Hujung minggu yang lalu, berkesempatan buat laksa lemak yang dah lama tak makan. Laksa ni, tak ada dijual di area kedah ni, sebab asal usulnya dari Kelantan. Jadi kalau nak makan, kena lah buat sendiri. Nak buat tak payah pun, kuahnya macam laksa asam juga, rebus ikan, blend dengan belacan, bawang merah, bawang puteh, halia. Masukkan dalam periuk bahan2 yang diblend, masukkan santan, daun kesum, bunga kantan, dan lada hitam.
Rebus hingga kuah mendidih, tapi jangan sampai pecah minyak. Laksa pula biasalah, rendam sebentar kemudian rebus hingga lembut. Ulam pula, kena ada kacang panjang, taugeh dan timun. Hiris juga bunga kantan dan daun kesum. Yang wajib ada ialah sambal, iaitu cabai melaka campur cabai hidup, tumbuk dengan garam. Kalau tidak kuah laksa ni tak pedas. Tapi apabila cabai tumbuk dicampurkan dalam kuah, yang ada lada hitam barulah kick.
|
Ulam-ulam dan cabai tumbuk |
|
Suka pakai laksa halus, mesra dan sebati dengan kuah |
|
Kuah puteh
|
Kebetulan pulak hari tu, kawan2 daughter ni datang ke rumah kerana nak buat projek pendidikan sivik dan kenegaraan di surau berhampiran. Walaupun semuanya anak jati kedah, tapi nampaknya mereka sapu licin laksa ni. Agak2 kalau jual laksa ni kat Kedah , laku tak?
4 comments:
Sedap tapi kacang panjang yg kak fad tak tahan...lenguh sendi tulang...maklum la dah berumur ni....
Salam Cikgu.
Saya & famili lebih suka laksam kelantan lagi! Hehe.
Puas tengok n3 2011 cari resipi blueberyy cheese yang dikatakan ada tu .. tapi tak ada pun! N3 bila tu ya?
salam Nori, resipi tu dah lama dah. tahun lepas rasanya, try 2010.Laksam sedap jugak, cuma malas nak kukus sekeping2 tu.
Salam Nori,
posting blueberry cheesecake tu di buat pada 25 May 2010
Post a Comment