WELCOME



Friday, April 22, 2011

Bahana semut kayap..

Mizah yang duduk asrama telefon kata dia kena kayap, dan nak balik dengan alasan nak ambil ubat. Warden pun dah izinkan katanya. So, pagi2 tadi sambil ambil dan hantar kakaknya ke tuisyen, diapun balik lah sekali. Dah banyak kali sangat dah kena kayap, ubat yang dulu tu tak simpan. Nak kena ambil ubat lain pulak.
Bila nak guna ubat, baru menyesal tak simpan ubat lama.  Kayapnya tak da la seriyus sangat, nipis saja. Kebanyakan klinik tutup hari ni sebab hari Jumaat, ronda punya ronda, jumpa satu klinik di Simpang Kuala, dan kat sign board tu ada tulis skin klinik, macam bagus ja, kamipun masuk. Tak lama lepas tu, Dr. panggil, nama apa Dr ni lupa nak siasat seorang Chinese man. Punya lah ramah, banyak pulak cerita dia. Orang yang tunggu kat luar mesti ingat surgeri sedang berjalan di dalam.
Dr cerita asal-usul kayap, bila dia tengok, dia kata ini bukan kayap sebenar. Ini kayap dari serangga, sambil tu Dr. terkial-kial nak lukis gambar serangga tu, nampak macam panjang dan kurus. Dia kata dalam paper cina selalu keluar, serangga ni banyak di kawasan bendang. Dia tertarik pada lampu dan datang. Sambil tu, masa serangga tu syok kat lampu, dia akan menyebarkan virusnya, yang akan hinggap di mana sempat. Kalau jatuh di meja, jika kita terpegang meja, kemudian tangan pegang pipi, maka virus akan menjangkit ke pipi. Kesannya akan menimbulkan kesan macam melepuh kena api.

Kalau kayap sebenar datang dari dalam, akan terjadi di sekitar saraf. Sebab tu kayap akan melilit badan. Dr kata, ikut kepercayaan kaum Cina, kalau kayap buat lilitan satu round, maka orang itu akan mati. Ha ah betul Dr, orang Melayupun kata macam tu. "Ya ke?" Dr, tanya. Tapi, Dr kata lagi tak mungkin dia akan buat lilitan yang complete, kerana saraf hanya separuh badan sahaja, saraf kanan belah kanan, saraf kiri sebelah kiri. Kalau terjadi lilitan penuh jugak, maknanya kedua2 belah sarat telah diserang virus, dan orang tersebut mesti ada sakit kronik seperti Kanser atau ada HIV. Memang akan mati lah.

Itu kayap ular Dr, cikgu memberi pendapat, ada kayap lain juga, kayap selendang, yang tak melilit badang, tapi turun kebawah macam orang pakai selendang. Dan ada juga kayap tapak anjing, yaitu, bertompok2 sama ada naik ke atas atau turun ke bawah. Selalunya terjadi di bahagian belakang. "Ada ke?" tanya Dr. Nampaknya, cikgu dah bagi maklumat baru kat Dr. Maklumlah, cikgu biasa kena kayap ni, masa Form 5. Rasanya miang2 dan pedih. Kalau malam, rasanya lagi dahsyat, menahan kesakitan, tak boleh lena, dah dekat subuh baru terlena. Pagi pergi sekolah macam biasa. Kayuh basikal pulak tu.
Tapi arwah nenek pandai buat ubat, dia campurkan beras melukut, daun kembang pagi, lumut batang dalam sungai dan giling. Tempekkan di tempat kayap, serta merta akan rasa sejuk dan selesa. Kayap ni panas miang, jadi lawannya kena lah sejuk. Lepas sekali tempek dah ada perubahan, kayap mengering dan on da way untuk sembuh. Tapi sekarang susah nak cari ingredient untuk buat ubat tu, jadi kena lah ke klinik.

Serangga yang bawak kayap tu, popular dengan nama Charlie. Dah lama berkenalan dengan Charlie ni, masa buat diploma di Arau 28 tahun yang lalu pun, selalu kena dengan Charlie ni. Kadang2 tu habis sebelah muka, naik segan nak pergi lecture. Kami dulu, siapa kena, tempek dengan bedak sejuk je, tak da nak telefon parents, suruh datang ambik bawak pi klinik pun. Seminggu dua, lega lah ia. Selain Charlie ia juga dipanggil semut kayap dan kumbang rove. Serangga ni, kalau jumpa, jangan pegang, nanti akan mengeluarkan air bisa yang boleh menyebabkan kayap. Sebab tu lah dinding hostel dulu, banyak charlie yang tertampal dengan selotape, jadi hiasan dinding.

Selepas ucap Good bye and thank you kat Dr, kami pun keluar tunggu ubat. Harga ubat RM 80.... hmm banding dengan ubat dulu2, bedak sejuk saja yang tak berapa sen. Zaman dah berubah.
Ini lah Charlie @ semut kayap @ kumbang rove.... selamat berkenalan.

2 comments:

Impian Murni said...

Aslina,ni baru kak fad tau yg ada serangga yg menyebabkan kayap.Sebelum ni ingatkan kuman yg jadikan kita dpt penyakit tu. Arwah mak pula cakap kayap ni penyakit panas,so ubatnya yg sejuk-sejuk seperti daun keman air,daun melur, bedak sejuk @ daun kangkung....bergantaung kepada jenis apa kayap itu.Ada setengah bomoh kg,akan cari akar kayu,asah2 kat pasu...sapu pada tempat kayap...lega juga....Kak fad sendiri jadi kayap,ubat kg x jadi,so pergi jumpa DR.Hj Adnan kat Jejawai Perlis,mkn ubat 2 hari kering dan terus lega....so,bergantung pada kayap la ya....

mycikgukita said...

Kaqk Nad, semut ni pembawa saja, yang menyebabkan kayap tu virus yang di bawanya. Tapi betul, dulu masa saya kena kayap di ting 5, dia mula tumbuh gatai2 merah, mak bubuh ayaq api, makin mengganas la kayap tu. Kemudian baru arwah nenek tengok dan bubuh benda2 sejuk, baru lah kering dan ansur lega. Kalau doktor dia akan bagi ubat anti virus , makan dan sapu.