WELCOME



Sunday, June 10, 2012

Cuti sekolah bulan Mac, selalunya cuti2 ni kita makan angin, balik kampung ke.. rehat2 ke. Tapi kalini cuti lain sikit, kami ke Penang, bukan untuk bercuti , tapi ke hospital untuk mendapatkan rawatan susulan suami yang telah disahkan ada kanser st 3. 

Ini first time ke hospital Pantai, Bayan Baru, kalau ikut jambatan lebih mudah. Tapi takut sesat dan jadi susah, kamipun mendapatkan bantuan GPS. Perjalanan dari rumah lebih kurang 1 jam setengah , kamipun sampai ke hospital. Ramai orang.. parking tak da.. memusing2 akhirnya dapat jugak parking slot.

Tak tau nak tuju kat mana, sebab hospital tu banyak pintu, yg mana satu nak masuk keliru. Akhirnya jumpa tempat register, staff tu tanya nak jumpa oncologist (pakar kanser) mana? Ada 2 orang saja. Kami pun tak tau, kemudian dia cadangkan Dr Farhat, kami ok ja.

Terus ke cancer centre, hospital ni besar, tapi nak pergi dari satu unit ke satu unit, senang saja, sebab ciri2 binaan dia yang macam tu. Akhirnya duduk tempat menunggu sebab masih ada patient dalam bilik doktor. Sambil2 tu berkenalan dengan patient lain, ramai juga dari Indonesia, sebab Bayan baru dekat dengan airport, jadi mudah mereka travel dari Medan, setengah jam saja sudah sampai.

Ada yang kanser rahim, kanser payu dara, kanser prostat.... tapi mereka ni tak nampak macam sakitpun, biasa2 ja. Tengok keadaan mereka ni, sedap sikit hati.

Bila turn kami jumpa doktor, bawa masuk dengan report dari PMC, ct scan , surat rujukan doktor dan dokumen2 ni dimasukkan dalam file hospital sana. Folder pulak dimasukkan dalam brief case individu untuk setiap pesakit, menunjukkan banyaknya dokumen yang akan terkumpul nanti.

Doktor ni mungkin berasal dari Pakistan, berdasarkan namanya... tak fasih berbahasa Melayu, jadi kena lah berkomunikasi dalam b. Inggeris.

Setelah meneliti semua dokumen, doktor pun cadangkan untuk buat radioterapi, kemoterapi dan oralterapi. Setelah beberapa ketika di sana, baru cikgu buat kesimpulan yang kalau patient tu kanser stage 1 atau 2, buat radioterapi saja. Tapi kalau dah stage 3 atau 4 sekali dengan kemoterapi.
Oleh kerana hari tu kami pergi tanpa bawa baju salin, kami akan balik dulu dan datang semula keesokannya untuk memulakan rawatan.

No comments: