WELCOME



Tuesday, June 5, 2012

selepas pembedahan...

Keesokannya, selepas pembedahan, suami dipindahkan ke wad biasa daripada wad ICu, alhamdulillah. Masih belum boleh bangun dan bergerak sendiri. Makan dan minumpun belum boleh, semua pakai drips saja. Kapas yang dilembabkan di sapu ke bibir, untuk mengelakkan bibir kekeringan.
Memang sebaik selepas pembedahan pesakit dilarang makan dan minum untuk beberapa ketika kerana kesan ubat bius yang masih ada boleh menyebabkan muntah.
Petangnya doktor datang melawat, dan beritahu boleh minum sikit2, itupun sejam sekali. Kena pakai syringe untuk minum, maklumlah usus baru dibedah. Kena jaga elok2 apa yang dimasukkan ke situ. Oleh kerana ada sedikit kerumitan dan makan masa yang panjang, usus yang dipotong tidak dapat disambung terus, tetapi terpaksa dibuat kolostomi. Selain daripada itu, yang lain2 semuanya ok. Alhamdullillah.
Doktor datang melawat 2 kali sehari, pagi dan petang. Untuk tengok perkembangan dan luka pembedahan. Nampaknya doktor berpuas hati dengan progress.
Hari keempat, suami dah boleh bangun , ke bilik air dan nak shampoo kepala, kerana dah lama tak shampoo, kepala dah mula gatal2. Dibantu oleh Zhafri, anak sulung yang kebetulan bercuti sebelum menyambung pengajian ke peringkat sarjana muda selepas tamat diploma.
Mujur juga Syahirah turut bercuti tunggu keputusan SPMnya masa tu. Boleh lah kami bergilir-gilir ke hospital dan sentiasa ada sorang dua yang menemani sepanjang masa suami berada dihospital.
Lepas hari ketiga pembedahan doktor dah benarkan makan soft diet. Moi/nasi lembiklah jawabnya.Di kafetaria PMC ada jual moi kosong yang dibuat oleh pengeluar yang bernama periuk besar.Syarikatni selalu jual moi di pasar2 tani.
Kadang2 beli sup ayam untuk tambahkan bagi berkuah sikit. Tapi selalunya sebelah pagi Syahirah masak moi dan petang lepas balik sekolah kemi bawa moi tersebut.
Selepas seminggu di hospital, keadaan semakin baik dan doktor benarkan suami balik, datang semula seminggu lagi untuk pemeriksaan.
Lega rasanya, dapat balik rumah, 10 hari berulang ke hospital memang memenatkan. Dah lah sebagai guru, cuti amat terhad. Terpaksa pergi sekolah macam biasa. Kadang2 cikgu tidur di hospital dan pergi sekolah dari hospital. Walaubagaimanapun, masa perlu dibahagi, untuk kerja dan menjaga suami yang sakit.

No comments: