WELCOME



Wednesday, March 30, 2011

Shopping time....

Melawat pusat kraf, mereka guna cengkerang siput, kulit telur, pelekat atas papan, bubuh warna, sapu lekar.. memang cantik. Pekerja di sini adalah bekas mangsa perang, yang hilang anggota dsb, pusat kepunyaan kerajaan bagi membantu mangsa perang.

Hasil nya, memang cantik... padan dengan harga pun ratusan USD

Kalau kat Alor star, macam pekan rabu tempat ni, terletak di china town. kebanyakan barang dijual harga borong.

Buku, majalah, tapi semua bahasa depa...

Design helmet yang menarik, tapi kat malaysia tak boleh pakai lah, tak da cop sirim

Letih dah, melepak kat tangga market. Market ni 2 tingkat, tapi setingkat pun tak abis round, besaq sangat

penjaja kat mana2 pun ada. Yang ni jual buah bawah pokok, yang merah2 tu buah ceri. Kata orang yang beli, tak sedap... depa makan macam mana tak tau lah..

Vietnam pengeksport kopi ke 2 terbesar selepas Brazil, yang ni teh, macam2 jenis tumbuhan depa buat teh... lotus, kekwa, jasmine...

tengok tu kopi taik musang pun ada... mahal pulak tu, kira2 RM50 se kg. Dulu ulama indonesia kata kopi taik musang ni orang islam tak boleh makan, sekarang dah boleh pulak.. Yang ada dalam bungkusan teh tu ialah penapisnya, tapi tak tau guna... macammana stail mereka minum kopi, dulu pernah tengok dalam travel and living channel, tapi dah lupa

gerai buah2an pun ada... dan saiz buahnya besar2 pulak tu..


Kalau beli biji kopi, boleh terus kisar disini, bau kat sini, wangi kopi dan menyegarkan

baju pengantin kut ni.... merah sangat

figurine, dengan baju tradisi suku2 kaumnya

kasut bersulam manik..

di airport pun ada jualan... harganya tak lari jauh dgn harga di market. Bila balik Malaysia, sayang duit nak shopping sebab rasa harganya yang mahal banding dengan di vietnam

No comments: