Hari ini dari pagi ke petang ada perlawanan bola sepak MSSD di sekolah cikgu. Perlawanan melibatkan 3 buah sekolah, untuk menentukan johan bawah 18 tahun. Jadi ramailah penyokong-penyokong dari luar yang masuk, ada budak2 sekolah, kawan2 budak2 sekolah, ex2 student sekolah, waris2, guru2 yang datang memeriahkan dan memberi sokongan kepada pasukan masing2.
Bila dah ramai2 tu, macam2 lah karenah yang kita boleh lihat. Pagi2 tu kebetulan cikgu mengajar di blok yang berhampiran di jalan masuk. Maka banyaklah kereta2 masuk, tentunya kereta guru2 pengiring , jurulatih, pengurus pasukan, pengadil, penjaga garisan . Maka kebiasaanyalah, setiap kali deruan enjin bergema kepala pelajar akan tertoleh ke arah bunyi tersebut. Tu tak pa lagi, kemudian mai pulak gerombolan bermotorsikal. Kalau lalu tu, patutnya selow lah sikit, tapi sengaja-ngaja memperes minyak , menyebabkan konsenterasi pengajar dan pelajar sedikit tergugat.
Student diajar supaya mempakir motor ditempat dikhaskan iaitu, di kawasan pondok jaga supaya motor tidak melalui di depan blok orang belajar supaya tiada gangguan. Tapi mungkin kerana kalut, hari ni, jaga pun tak jaga.
Kemudian, seronok pulak bila dah menang, bawak mercun. Excuse me??? oleh ke bakar mercun kat school compound?
Petang, lagi ramai sebab final dan kedua2 pasukan dari luar, so penyokong luar double dari segi bilangan. Ada pulak di antaranya selamber derk merokok sambil menonton. Excuse me... kawasan sekolah adalah kawasan larangan merokok.
Jadi untuk pengetahuan di bawah ini adalah adab2 semasa berada di kawasan sekolah, tak kiralah sekolah mana, masa mana, sebagai apapun kita kesana, dengan tujuan apapun kita di sana. Anggaplah sekolah suatu institusi yang murni, a sacred place, penuh dengan nilai2 murni, jadi jagalah auranya, setanding dengan purpose sekolah itu diwujudkan.
The Do's and dont's:
Sentiasa berpakaian sopan. Menutup aurat, tak kiralah lelaki atau perempuan. Pakaian perlu formal, dan kalau petang, separa formal, kalau pakai t shirt, berkolar, tuck in, dan tiada gambar2 merapu pada t shirt berkenaan. Kalau yang bukan Islam pun, elakkan pakai seluar pendek. Jeans dan bermuda is a no..no di sekolah, tak kiralah masa manapun. Pakai seluar tailored, trek tak pa.
Kasut pulak, pakai yang sesuai, selipar jepun tidak dibenarkan. Orang dewasa patutnya tunjuk teladan yang baik kepada budak2 sekolah.
Merokok adalah pantang sama sekali, kalau ikut peraturan, anda boleh didenda jika merokok di kawasan sekolah. Sekolah tempat mengajar benda yang baik2, kenapa nak tunjuk cara2 nak membunuh diri kepada budak2 ni kan?
Sekiranya berkenderaan di kawasan sekolah, patuhilah undang2 trafik di sekolah tersebut, letakkan kenderaan di tempat yang sepatutnya, jangan membuat bising dengan kenderaan anda, ini akan mencemarkan bunyi dan udara di kawasan sekolah tersebut.
Jika makan atau minum, jangan membuat kotor di sekolah tersebut, buangkan sisa2 makanan dan bungkusan makanan ke tempat yang disediakan.
Jaga bahasa, walaupun tidak puas hati dengan mutu permainan atau mutu pengadilan. Sporting spirit adalah semangat di mana kekalahan dapat diterima dengan hati yang terbuka, sudah menjadi adat permainan ada yang menang dan ada yang kalah.
Tuan rumah dan pengunjung perlu hormat-menghormati antara satu sama lain, supaya keamanan dan kesejahteraan masing2 terjamin di sepanjang masa tersebut. Ini masa untuk mengeratkan silaturrahim, bukannya masa membuat musuh.
Walaubagaimanapun, perlawanan bola sepak hari ini berjalan dengan amat lancar, semua visitors dan homes menjaga perangai masing2. Nampak tertib dan bersopan. Tahniah kepada pasukan yang berjaya menjadi johan, tahniah juga kepada guru2 mereka yang memberi immediate reward sebaik saja pasukan mereka menang. Jamuan di KFC Pendang, It's finger licking good.
No comments:
Post a Comment