Lebih kurang seminggu lagi umat Islam seluruh dunia akan menyambut hari kebesaran Islam iaitu Aidil Adha @ Raya Qurban @ Raya Haji. 17 Nov telah diisytiharkan hari wukuf bersamaan dengan hari RABU. Selalunya Raya ni persiapannya lebih sederhana berbanding raya Aidil Fitri, tetapi namanya dah raya, kena lah buat serba sedikit yang patut. Biskut raya dah ada 2 jenis yg di beli oleh suami dari staf pejabat dia. Untuk makanan berat di pagi raya tu last year laksa kelantan. Oleh kerana keupayaan yg agak terbatas, rasanya tahun ni nak buat sphageti dan untuk dessert trifle saja. Mudah dan tak ambil masa sangat. Siapa nak makan..makan, tak mau sudah. Sebab sphageti ni bukanlah favourite sangat kalau belah sini. So sphageti it is! Baju raya pulak, pakai yg raya puasa dulu lah. Ada yang belum pakai lagi sebab terlalu ranggi dan over. Anak2 pun macam tu jugak.
Untuk rumah pulak, wallpaper dan blinds ruang tamu tak siap-siap lagi. Janji 3 hari , la .. dah masuk 2 minggu. Kalau tak sempat pasang sebelum raya haji pun tak kesah lah, sebab tak expect guest pun. Duduk pi lah dalam living room yang tak berapa sempurna tu sapa-sapa yang mai.
Raya kedua kot ada korban yang hubby sertai ditempat kerja dia. Nak kena pi joinlah nampaknya acara tersebut. Kalau nak pi makan-makan, tak da masalah. Kalau buat kerja tu masalah lah sikit.
Kepada jemaah haji yang sudah hampir sempurna kerja hajinya, semoga mendapat haji yang mabrur dan semoga selamat kembali ke tanah air. Insyaallah jika tiada aral, kami akan menyusul mengerjakan umrah pada 15/12 hingga 28/12 nanti. Setakat ni macam2 cerita didengar jadi tak lah menaruh harapan yang tinggi menggunung. Semoga perancangan dapat dilaksanakan dgn izin Allah.
No comments:
Post a Comment