WELCOME



Thursday, July 7, 2011

Di INFRA

Peserta ...sseramai 221 orang sedia mendengar ceramah Datuk.. maka Datuk Aziz pun memulakan ceramah. Berkisar tentang sejarah, bagaimana kerajaan dulu2, membantu orang Melayu untuk berjaya dibidang pelajaran. Kebanyakan orang Melayu tidak berpeluang belajar tinggi, kerana tiada kesedaran, kemiskinan dan tiada kemudahan pelajaran di kampung. Post2 tinggi di pejabat, hospital malah guru sekolahpun, kurang Melayu yang memegangnya. Dah belajar tak tinggi, macam mana nak kerja tinggi.

Atas sebab ini, kerajaan mencari jalan untuk memberi pelajaran secukupnya kepada orang Melayu. Maka tertubuhlah, Sekolah berasrama penuh, sekolah sains, dan MRSM. Ramailah anak2 Melayu yang berpeluang belajar dengan keadaan yang lebih selesa. Seterusnya berjaya  , dan hingga kini memegang tampuk utama, syarikat2 besar juga jawatan tertinggi dalam kerajaan. Kakitangan Melayu, di mana2 semakin ramai kerana sudah ada kelulusan untuk memegang jawatan disektor awam ataupun swasta.

Nada Pak Aziz dalam ceramahnya lembut sahaja, tiada laungan semangat , menghambur atau mengata orang lain. Pointnya direct, apa yang kerajaan terdahulu buat untuk membantu orang Melayu sehingga berjaya seperti sekarang. Beliau tiada menuduh sesiapa  seperti kacang lupakan kulit. Beliau juga bukan mengungkit atau minta dibalas, tapi itulah hakikatnya. Apa yang telah dilakukan oleh kerajaan dulu adalah satu sejarah yang tak boleh diubah.

Selepas habis ceramah, sesi soal jawab pula dibuka. Tahniah peserta seminar, kerana semua soalan dilontar secara berhemah. Pukul 4.30 ptg, peserta dilepaskan untuk minum petang. Sesi riadah pada petang itu tiada kerana penganjur faham keadaan peserta yang masih letih kerana tiba awal subuh tadi. Maklumlah, badan dah tua2 ni, bukan boleh dipaksa sangat. Nanti lain pulak jadinya.
Sebelum maghrib, kami berkumpul disurau INFRA untuk solat berjemaah. Jamak-Qasar, dan terus masuk semua ke auditorium untuk kuliah maghrib bersama Ustad Farid Ravi.
Nada ceramahnya sama, elakkan perpecahan di kalangan umat Islam di Malaysia. Cuma ada 56% sahaja orang Islam di Malaysia, tapi sekarang sudah terpecah kepada 3. Kumpulan Islam di Malaysia sudah tidak kuat kerana perpecahan ini. Oleh itu, beliau merayu, elakkanlah perpecahan. Kerana dengan bersatu kita menjadi lebih kuat. Anasir asing tak boleh lah ambil kesempatan . Selesai ceramah, ada lagi sesi soal jawab. Slot habis dalam pukul 10.30. Selepas minum malam , kami balik ke bilik, untuk berehat. Kerana hari esok, slot2 lain akan bersambung. Jadi tenaga perlu dikumpul untuk menghadapi hari esok.

No comments: