Hajat di hati memang lah menggunung tinggi, projek yang nak dilaksanakan ialah fertigasi, hidroponik dan cendawan. Setakat ni, perjalanan baru di peringkat persediaan , rumah cendawan sedang menunggu siapnya atap nipah, benih untuk fertigasi dan hidroponik telah disemai, takung dan polistrin hidroponik sudah siap, tinggal nak masukkan anak benih saja.
Tetapi kalau dah namanya projek pertanianni, memang banyak sungguh dugaannya, tetiba tapak pertanian terputus bekalan air, hanya tadi dah pulih, atap cendawan yang ditempah tak dapat disiapkan ikut jadual kerana pembuatnya pergi makan kenduri kat PAHANG.. tempat nak letak takung hidroponik yang 15 takung saja, tiada, sekam bakar kat kilang padi Chegar pulak dah abis, sebab sekarang bukan musim ambik padi. Walaubagaimanapun, alang2 menyeluk perkasam, biar sampai ke pangkal lengan, dah banyak masa, wang dan tenaga di habiskan, jadi kejayaan projek akan dipastikan. Baru lah pelajar seronok dan berminat dengan bidang pertanian. Tak lama lagi, boleh lah maki semua makan salad dan kobis hasil tanaman sendiri.
Nasib baik senang je nak buat takung, kos pun murah... kalau minat kat rumah pun boleh tanam kaedah ni. senang, tak payah siram. |
Kali ni kami cuba guna netting hitam untuk buat dinding, tak gunakan atap. Nak jimat kos dan mudahkan kerja. Atap nipah cuma untuk bumbung sahaja. |
Semoga berjaya, InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment