WELCOME



Sunday, December 5, 2010

CUTI

17 hb Nov, bersambung dengan cuti raya Qurban, adalah cutu akhir tahun persekolahan. Walaupun dah terbercuti seawal 11/10 lagi, namun cuti sekolah disambut dengan gembira juga. Selama ni kami berlima saja, me, husband dan 3 cats, tambah 2 org yang balik asrama , kemudian tambah sorang yang balik kolej. Ramailah kat rumah sekarang ni. Tapi cuti ni belum pergi bercuti lagi, paper sains pertanian selalu lambat. Tak sampai hati pulak nak tinggal budak2 tu awal2, sebab ada gap dan boleh buat kelas ulangkaji lagi. Dan nampaknya budak2 tu berminat nak hadir. 5 hb Dis, hari pertama kelas tambahan. 10 orang tak hadir. Tak apalah, mungkin ada kenduru,terlibat kenduri ke. Selain kelas Sains pertanian, kelas sains buat ulang kaji kimia dan kelas 5 SS buat ulangkaji Prinsip Perakaunan. Selain kak Norma buat revision kimia dan Pauziah buat revision Akaun, Gang-gang panitia pendidikan islam pun ada kerana buat perancangan Strategik 2011-2015. Syabas semua, cikgu yang dedikasi dan komited nak menjaga dan meningkatkan nama baik sekolah kita. Kalau kita ikhlas dalam sesuatu kerja, Allah Taala akan membalasnya dengan kebaikan juga. Sesungguhnya Allah tidak berlengah-lengah dalam memberi balasan. Oleh itu cikgu-cikgu, kerjalah kerana Allah, bukan untuk menunjuk-nunjuk pada seseorang , atau memuaskan hati seseorang, kerana tiada keikhlasan di situ dan hasilnya nanti tak mendatangkan kepuasan.

No comments: