WELCOME



Monday, December 20, 2010

Lagi cerita cuti....

Lepas balik Langkawi, the next day, bertolak balik ke Temerloh. Cadangan untuk balik dengan keretapi dibatalkan kerana kehabisan tiket untuk cabin atau berth. Suamipun sudi hantar kami balik, dan dia balik naik bas ke Pendang kerana ada mesyuarat di pejabatnya, dan tak boleh cuti. Terpaksa meninggalkan 2 kenduri kawin hari tu. Bertolak seawal 8 pagi, alhamdulillah, perjalanan lancar dan sampai ke bandar Temerloh lebih kurang pukul 3 petang. Setelah menjamu selera dengan patin tempoyak, meneruskan perjalanan ke rumah yang lebih kurang 10 minit saja perjalanan. Mak, Apak dan Ti sekeluarga ada di rumah. Dapat jumpa Ti yang baru balik mengerjakan haji bersama suaminya shukor. Alhamdulillah sihat semuanya. Esoknya suami naik bas ke Alor setar, harga tiket RM 51, bas jalan pukul 11 pagi. Kami ada masa seminggu lagi untuk dihabiskan di temerloh. Antara aktiviti yang sempat dijalankan ialah, meronda bandar tengok kedai2 baru bukak . Sempat juga bertemu dengan rakan lama yang kebetulan berpindah ke Lanchang mengikut suami. Macam2 cerita, maklumlah , akhir sekali jumpa , sekejap saja masa majlis konvokesyen suami di UPM lebih kurang 13 tahun yang lepas. Selain mengupdate maklumat2 terkini, sempat juga bincang pasal kerja masing2. Sempat juga jumpa suaminya dan sorang lagi excoursemate yg turut mesyuarat di Hotel Sri Malaysia pada hari tersebut. Bila dah jumpa sorang, rindu pulak nak jumpa yang lain2, harap2 reunion DPIM 84 menjadilah nanti. Boleh jumpa kawan2 lama. Insyaallah.

No comments: