WELCOME
Monday, December 20, 2010
Cerita cuti
Dah lama tak update blog. Ketiadaan kemudahan internet. 8/12, ke Langkawi , cuti2 Malaysia sampai 10/11. Lama jugak tak sampai Langkawi, rasanya dah dua tahun. Inipun ikut husband yang mesyuarat di Seaview hotel. Kami (My daughters and me) yang tak mesyuaratni, apa lagi. Ambil kesempatan meronda di sekitar pekan Kuah, dari satu kedai ke satu kedai, sampai surrender budak2 tu, sedangkan maknya masih semangat lagi. Hajat di hati nak cari casserole pyrex senang nak buat pie atau trifle. Tapi ada offer pulak dah, beli dinner set corelle dapat 4 biji mangkuk pyrex. Daripada nak beli casserole, terbeli dinner set pulak dah. Dan ada satu kedai tu, jual baju cantik2 dan harga berpatutan. Maka bertambahlah bagasi bila balik dari Langkawi.Selain daripada tu ada sudu dan senduk cantik. Teringin dan beli. Coklat jangan katalah, yang makan dan bawak balik bergendong2. Minyak gamat, beli yang susu kambing saja. minyak gamat banyak lagi. Ramai juga kat langkawi, nampak macam peserta2 kursus atau mesyuarat. Dikesempatan yang ada kami sewa kereta ke pantai Cenang. Mak datok.. banyaknya chalet, resort yang dibina di tepian pantai, sampai tak da public beach lagi. Kalau dulu Underwater world dikelilingi bendang yang dihuni kerbau2, sekarang dan dikelilingi oleh resort. Dan di resort ni Mat dan Minah Saleh yang ramai, bersantai , sunbathing di pantai. Begitulah Langkawi. Next time kalau ada rezeki datang langkawi lagi nak buat aktiviti lain pulak, island hoping, dan aktiviti2 alam sekitar insyaallah. OK, Langkawi, till we meet again.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment