WELCOME



Sunday, March 27, 2011

Vietnam trip siri 2

Hari pertama tak da aktiviti jalan2 pun, betullah kata mizah, selepas dia tengok brosur "mak first day ni tidoq je ke?" Maklumlah, malam sebelum tu semuanya tak cukup tidoq, first day travel guide kata: have a good rest, because you are still tired from the flight... ya ke tired.. tak pun. Anyway, next day, kami akan di bawa ke chu chi tunnel lebih kurang 75 km dari saigon, sejam setengah perjalanan.  Kami diberitahu wakeup call akan dibuat pukul 6, breakfast pukul 7 dan naik bas pukul 8. Pukul 5 pagi dah bangun, waktu malaysia dah pukul 6... mata tak boleh nak lelap dah. Bangun tunggu subuh, pukul berapa subuh kat sini, ha.. selak langsir tu dia.. dah cerah dah. Subuh dia sama dengan subuh kita gak, cuma tolak sejam. Legalah kat sini, noh.. pagi2 relax je, kalau masuk kerja pukul 8, waktu kita dah pukul 9. Tengok budak2 jalan pergi sekolah pun hari dah cerah, tak macam kita gelap2 lagi dah kena keluar rumah.

sempat posing masa tunggu bas, kat tangga hotel ramai peniaga memujuk kami turun membeli barangan jualan mereka, kalau kat Indonesia, mereka ni di panggil paparazi.

Breakfast kat cafe hotel kurang diyakini, nasib baik bawak roti banyak dan kopi 3 in 1. Turun pukul 7.30 untuk tunggu bas. Dah ramai yang turun, dan ramai jugak kat cafe, makan buah2 , cikgu ambil kopi je secawan, Vietnam is the 2nd largest coffee producer after Brazil. Kopinya pun sedap, orang vietnam faveret mereka kopi ais.

On da way, nampak lalu lintas di ho cin minh city, teksinya toyota innova, ramai penunggang motorsikal
On the way ke tunnel, singgah tempat proses rice paper, kalau kita kat sini kulit popiah lah, tapi lebih nipis dan transparen, salah satu makanan kegemaran di sini, especially for breakfast.
rice paper dibuat dari tepung beras, bancuh air, buat satu thin layer, kukus beberapa saat. Angkat letak di rak buluh untuk dikeringkan di bawah cahaya mata hari.
Di belakang tu, banyak rice paper di jual, cikgu cuba kisar padi, tak boleh cari makan macam ni.
kedai tu juga ada jual souvenier, beli jugaklah tapi rupa2nya far lebih mahal dari di market di HCMC.
chu chi tunnel, sebenarnya tempat persembunyian penduduk chu chi zaman perang dulu. mereka membina tempat tinggal di bawah tanah kerana di bahagian atasnya terlalu merbahaya untuk didiami. Selain tembakan, ledakan bom. periuk api, askar america juga telah menyembur racun herba ke seluruh kawasan ini supaya semua tumbuhan mati untuk memudahkan kereka melihat pergerakan penduduk untuk dibunuh dari helikopter dan kapal terbang.  Akibatnya, racun tersebut telah menyebabkan mutasi genetik, penyakit, keguguran dan kesannya hingga ke generasi hari ini. Itulah kesan perang, banyak buruk dari baiknya, tetapi sehingga hari ini america sangat suka berperang. Gambar di atas ialah lubang jerangkap samar, tentera US yang jatuh ke dalamnya akan tertusuk buluh runcing yang telah disapu dengan bisa ular.
Di bawah tanah ada dapur masak, bilik mesyuarat, sekolah, bengkel, tempat tidur dll keperluan. Nak masak pun kena pagi2 masa kabus belum hilang, supaya asap tak kelihatan oleh askar america. Banyak lubang keluar masuk, lubang angin dibina ditempat2 yang strategik. Saiznya pun kecil2 saja, askar america yang masuk mesti tersangkut kat lubang, kerana mereka lebih besar. sedangkan saiz orang vietnam comel2.
gambaran semula askar viet cong yang berehat. Hammock memang popular di vietnam sampai ke hari ini. Kedai2 minum di tepi2 hiway selain menyediakan minuman juga menggantung hammock untuk motorist yang kepenatan untuk berehat.
sambil berehat, sempat juga sikat rambut vietcong ni, perang2 pun, kecantikan tetap diutamakan.
Ahli2 rombongan yang memang traveller tegar. Kecuali cikgu, yang lain2 tu, sebut je, tempat mana yang mereka tak pergi, semua dah mereka lawati. Yang menakjubkan lima org daripadanya ialah peneroka felda lubok merbau. Bayangkan kesusahan mereka meneroka, memenuhi keperluan anak2 dan keluarga, tapi sekarang dah rata melawat. Alhamdulillah, kesenangan menjadi teman mereka di kala umur semakin bertambah. Projek mereka seterusnya ialah nak buat akekah kat cambodia, nak bawak rempah ratus dari sini, beli lembu di sana dan pakat2 masak bersama penduduk tempatan.

bergambar di hadapan kereta kebal yang ditinggalkan askar america bila mereka lari balik ke amerika. Satu2 perang yang amat memalukan america, tak menang dan tak da harapan untuk menang.  Salah satu sebab, askar yang dihantar ke sana muda2, tapi tak tau tujuan mereka di sana. Persekitarannya pula amat berbeza dari kehidupan mereka di america. mereka juga ketagih candu untuk mengurangkan stress. Semua ni dapat dilihat dalam cerita combat, good morning vietnam dulu2. Sebenarnya banyak movie yang dibuat berdasarkan perang vietnam.
Ada jugak kedai souvenier kat chu chi tunnel. Belakang tu tempat shooting range peluru hidup. 10 peluru, 300 000 vietnam dong. lebih kurang RM5 kita lah. Berdentum dentam bunyi peluru dan mesin gun. ramai yang minat menembak ni rupanya.
sempat bergambar dengan mr and mrs vietcong pulak bebudak ni. Patung je sebenarnya.
kelongsong bom . Satu  bom ni meletup meninggalkan kawah berkedalaman 3 meter selebar 10 meter persegi. Agak2nya tomahowk yang beratus2 biji digugurkan di libya sekarang tentu lebih canggih daripada yang ni kan. Siapa yang serang Libya? America lah siapa lagi, dan juga sekutu2 nya dalam nato.
lagi kedai souvenier, tapi mahal kat sini banding dengan dalam pekan. tengok boleh, beli jangan.

Lepas melawat kami patah balik ke HCMC untuk makan tengah hari, perut memang tengah lapar ni. Kat chu chi tu ada jual jagung bakar, tapi cikgu tak berani , tak yakin. Sekali lagi kami menyusuri jalan yang sibuk, tapi walaupun sibuk, jarangpun ada eksiden kat sini.  Mereka lebih berhati2 agaknya seba dah terlalu sibuk. Motorsikal main transport kat sini, 90 % kenderaan adalah motor, bersimpang siur, pening kepala tambah2 lagi mereka left hand drive.

Bersambung....













No comments: