WELCOME



Tuesday, April 5, 2011

hukuman ke dera?

Satu lagi kematian yang menyayat hati. Seorang kanak2 berumur 7 tahun, pelajar sebuah sekolah agama rakyat di sebuah negeri di utara adalah mangsanya. Apalah kesalahan kanak2 sekecil itu yang begitu berat sehingga cikgu tersebut bertindak menghukumnya sehingga membawa kematian. Tangannya diikat di tingkap dan badan kecilnya dipukul, mungkin ada hentakan di kepala hingga membawa kepada koma dan seterusnya menghembuskan nafasnya terakhir di hospital. Kejadian ini berlaku selama 2 jam, akhirnya tubuh kecil sudah tidak mampu menahan kesakitan , terus pengsan, baru di bawa ke hospital. Siapakah saksi yang dapat memberi masa kejadian selama 2 jam itu? Kejadian berlaku di kawasan sekolah atau lebih tepat di asrama, tempat awam, tiadakah orang lain di sana yang melihat kejadian itu? Mungkin ada yang melihat, tetapi apa tindakan mereka? Membiarkan saja seorang anak yatim di belasah sehingga pengsan? Dan yang menyedihkan lagi mungkin ada antara saksi yang menyokong tindakan kejam cikgu tersebut kerana tak terfikir itu adalah antara saat2 akhir kanak2 tersebut. Dalam masa 2 jam tersebut, cikgu berkenaan tak terdetikkah di dalam pemikirannya betapa takutnya kanak2 berkenaan menerima penderaan daripada seorang yang bertubuh 5 kali ganda lebih besar dari nya? Dengan keadaan tidak terdaya kerana terikat? Tidak terdetikkah rasa belas kesihan melihat kanak2 sekecil itu yang sudah tentu tersedu-sedan , teresak-esak menangis ketakutan dan kesakitan?

Banyak kes2 penderaan kanak2 yang mengakibatkan kematian, dan yang lebih menyedihkan ada yang berlaku di mana perlakuan itu boleh dihentikan sekiranya orang di sekeliling lebih prihatin. Tetapi masyarakat sekarang ramai yang mengambil sikap tidak mahu ambil tahu. Bermula dengan kes Subramaniam yang jiran2nya menceritakan biasa mendengar kanak2 itu menangis, tetapi mereka tidak ambil peduli untuk pergi menjenguk apa sebenarnya yang terjadi.  Dan seorang (arwah) kanak2 perempuan di tendang berkali2 sehingga terduduk, tersungkur kesakitan di padang permainan yang dipenuhi orang2 lain, kerana pada waktu itu petang, ramai yang ada di padang . Kenapa tiada yang bertindak lebih awal untuk menghentikan perbuatan tersebut?

Jadilah masyarakat yang lebih prihatin, bertindaklah sekiranya kejadian dah berlaku didepan mata. Janganlah meredakan sesuatu yang memang ternyata salah. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas kanak2 mangsa dera yang telah terlebih dahulu meninggalkan kita.

No comments: