umno. Dalam ceramahnya, sama dengan penceramah sebelum2 ini, tiada satu kata cerca pun yang keluar dari mulut Tun terhadap lawan politiknya. Walaupun lawan, mereka tetap dihormati. Tun juga membangkitkan perpecahan orang Melayu yang akan menyebabkan Melayu lemah, dan nanti orang asing akan mengambil tampuk pemerintahan. Sejarah akan berulang lagi dimana jawatan2 penting yang biasa dipegang oleh orang Melayu akan diambil alih orang bangsa2 lain. Dasar akan berubah, keistimewaan orang Melayu sudah tidak dijaga, akhirnya Melayu akan terus mundur dan ketinggalan, tanpa bantuan kerajaan.
Rumusannya, didalam seminar ini, peserta diingatkan jagalah perpaduan dan penyatuan sesama melayu, jangan berpecah, kerana ia akan memudahkan bangsa lain untuk mencapai agenda mereka. Fan akhirnya yang akan rugi adalah orang Melayu.
No comments:
Post a Comment