WELCOME



Sunday, June 3, 2012

pembedahan

Selepas seminggu, suami pergi semula ke PMC untuk dapatkan keputusan pemeriksaan lab tisu ketumbuhan ususnya. Seterusnya buat pertemuan untuk tentukan tarikh pembedahan. Tarikh ditetapkan,  dan pada hari itu kamipun pergi ke hospital. Kena masuk wad dulu, untuk buat pemeriksaan sebelum pembedahan, seperti darah, jantung, berat dan ketinggian. Doktor tak beri makan makanan berat-berat. Pada malamnya kena berpuasa, sebab esoknya pembedahan akan dilakukan.

Keesokan harinya, ingatkan pembedahan akan dilakukan pada waktu pagi, tapi tunggu punya tunggu (dalam keadaan masih berpuasa) pukul 3 ptg , baru di bawa ke bilik bedah. Dan kata suami selepas tu dalam bilik bedah pun, tunggu lebih sejam baru bius dan pembedahan boleh dijalankan. Dah buat appointmentpun, masih jadik macam tu jugak lagi.

Teringat kenangan lalu, masa mycikgu nak kena bedah, masukkan titanium dalam tangan kerana patah, tunggu lama juga, dahlah bilik tu punya sejuk.. tunggu sambil dengar staf-staf tu menyembang.

Sementara suami di bedah, mycikgu tunggu dibilik, depan bilik bedah, surau, kafetaria, bilik lagi....
Tunggu punya tunggu, pukul 11 malam baru doktor panggil, nak jumpa.

Mycikgu bersama 2 orang anak pun, pergi ke bilik ICU untuk jumpa doktor, doktor tunjukkan usus yang dibawa keluar, dan dibelahnya usus tersebut depan kami untuk tunjukkan area ketumbuhan. tak besarmana pun, saiznya sebesar dua hujung jari, lepas tu doktor suruh balik, tak da pa dah doktor kata.

Tapi, tak sampai hati nak balik, sebab suami baru sedar dan dalam kesakitan, mungkin ubat tahan sakitnya belum jalan sepenuhnya. Bila dia dah relax sikit, mycikgu suruh anak2 balik, mycikgu tunggu di depan bilik tersebut.

Ada beberapa orang lagi yang turut menunggu ahli keluarga masing2 di luar bilik bedah tersebut. Memang semalaman tu tak boleh tidur, sebab keadaan tak selesa. Bilik wad dah diserahkan balik sebab doktor kata, malam ni memang tak hantar balik ke wad, jadi rugilah kena bayar dua dua bilik.

Bersambung...

No comments: