WELCOME



Wednesday, July 6, 2011

Kursus di BangiT

Tak reti sungguh pakai baju puteh, berlemuih habih..

Baru2 ni cikgu menghadiri seminar khas di Bangi, iaitu di INFRA. Seminar untuk penolong dan guru kanan negeri Kedah. Selama 3 hari kami berkampung di sana, selepas diangkut dgn 7 biji bas pada 2 hb malam tu. Sebelum subuh , kamipun sampai ditempat kursus, dan dengan keadaan mamai dan gelong, kami turun dari bas, angkut beg, terus beratur untuk mendaftar dan ambil kunci bilik. Selepas dapat kunci bilik, terus angkut beg ke bilik, nasib baik dapat tingkat 1, taklah teruk sangat.  Selepas solat subuh, sempatlah melelapkan mata sebentar. Lebih kurang pukul 8.30 pagi, kami turun untuk sarapan, dan juga mengisi borang biodata. Masa ni, kami diberikan, name tag, dan sebuah beg yang cantik. dalam beg, ada buku nota, buku2 bacaan, dan pen. Pukul 10.30 masuk ke dewan auditorium untuk dengan taklimat kursus. Yang handle kursus ni, pegawai2 BTN, maklumlah kursus yang dianjurkan oleh Jabatan Perdana Menteri , dan dibiayai oleh kelab penyokong 1Malaysia. Selepas taklimat kursus, kamipun makan tengah hari dan balik bilik untuk solat zohor dan asar. Pukul 2.30 Petang kena masuk auditorium balik untuk slot bersama Dato Aziz Shamsudin.  Isi ceramahnya penting, nanti cikgu akan update lagi blog.

No comments: