WELCOME



Monday, June 11, 2012

Keesokannya, berbekalkan baju salin, pelas ayaq dan lain2 yg dirasakan perlu, kamipun ke Hospital. Sampai di hospital terus register, dan jumpa doktor di cancer centre. Masa first time jumpa doktor memanglah nervous, tapi hari ni relax sikit. Lama juga bincang dengan doktor, dia bentangkan apa yang dia rancangkan untuk rawatan suami. Dia kata nak buat radioterapi , chemo teraphy dan juga bagi ubat makan iaitu oral terapi.

Radioterapi akan dijalankan 25 kali, iaitu , 5 hari seminggu dan rehat 2 hari, Sabtu dan Ahad, sambung lagi minggu depan 5 hari, terus sampai cukup 25 kali. Bermakna kami kena berulang ke Penang, 5 hari seminggu. Sebab suami tak mau duduk sana. Sebelum buat radioterapi, kena buat plan dulu, iaitu macam buat peta la, kat badan, kat mana sinaran tu nak dipancarkan. doktor kata nak buat IMRT, radioterapi yang lebih baik, dapat kurangkan kesan kepada sel-sel yang baik. Untuk buat IMRT kena buat body mould. Bila nak RT, masuk dalam body mould ni, supaya badan tak bergerak dan sinaran tu kena tepat pada sasaran.

Jadi proses hari tu ialah, buat scanning, dalam bilik x ray, buat body mould, dan buat planning. Ke hulu hilir jugaklah hari tu, sebab tempat2 nak buat tu berbeza2. Doktor kata, since dah datang ni, kita buat chemo terus, kali pertama. Berhenti sat untuk buat RT , kemudian sambung lagi buat chemo. Jadi malam tu suami kena duduk wad, kami pulak (dengan 2 daughters) try telefon hotel yang terdekat iaitu sri malaysia, tapi disebabkan waktu tu cuti sekolah, tiada kekosongan. Kami buat keputusan balik lah, masa tu dah dekat pukul 6. time balik waktu pejabat, perjalanan atas jambatan saja hampir satu jam. satu peringatan, jangan keluar dari penang selepas pukul 5, nanti jam terukkk..

Akhirnya, pukul 10 lebih sampai di sg petani, makan dulu siap2 kat tesco sp, dan terus balik ke laguna.
esok akan pergi lagi ke penang....

No comments: