Hujung minggu yang panjang... selalunya 2 hari, kali ni 3 hari kerana cuti ganti hari Malaysia yang jatuh pada hari Jumaat diganti ke hari Ahad bagi kami di Kedah. Oleh yang demikian, sempatlah kami memenuhi jemputan kenduri di Shah Alam walaupun jaraknya 600 km lebih kurang.
Walaubagaimanapun terpaksa pergi semalaman sahaja kerana the girls kena masuk balik asrama petang Ahad tu.
So, hari Jumaat tu, selepas relax2 pagi tu, tengok perarakan Merdeka yang gilang gemilang di Dataran Merdeka, kamipun memulakan perjalanan. Masa tu dah lebih kurang pukul 11.00 dah. Trafik berjalan lancar, walaupun hujan ada masa lebat , ada masa renyai.
Kami susur keluar di Sungai Siput kerana masa tu dah hampir waktu solat Jumaat. Ada sebuah masjid kecil di tepi jalan, kami tunggu dalam kereta, dan macam biasalah... kalau masa solat jumaat ada kanak2, remaja2, malah kadang2 orang berusia yang datang menempek di belakang, tepi , masjid tapi tak masuk sembahyang. Hairan sungguh. Pernah sekalitu, cikgu hampir2 nak pergi sound budak2 muda satu group yang tak masuk ke masjid waktu orang dah mula sembahyang, tapi ditahan oleh my girls.
Selepas sembahyang, perjalanan disambung , dan kami berhenti di Tapah untuk menjalankan tanggungjawab kami bersolat pula.
Sekali-sekala singgah di hentian sebelah untuk singgah ke toilet. Yang cikgu boring sekali bila tandas kotor. Tandas di hiway tak sepatutnya kotor kerana kita masuk berbayar semasa di tol lagi. tapi pengguna ni ada yang berotak kecil jugak, lepas guna tandas, tak reti nak bersihkan macam balik asal sebelum dia masuk tu. Yang leceh sekali bila tengok tisu2 tandas dalam lubang tandas. Bukannya tak boleh flush, tapi nak suruh orang pulak flush untuk dia.
Tang makan pulak, memang ada banyak outlet yang menyediakan makan, tapi setakat ni, belum jumpa lagi yang dapat memenuhi selera. Kadang2 ikan atau ayam goreng yang kita ambil tu, macam ikan yang dah diperangat banyak2 kali. Mungkin, yang lama tak abis, tapi sayang nak buang. Harganya pulak memang lebih mahal daripada makanan yang dijual di tempat2 lain.
Pengguna jalan raya pulak, macam2 perangai. Kali ni terserempak dengan satu group penunggang motor yang berhimpun di sebuah stesen minyak, mungkin berehat sebentar. Lebih kurang 30 orang semuanya, dan semuanya lelaki, ooopss.. ada sorang perempuan. Apa yang dibuatnya, ditengah2 budak lelaki tu!! Mula cikgu ingat konvoi hari malaysia ke, patriotik jugak budak2 ni, tapi tak dapun bendera di motor2 mereka. Tak lama selepas meninggalkan stesen minyak kereta kami di potong oleh budak2 motor tu, yang membawa motor tersangatlah laju... yang meniarap atas motor pun ada. laaaa... Mat2 rempit rupa-rupanya.
Pemandu2 kereta pulak ada yang macam memandu macam nak rakk lajunya. Yang golongan ni, dia tak kira, kalau ada kereta di lorong kanan yang memandu ikut had laju, dengan sombongnya , menyalakan lampu tinggi, memberi amaran kepada pemandu hadapan supaya masuk ke lorong kiri dan bagi jalan kepadanya untuk memotong. Kalau lambat sikit sebab pemandu hadapan nak overtook, kenderaan lain di sebelah, bukan main lah.. lip lap lip lap lampu tinggi dinyalakan. Cikgu nak cadangkanlah, cuba buat kajian profile pemandu2 yang pernah terlibat dengan kemalangan. Kalau yang dah jadi arwahpun, boleh tanya pada rakan atau keluarga terdekat. Bila dah kenalpasti profile, barulah boleh ambil pendekatan yang lebih berkesan, bagaimana nak mengurangkan kemalangan jalan raya.
Ada juga pemandu yang suka berhenti di lorong kecemasan, pada hal lorong kecemasan selalu digunakan oleh penunggang motorsikal, kalau nak berhenti lama, sepatutnya, sediakanlah amaran supaya pengguna jalan raya lain, khasnya penunggang motorsikat boleh alert, takut nanti ada penunggang motorsikal yang tak perasan terlanggar kenderaan yang berhenti di lorong kecemasan. Dah ramai penunggang yang arwah kerana kes ini. Sebagai komuniti yang berkongsi jalan raya, kita kena beringat tentang hak dan kepentingan orang lain juga, jangan pentingkan diri sendiri.
Walaupun hujung minggu ni panjang sikit, tapi tak ramai yang ambil kesempatan balik kampung, mungkin kerana baru balik hari raya hari tu. Lagipun poket tengah kosong.. maklumlah baru lepas musim perayaan.
Akhirnya, Alhamdulillah, pukul 8.30 malam, kami selamat tiba ke destinasi. Bolehlah berehat2, melegakan urat yang seharian duduk dalam kereta.
No comments:
Post a Comment