WELCOME



Wednesday, June 6, 2012

Kolon kanser

Setiap minggu kena pergi buat pemeriksaan di hospital, doktor nak tengok kesan pembedahan dan kalau ada apa2 masalah. Semuanya berjalan lancar, hanya syukur yang tidak terkira kepada Allah yang maha esa atas limpah kurnianya. Pada pemeriksaan setelah sebulan pembedahan dilakukan, datanglah khabar yang tidak menyenangkan itu, iaitu, setelah lab report diterima, ketumbuhan itu yang sebenarnya dah menjadi kanser.
Ada sel-sel kanser yang telah masuk ke limp node. Daripada sini, cikgu agak-agaklah, kalau sel tu tak masuk ke limp node dia baru stage 1 dan 2, kalau dah masuk lebih 4 limph node, stage 3 dan kalau dah pergi ke organ2 lain, stage 4.
Jadi kesimpulannya my hubby punya dah stage 3. Doktor cadangkan chemoterapy. Cikgu tak tahu apa nak kata, rasa blank je, tak tau apa yang ada dalam fikiran. Kami ingat, masalah dah nak selesai, selepas pembedahan pulih, doktor nak sambung balik usus. Habis cerita... tapi rupanya jalan masih panjang. Kita hanya merancang , Allah yang menentukan segalanya.
Penyambungan balik usus terpaksa ditangguhkan sehingga selesai rawatan kanser. Doktorpun tak da jawapan, bila dan bagaimana. Oleh kerana onkologi (pakar kanser) hospital swasta di kedah tiada, doktor cadangkan kami ke pulau pinang.
Semasa ke kaunter billing, buat bayaran, suami duduk jauh sikit tepi dinding, tak tau apa yg difikirkan... mungkin blank juga macam mycikgu. Bila dapat berita buruk, memang kita masih dalam denial state, tak da perasaan apa2.
minggu cuti persekolahan bulan Mac, kamipun ke Penang, Hospital Pantai. dan episod seterusnya adalah di sana....

No comments: