WELCOME



Sunday, December 5, 2010

KENDURI

Hari ni pergi kenduri seorang rakan sekolah. Isterinya pulak ustazah budak2 tu, jadi mau lah mereka mengikut ke kenduri tersebut. Selepas balik ambil anak yang tusyen , terus singgah di rumah kenduri. Memang awal2 lagi dah risau, nanti nak parking payah, jalan tu agak sempit , di kiri-kanannya ada bendang. Walaupun agak jauh berjalan, alhamdulillah dapat juga letak kereta dibahu jalan yang sempit tu. Masa sampai tu, ramai sungguh sebab serentak dengan rombongan pengantin perempuan. Masa makan tu, deejay asyik2 mengumumkan "tolong alih kereta ini dan itu kerana menganggu kelancaran trafik". Hairan juga, tuan punya kereta tu masa parking tak terfikir ke kereta dia menganggu lalu lintas. Jalan depan rumah pengantin memang tersumbat teruk hari tu, lepas makan dan nak balik terpaksa tunggu dalam kereta lebih kurang 1/2 jam kerana lori2 besar nak lalu.  Selain drp itu, semua nya berjalan dgn baik, tahniah kepada tuan kenduri kerana berjaya mengadakan kenduri yang cantik, makanpun sedap, tetamu2 pun puas hati. Terima kasih.

No comments: