WELCOME



Thursday, March 24, 2011

Vietnam trip siri 1.

Hajat di hati nak update n3 setiap hari, apakan daya, kita hanya merancang. Balik2 bercuti, line tak da, rupa2nya kejadian mencuri wayar talipon berulang kembali.. buat report kat TM, ada problem overhead cable katanya. Wayar depan surau taman kena curi, terjuntai2 wayar tu sampai hari ni, tak da petanda nak di perbaikpun walaupun TM kata mungkin 2 5 hb ni, kerosakan dapat di atasi.

Terpaksalah guna BB yang selow-melow ni. nak uplod foto pun sampai tertidor . Kali ni mycikgu nak cerita sikit trip cikgu ke vietnam cuti pertengahan penggal yang lalu. 23 org semua anggota rombongan. Pagi buta pukul 4 dah naik bas ke airport Penang, sebab flight pukul 6.35 am. Sampai sana pukul 5 lebih, selesa senggang masanya. Cek in barang, dan masuk awal untuk solat subuh di surau. Surau pun kecik sangat, terpaksa take turn nak sembahyang. Person in charge, boleh dah perbesaq sikit surau, supaya dapat solat dgn selesa.

Boarding pukul 6.25, patutnya 6.35 flight take off. Tapi ada technical problem pulak, delay, hampir sejam duduk last2, pukul 7.40 am baru berlepas, sejam delay. Fly sampai KLIA untuk ambik connecting flight ke saigon. Sempat ke ni??

Memusing2 di tempat duduk, maklumlah sejam terperap.


Sampai KLIA, rush ke gate untuk naik connecting flight ke Saigon, tapi sempat juga singgah toilet.  Naik2 , aih, kami 3 orang je yg dari Penang, yang lain mana? Lama bebenor singgah kat toilet? Akhirnya sampai juga yang lain2, kecuali sorang, tertinggal terus, di KLIA. Mas, delay sejam di Penang, tapi tunggu 10 minit je, terus jalan. Penerbangan 1 jam 30 minit. Breakfast yang dihidangkan ialah nasi lemak atau fried noodle, pilih yang mana nak.

Nasi lemak with sambal shrimp, teloq, timun, ada fruit cake, 3 biji coklat cadbury, jus guava, jus oren. Cukuplah mengalas perut yang dah keriat keriot menahan kelaparan.


Lebih kurang pukul 10 sampai di Saigon, rupanya waktu Saigon baru pukul 9 pagi, wah dah untung sejam ni, masa berpatah balik. Lepas cek out, pergi tempat bagasi, nak ambik barang2, rupa2nya barang2 kami tak sempat naik plane, sebab masa dah suntuk tadi. Barang dijangka tiba pukul 4 petang dgn next flight, bersama pakcik yg tertinggal tadi. Kena isi borang pulak, satu beg satu borang, nanti beg akan di hantar terus ke hotel. Rupa2nya pukul 7 baru barang sampai...
Waalaupun waktu di saigon pukul 11, jam kami dah pukul 12, dah lapaq pulak ni, Baspun sampai
dan bawak kami ke restoran halal untuk lunch. Kat atas tu gambaq, apetizer yang ada kat restoran tu, kami punyalah tunggu nasi sampai, rupanya staf dia kata, makan tu dulu, kemudian baru kami di beri hidangan bersama nasi pulak. OOO... cara makanpun ditunjuknya, letak udang, yang putih2 tu umbut kelapa, daun tu rasanya daun kesum, letak atas keropok dan makan. Hermm... sedap, something different.




Dalam restaurant Saigon Halal, menunggu hidangan. Hari tu kami makan nasi berlaukkan ikan tilapia sweet sour, sup, sayuran goreng, dan apa lagi dah lupa. Gambarpun lupa nak ambik, sebab segan nak bawak keluaq kamera . Lepas makan, kami dibawa ke hotel untuk berehat, maklumlah ada yang tak tidoq malam sebelum tu kerana kena naik bas di Alor Star pukul 2.00 pagi. Kami pun lena dan janji turun semula pukul 6 waktu saigon untuk ke tempat makan malam pula.

2 comments:

nadz said...

assallamualaikum Cikgu,
bagusnya pergi Vietnam..
I tak pergi mana ler cuti baru2 ni..sebab ada tasks lain...banyak shopping ke?

mycikgukita said...

waalaikumsalam kak nadz, bawak duit tak banyak, shoppingpun tak banyak.. tapi I recommendlah pi sana.