|
Balik dari perayaan hari guru daerah, cikgu tengok kemah sudah siap terpasang, satu kemah untuk satu rumah sukan. | | | |
| | | |
|
Tiada pertandingan kemah tercantik untuk tahun ini. Untuk menjimatkan masa dan kos, hanya ada pertandingan perbarisan sahaja. Johan dan naib akan dapat hamper.
|
Pasukan Bantu mula sedang bersedia, PBSM segak bergaya. |
|
Hari ini ada acara 400 m dan 1500m. Selalunya dalam acara ni, ramailah yang pengsan atau rebah. Jadi PBSM amat diperlukan. Sampai ada yang kena ke hospital dengan ambulan petang tadi. Alhamdulillah , dah discharge. Cuma kepenatan melampau saja. Setelah dimasukkan gas, dan air, pulih dan dibenarkan pulang.
|
Hakim penamat ke ni? Selain guru, pelajar pra U turut jadi pembantu guru. Sebab mereka tidak berdaftar dengan mana-mana rumah sukan. |
|
Yang ni pulak pencatat. Tengah sibuk mencatat tu. |
|
Ni pun hakim jugak, ambil kesempatan duduk dulu kerana 1500 m lambat lagi nak sampai. |
|
Amboii... dua orang pemayung cikgu ni. |
|
Penyampaian hadiah 400 m kelas 1 perempuan |
|
Ni peserta tarik tali, kalau tengok size, gang yang baju merah tu mesti menang ni.. |
|
Pukul 6 petang, tamatlah acara untuk hari pra kejohanan. Jumpa lagi hari Khamis, iaitu hari kejohanan. Walaupun awalnya dah kurang mood untuk bersukan, tapi nampaknya pelajar mahupun guru nampaknya menghabiskan masa di padang dengan seronok dan dipenuhi hilai ketawa. Baguslah. kalau kerja serius je, tension juga. Kata PPD, dia dah sebar wabak exam fever, tapi nak exam fever macammana kalau sukanpun tak settle lagi kan..
No comments:
Post a Comment