WELCOME
Thursday, March 31, 2011
Tazkirah Jumaat...
Allah ada 3000 nama. 1000 nama diketahui oleh para malaikat sahaja, lagi 1000 nama di ketahui oleh para nabi sahaja, 300 nama di tulis dalam kitab taurat, 300 ditulis didalam kitab zabur dan 300 lagi di tulis dalam kitab injil. 99 nama lagi umat Islam mengenalinya dengan asma al Husna. 1 nama lagi hanya Allah sahaja yang tahu. Tetapi, apabila kita mengucapkan Bismillahirrahmanirahim... sama macam kita mengucapkan 3000 nama sekali gus.
Wednesday, March 30, 2011
Shopping time....
Melawat pusat kraf, mereka guna cengkerang siput, kulit telur, pelekat atas papan, bubuh warna, sapu lekar.. memang cantik. Pekerja di sini adalah bekas mangsa perang, yang hilang anggota dsb, pusat kepunyaan kerajaan bagi membantu mangsa perang.
Hasil nya, memang cantik... padan dengan harga pun ratusan USD
Kalau kat Alor star, macam pekan rabu tempat ni, terletak di china town. kebanyakan barang dijual harga borong.
Buku, majalah, tapi semua bahasa depa...
Design helmet yang menarik, tapi kat malaysia tak boleh pakai lah, tak da cop sirim
Letih dah, melepak kat tangga market. Market ni 2 tingkat, tapi setingkat pun tak abis round, besaq sangat
penjaja kat mana2 pun ada. Yang ni jual buah bawah pokok, yang merah2 tu buah ceri. Kata orang yang beli, tak sedap... depa makan macam mana tak tau lah..
Vietnam pengeksport kopi ke 2 terbesar selepas Brazil, yang ni teh, macam2 jenis tumbuhan depa buat teh... lotus, kekwa, jasmine...
tengok tu kopi taik musang pun ada... mahal pulak tu, kira2 RM50 se kg. Dulu ulama indonesia kata kopi taik musang ni orang islam tak boleh makan, sekarang dah boleh pulak.. Yang ada dalam bungkusan teh tu ialah penapisnya, tapi tak tau guna... macammana stail mereka minum kopi, dulu pernah tengok dalam travel and living channel, tapi dah lupa
gerai buah2an pun ada... dan saiz buahnya besar2 pulak tu..
Kalau beli biji kopi, boleh terus kisar disini, bau kat sini, wangi kopi dan menyegarkan
baju pengantin kut ni.... merah sangat
figurine, dengan baju tradisi suku2 kaumnya
kasut bersulam manik..
di airport pun ada jualan... harganya tak lari jauh dgn harga di market. Bila balik Malaysia, sayang duit nak shopping sebab rasa harganya yang mahal banding dengan di vietnam
...
Banyak pokok2 besar di sepanjang jalan, sini tak da angin kuat kut.
Ada parkson kat sana... mydin bila lagi??
Macam anak patung yang kayuh perahu tu..
Motor sampai jalan atas kaki2 lima kedai, kalau travel guide tak tolong, tak berani nak lintas jalan kat sini
Hotel penginapan kami selama 3 malam... Hoang Phu Gia Hotel di district 1 Ho Chin Minh City, satu floor ada lima bilik saja... dah kebiasaannya bangunan kat sini tinggi dan kurus
pemandangan negeri orang...
Pagoda |
Salah satu masjid yang terdapat di sanan |
kuil |
Pejabat pos , bangunan tinggalan Peranchis
Petrol pump
Dalam bandar, ada banyak taman
Pangkal pokok disapu cat puteh, mengelakkan serangan anai-anai
Round about kecil
kebanyakan nya atas kedai ada rumah, tak payah travel jauh2 untuk ke tempat kerja.
Bangunan semua tinggi dan kurus, untuk menjimatkan penggunaan tanah.
Pemandangan di Delta Mekong.
Naik sampan di celah pokok bakau, jadi tarikan pelancong
Perahu berkepala naga, dibelakang, restaurant terapung
Monday, March 28, 2011
vietnam trip siri 3...makan time
Di restoran Saigon Halal, hidangan mesti dimulakan dgn apetizer, kali ni, kupang yang di grill, ditabur daun2, kacang tanah , cili , jenuh meratahlah kami. |
Yang ni pulak macam pegedil kita, tapi dibalut pada serai. |
Ni baru pegedil macam kita punya, ada petola sumbat, kentang goreng, makan dengan sos. Dalam clay pot tu, ikan patin masak asam pedas, cuma rasanya lebih strong. Mungkin masuk santan sikit. |
Tempat makan di tingkat 3, semua bangunan di sini sempit macam ni. |
Dini dah kekenyangan lah tu, tunggu mak dgn abah pulak kenyang. |
Tom yam dan ikan patin asam pedas, masak dalam claypot. Cikgu tak makan ikan patin, tapi kat sana sebab tak tau, makan, bila tiba tang perut baru perasan kata itu ikan patin. |
Ni pulak, bekalan cikgu ada maggi, roti gardenia, mayonis, biskut oat, serunding daging, nescafe. Takut lapar. |
Di Delta Mekong, minum air teh yang dicampur madu, dan diperah limau kasturi. Yang nampak bulat tergolek tu buah mata kucing, besar bola pingpong, tapi biji pun besar juga. isi nipis. |
Sampel untuk promosi, makanan yang dihasilkan daripada kelapa. |
Dihidangkan buah2an tropika di pulau di Delta Mekong. Sambil tu dihiburkan dengan nyayian lagu tradisional. Lepas tu di sua bakul kecil untuk letak duit tip. |
Musim pelam kut, banyak di jual . Ada yang beli untuk buat benih, tapi ditahan di airport masa cek out barang. Akta kuarantin. |
Makan lagi... |
Meja yang sarat dengan makanan... everyone have a good meal |
Restoran de nyonya, Malaysia cuisine. Tapi tak menjadi macam masakan kita pun. Tiga restoran halal yang kami gilir2 makan, and the best restaurant is... Saigon Halal. |
Sunday, March 27, 2011
Vietnam trip siri 2
Hari pertama tak da aktiviti jalan2 pun, betullah kata mizah, selepas dia tengok brosur "mak first day ni tidoq je ke?" Maklumlah, malam sebelum tu semuanya tak cukup tidoq, first day travel guide kata: have a good rest, because you are still tired from the flight... ya ke tired.. tak pun. Anyway, next day, kami akan di bawa ke chu chi tunnel lebih kurang 75 km dari saigon, sejam setengah perjalanan. Kami diberitahu wakeup call akan dibuat pukul 6, breakfast pukul 7 dan naik bas pukul 8. Pukul 5 pagi dah bangun, waktu malaysia dah pukul 6... mata tak boleh nak lelap dah. Bangun tunggu subuh, pukul berapa subuh kat sini, ha.. selak langsir tu dia.. dah cerah dah. Subuh dia sama dengan subuh kita gak, cuma tolak sejam. Legalah kat sini, noh.. pagi2 relax je, kalau masuk kerja pukul 8, waktu kita dah pukul 9. Tengok budak2 jalan pergi sekolah pun hari dah cerah, tak macam kita gelap2 lagi dah kena keluar rumah.
Breakfast kat cafe hotel kurang diyakini, nasib baik bawak roti banyak dan kopi 3 in 1. Turun pukul 7.30 untuk tunggu bas. Dah ramai yang turun, dan ramai jugak kat cafe, makan buah2 , cikgu ambil kopi je secawan, Vietnam is the 2nd largest coffee producer after Brazil. Kopinya pun sedap, orang vietnam faveret mereka kopi ais.
sempat posing masa tunggu bas, kat tangga hotel ramai peniaga memujuk kami turun membeli barangan jualan mereka, kalau kat Indonesia, mereka ni di panggil paparazi. |
Breakfast kat cafe hotel kurang diyakini, nasib baik bawak roti banyak dan kopi 3 in 1. Turun pukul 7.30 untuk tunggu bas. Dah ramai yang turun, dan ramai jugak kat cafe, makan buah2 , cikgu ambil kopi je secawan, Vietnam is the 2nd largest coffee producer after Brazil. Kopinya pun sedap, orang vietnam faveret mereka kopi ais.
On da way, nampak lalu lintas di ho cin minh city, teksinya toyota innova, ramai penunggang motorsikal |
On the way ke tunnel, singgah tempat proses rice paper, kalau kita kat sini kulit popiah lah, tapi lebih nipis dan transparen, salah satu makanan kegemaran di sini, especially for breakfast. |
rice paper dibuat dari tepung beras, bancuh air, buat satu thin layer, kukus beberapa saat. Angkat letak di rak buluh untuk dikeringkan di bawah cahaya mata hari. |
Di belakang tu, banyak rice paper di jual, cikgu cuba kisar padi, tak boleh cari makan macam ni. |
kedai tu juga ada jual souvenier, beli jugaklah tapi rupa2nya far lebih mahal dari di market di HCMC. |
sambil berehat, sempat juga sikat rambut vietcong ni, perang2 pun, kecantikan tetap diutamakan. |
sempat bergambar dengan mr and mrs vietcong pulak bebudak ni. Patung je sebenarnya. |
lagi kedai souvenier, tapi mahal kat sini banding dengan dalam pekan. tengok boleh, beli jangan. |
Subscribe to:
Posts (Atom)