Entah apalah, bulan puasa tahun ini.. macam macam kejadian yg tak senonoh dilakukan oleh sebilangan pelajar sekolah. Semalam cikgu dah cerita pasal makan dalam jamban, jadi kerja pulak pakcik2 cleaner nak korek lubang jamban takut tin minuman menyumbat saluran najis. Nanti mereka juga yang susah nak tunai hajat.
Harini, ditangkap merokok dalam jamban pulak dah. dah lah tak puasa, merokok pulak. Sekolah kan kawasan larangan merokok, tak kiralah di mana pun. Hata dalam tandas sekalipun. Punyalah ketagih candu rokok tu, sampai terpaksa hisap rokok jugak2. Tak sempat2 dah nak balik rumah , atau keluar kawasan sekolah untuk menghisap rokok.
Larangan , iklan, macam2 kempen lagi dijalankan untuk membenteras perokok ini tidak dihiraukan. Perbuatan mereka tambah2 lagi remaja yang tak habis develop lagi organ dalam badan ni, amat membahayakan diri mereka sendiri. Demi keseronokan(???) selama 2 minit. Akibatnya, organ2 dalaman mereka terutamanya bahagian paru2, terencat sebelum dapat berkembang dan berfungsi sepenuhnya. Kufur nikmat sungguh manusia ini, anugerah Allah yang tidak ternilai, sebuah paru2, dikhianati dengan memasukkan berbagai jenis racun. Bukan nak jaga bagi elok, nak menjahanamkan diri sendiri lagi ada.
Racun2 dari rokok juga akan menyebabkan perubahan genetik, atau kecacatan genetik, dan ini melibatkan generasi2 mereka yang akan datang. Bukan setakat anak, cucu , cicit dan seterusnya. So girls... kalau nak cari pasangan carilah dari golongan yang bukan merokok, supaya generasi anda bebas dari kecacatan genetik ini. Nanti dapat anak cacat, berpenyakit, otak lembam dan banyak masalah2 lain lagi, tak mau kan.. Jadi hindari perokok, kerana mereka berpotensi untuk mendapat zuriat yang tak sempurna.
Renung-renungkan....
No comments:
Post a Comment