WELCOME



Saturday, April 30, 2011

My favourite blog..

Setelah lama blogwalking, cikgu sangat tertarik sangat dengan satu blog ni. Boleh kata setiap hari cikgu nak tengok blog ni, kerana tuannya rajin mengupdate entri. Blog kucing terbiar... namanya. Kebanyakan entrinya berkisar tentang kucing terbiar yang diambil, dan di rawat kerana kebanyakannya berpenyakit. Selain kucing ada juga haiwan lain. Baik sungguh hati blogger ni, sanggup buat semua tu, kerana kasihkan haiwan. Orang lain mungkin akan sepak je bila terjumpa kucing kurap, atau penuh kudis, atau berpenyakit, tapi blogger ni sanggup berbelanja besar untuk mendapatkan rawatan sebaiknya bagi haiwan malang tersebut. Banyak ceritanya yang menyentuh hati, tambah lagi jika ada cerita kematian, sakit, dll. Bila membaca dan tengok gambar kucing2 sakit ni, cikgu bersyukur sangat setakat ni, 3 ekor kucing cikgu berada dalam keadaan sihat walafiat. Blog ni juga menginspire orang lain untuk mengasihi haiwan dan mengambil berat tentang haiwan peliharaan.

Semoga Allah memberi kesihatan, murahkan rezeki buat blogger berkenaan agar lebih banyak lagi haiwan yang dapat diselamatkan.

Thursday, April 28, 2011

Membeli dan mencari penyakit..

Selamat Hari Pekerja... yang akan kita sambut tiap2 tahun pada 1 Mei. Kita semua adalah pekerja. Satu hari diperuntukkan untuk menghargai para pekerja, ada sambutan peringkat negeri dan kebangsaan, cuti umum, pasar raya2 pun turut memberi diskaun sempena cuti hari pekerja. Sepatutnya setiap tahun, untuk memeriahkan lagi hari pekerja, dalam perutusan, PM buatlah pengumuman yang boleh mengembirakan pekerja sekelian , contohnya, bonus ke, pelarasan gaji ke, naikkan elaun ke, tambah elaun baru ke.. Seronok lah sikit noh.

Itu di pihak pentadbiran, kita pulak, bagaimana nak menghargai diri kita sendiri? Wang upah yang kita dapat sebagai pekerja , apa yang kita belanjakan. Kalau difikir2kan, besar juga peratusan yang kita belanjakan untuk menjahanamkan diri sendiri... lebih2 lagi soal makanan, minuman, alat solek dan penjagaan diri, pakaian dan lain2 lagi. Kenapa? Kerana... katakanlah kita belanjakan duit di pasar untuk menyediakan makan tengah hari sekeluarga. Apa yang kita beli, mesti beli ikan, daging, ayam, sayuran, buah2 an dan rempah cabai yang lain2nya. Tahukah anda, 70% daripada kos menanam sayuran adalah untuk membeli racun perosak? Kita yang dikempenkan supaya makan sayuran untuk stay healthy, juga menyumbatkan racun ke dalam diri kita. Kita selalu suruh anak2 makan sayuran, bermakna kita menggalakkan mereka makan racun.

Ayam dan daging pulak, bukan makan makanan semula jadi sekarang ni, penternak memberi ternakan mereka makan makanan konsentrat , yang di proses, yang ditambah aditif seperti antibiotik, hormon dll untuk mencepatkan tumbesaran. Masih ingatkah lagi kes di Cina, susu mengandungi melamin, kerana lembu di beri makan bahan tersebut untuk menggalakkan pengeluaran susu. Akibatnya ramai kanak-kanak yang tidak berdosa menemui ajal. 

Kemudian bahan kosmetik pula, beli mahal2, dan pakai untuk nampak at least presentable, tapi ada bahan berbahaya pulak dah, antaranya merkuri, hidrokuinon, bahan kimia berjadual. Boleh menyebabkan penyakit seperti kanser. Beli mahal2, cantiknya tidak pun, beroleh penyakit pulak, kan nyanya tu.

Kemudian belanja lagi untuk beli kuih, kek, biskut, coklat untuk memenuhi keinginan sweet teeth kita, menyebabkan pengambilan gula yang berlebihan seterusnyua, kena penyakit kencing manis, sakit buah pinggang, rosak penglihatan, mudah mengantuk dan lain2 nya.

Teringin nak pakai gajet moden pulak, beli handset, lap top, i pad , i pod dan macam2 lagi. Ratusan malahan ribuan ringgit dibelanjakan, kesan pada diri? Penggunaan handset, boleh menyebabkan kanser otak, mikrowev oven, pun gitu juga, dikatakan penyebab kanser. Dan lain2 gajet yang wireless, menggunakan gelombang yang kita tak nampak, tetapi memberi kesan kepada kita , menyebabkan sukar tidur, letih lesu, cepat mengantuk, kepala terasa berat, rasa letih bila bangun pagi.

Selain daripada di atas, ada banyak lagi dimana kita berbelanja menghabiskan duit untuk merosakkan diri kita sendiri. Oleh itu, selepas ini, jika kita keluarkan dompet untuk membuat pembayaran , fikir habis2, duit yang kita belanjakan tu, berbaloikah atau menjahanamkan diri .

Friday, April 22, 2011

Bahana semut kayap..

Mizah yang duduk asrama telefon kata dia kena kayap, dan nak balik dengan alasan nak ambil ubat. Warden pun dah izinkan katanya. So, pagi2 tadi sambil ambil dan hantar kakaknya ke tuisyen, diapun balik lah sekali. Dah banyak kali sangat dah kena kayap, ubat yang dulu tu tak simpan. Nak kena ambil ubat lain pulak.
Bila nak guna ubat, baru menyesal tak simpan ubat lama.  Kayapnya tak da la seriyus sangat, nipis saja. Kebanyakan klinik tutup hari ni sebab hari Jumaat, ronda punya ronda, jumpa satu klinik di Simpang Kuala, dan kat sign board tu ada tulis skin klinik, macam bagus ja, kamipun masuk. Tak lama lepas tu, Dr. panggil, nama apa Dr ni lupa nak siasat seorang Chinese man. Punya lah ramah, banyak pulak cerita dia. Orang yang tunggu kat luar mesti ingat surgeri sedang berjalan di dalam.
Dr cerita asal-usul kayap, bila dia tengok, dia kata ini bukan kayap sebenar. Ini kayap dari serangga, sambil tu Dr. terkial-kial nak lukis gambar serangga tu, nampak macam panjang dan kurus. Dia kata dalam paper cina selalu keluar, serangga ni banyak di kawasan bendang. Dia tertarik pada lampu dan datang. Sambil tu, masa serangga tu syok kat lampu, dia akan menyebarkan virusnya, yang akan hinggap di mana sempat. Kalau jatuh di meja, jika kita terpegang meja, kemudian tangan pegang pipi, maka virus akan menjangkit ke pipi. Kesannya akan menimbulkan kesan macam melepuh kena api.

Kalau kayap sebenar datang dari dalam, akan terjadi di sekitar saraf. Sebab tu kayap akan melilit badan. Dr kata, ikut kepercayaan kaum Cina, kalau kayap buat lilitan satu round, maka orang itu akan mati. Ha ah betul Dr, orang Melayupun kata macam tu. "Ya ke?" Dr, tanya. Tapi, Dr kata lagi tak mungkin dia akan buat lilitan yang complete, kerana saraf hanya separuh badan sahaja, saraf kanan belah kanan, saraf kiri sebelah kiri. Kalau terjadi lilitan penuh jugak, maknanya kedua2 belah sarat telah diserang virus, dan orang tersebut mesti ada sakit kronik seperti Kanser atau ada HIV. Memang akan mati lah.

Itu kayap ular Dr, cikgu memberi pendapat, ada kayap lain juga, kayap selendang, yang tak melilit badang, tapi turun kebawah macam orang pakai selendang. Dan ada juga kayap tapak anjing, yaitu, bertompok2 sama ada naik ke atas atau turun ke bawah. Selalunya terjadi di bahagian belakang. "Ada ke?" tanya Dr. Nampaknya, cikgu dah bagi maklumat baru kat Dr. Maklumlah, cikgu biasa kena kayap ni, masa Form 5. Rasanya miang2 dan pedih. Kalau malam, rasanya lagi dahsyat, menahan kesakitan, tak boleh lena, dah dekat subuh baru terlena. Pagi pergi sekolah macam biasa. Kayuh basikal pulak tu.
Tapi arwah nenek pandai buat ubat, dia campurkan beras melukut, daun kembang pagi, lumut batang dalam sungai dan giling. Tempekkan di tempat kayap, serta merta akan rasa sejuk dan selesa. Kayap ni panas miang, jadi lawannya kena lah sejuk. Lepas sekali tempek dah ada perubahan, kayap mengering dan on da way untuk sembuh. Tapi sekarang susah nak cari ingredient untuk buat ubat tu, jadi kena lah ke klinik.

Serangga yang bawak kayap tu, popular dengan nama Charlie. Dah lama berkenalan dengan Charlie ni, masa buat diploma di Arau 28 tahun yang lalu pun, selalu kena dengan Charlie ni. Kadang2 tu habis sebelah muka, naik segan nak pergi lecture. Kami dulu, siapa kena, tempek dengan bedak sejuk je, tak da nak telefon parents, suruh datang ambik bawak pi klinik pun. Seminggu dua, lega lah ia. Selain Charlie ia juga dipanggil semut kayap dan kumbang rove. Serangga ni, kalau jumpa, jangan pegang, nanti akan mengeluarkan air bisa yang boleh menyebabkan kayap. Sebab tu lah dinding hostel dulu, banyak charlie yang tertampal dengan selotape, jadi hiasan dinding.

Selepas ucap Good bye and thank you kat Dr, kami pun keluar tunggu ubat. Harga ubat RM 80.... hmm banding dengan ubat dulu2, bedak sejuk saja yang tak berapa sen. Zaman dah berubah.
Ini lah Charlie @ semut kayap @ kumbang rove.... selamat berkenalan.

Wednesday, April 13, 2011

cepatnya masa berlalu..

Pejam celik-pejam-celik dah pertengahan bulan 4. Cepat sungguh masa berlalu, walaupun dah banyak kerja yang di settlekan, masih banyak yang belum settle. Salah satunya projek sains pertanian di sekolah. Mujurlah, tak da sapa2 yang berkaitan dengan mata pelajaran sains pertanian melawat sekolah. Kalau tidak... hmmm tak tau lah. Selalunya, projek pertanian ni kena on sepanjang masa, tak kira lah ikut silibus ke tidak ke. Dah jadi satu kemestian, kalau ada mata pelajaran sains pertanian, kena lah ada projek pertanian di sekolah tersebut. Tapi di sebabkan kekangan masa, tak terbuat juga kalau masa P n p. Untuk mengatasinya, kena lah, buat di luar waktu... sama ada, ambil kelas orang lain yang tak hadir ( itupun kalau cikgu free) dan datang waktu petang.   So Far, pelajar-pelajar memberikan kerjasama yang baik, dan nampak berminat untuk meneruskan projek... Alhamdulillah. Kedai2 yang menjual alat pertanian ni, selalunya tak ambil LO, jadi untuk memudahkan kerja kena lah pakai duit sendiri... kemudian claim. Jadi cikgu pun pergi lah shopping, beli benih, medium semaian, paip, baja dll.

Hajat di hati memang lah menggunung tinggi, projek yang nak dilaksanakan ialah fertigasi, hidroponik dan cendawan. Setakat ni, perjalanan baru di peringkat persediaan , rumah cendawan sedang menunggu siapnya atap nipah, benih untuk fertigasi dan hidroponik telah disemai, takung dan polistrin hidroponik sudah siap, tinggal nak masukkan anak benih saja.

Tetapi kalau dah namanya projek pertanianni, memang banyak sungguh dugaannya, tetiba tapak pertanian terputus bekalan air, hanya tadi dah pulih, atap cendawan yang ditempah tak dapat disiapkan ikut jadual kerana pembuatnya pergi makan kenduri kat PAHANG.. tempat nak letak takung hidroponik yang 15 takung saja, tiada, sekam bakar kat kilang padi Chegar pulak dah abis, sebab sekarang bukan musim ambik padi.  Walaubagaimanapun, alang2 menyeluk perkasam, biar sampai ke pangkal lengan, dah banyak masa, wang dan tenaga di habiskan, jadi kejayaan projek akan dipastikan. Baru lah pelajar seronok dan berminat dengan bidang pertanian.  Tak lama lagi, boleh lah maki semua makan salad dan kobis hasil tanaman sendiri.
Sekarang takung hidroponik dah tak da dijual.. kena buat sendiri, mungkin teknologi ni dah out of date, tapi masih ada dalam silibus. Tahun depan dapat buat silibus baru, tak tau lah pulak teknologi apa yang digunakan.

Nasib baik senang je nak buat takung, kos pun murah... kalau minat kat rumah pun boleh tanam kaedah ni. senang, tak payah siram.

Kali ni kami cuba guna netting hitam untuk buat dinding, tak gunakan atap. Nak jimat kos dan mudahkan kerja. Atap nipah cuma untuk bumbung sahaja.
Semoga berjaya, InsyaAllah.

Wednesday, April 6, 2011

Japan 'tsunami dog' Ban reunited with owner after surviving at sea


Kenal lagi tuan dia selepas 3 minggu .. Kesian anjing ni. 3 minggu dia hidup di tengah lautan, atas sampah sarap yang terapung. Apa yang di makan dan diminum selama waktu tersebut? Tapi nampaknya ia sihat, bermakna ada makanan dan minuman lah tu. Nampak sangat muka dia yang confuse semasa diselamatkan.
Bagi animal lover, binatang kesayangan yang dipelihara bagaikan ahli keluarga sendiri. Tentu dalam masa 3 minggu tu, tuan anjing sedih teringatkan anjingnya hidup atau mati. Syukurlah dua makhluk yang berbeza tetapi saling menyayangi ini ditemukan semula.

Tuesday, April 5, 2011

hukuman ke dera?

Satu lagi kematian yang menyayat hati. Seorang kanak2 berumur 7 tahun, pelajar sebuah sekolah agama rakyat di sebuah negeri di utara adalah mangsanya. Apalah kesalahan kanak2 sekecil itu yang begitu berat sehingga cikgu tersebut bertindak menghukumnya sehingga membawa kematian. Tangannya diikat di tingkap dan badan kecilnya dipukul, mungkin ada hentakan di kepala hingga membawa kepada koma dan seterusnya menghembuskan nafasnya terakhir di hospital. Kejadian ini berlaku selama 2 jam, akhirnya tubuh kecil sudah tidak mampu menahan kesakitan , terus pengsan, baru di bawa ke hospital. Siapakah saksi yang dapat memberi masa kejadian selama 2 jam itu? Kejadian berlaku di kawasan sekolah atau lebih tepat di asrama, tempat awam, tiadakah orang lain di sana yang melihat kejadian itu? Mungkin ada yang melihat, tetapi apa tindakan mereka? Membiarkan saja seorang anak yatim di belasah sehingga pengsan? Dan yang menyedihkan lagi mungkin ada antara saksi yang menyokong tindakan kejam cikgu tersebut kerana tak terfikir itu adalah antara saat2 akhir kanak2 tersebut. Dalam masa 2 jam tersebut, cikgu berkenaan tak terdetikkah di dalam pemikirannya betapa takutnya kanak2 berkenaan menerima penderaan daripada seorang yang bertubuh 5 kali ganda lebih besar dari nya? Dengan keadaan tidak terdaya kerana terikat? Tidak terdetikkah rasa belas kesihan melihat kanak2 sekecil itu yang sudah tentu tersedu-sedan , teresak-esak menangis ketakutan dan kesakitan?

Banyak kes2 penderaan kanak2 yang mengakibatkan kematian, dan yang lebih menyedihkan ada yang berlaku di mana perlakuan itu boleh dihentikan sekiranya orang di sekeliling lebih prihatin. Tetapi masyarakat sekarang ramai yang mengambil sikap tidak mahu ambil tahu. Bermula dengan kes Subramaniam yang jiran2nya menceritakan biasa mendengar kanak2 itu menangis, tetapi mereka tidak ambil peduli untuk pergi menjenguk apa sebenarnya yang terjadi.  Dan seorang (arwah) kanak2 perempuan di tendang berkali2 sehingga terduduk, tersungkur kesakitan di padang permainan yang dipenuhi orang2 lain, kerana pada waktu itu petang, ramai yang ada di padang . Kenapa tiada yang bertindak lebih awal untuk menghentikan perbuatan tersebut?

Jadilah masyarakat yang lebih prihatin, bertindaklah sekiranya kejadian dah berlaku didepan mata. Janganlah meredakan sesuatu yang memang ternyata salah. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas kanak2 mangsa dera yang telah terlebih dahulu meninggalkan kita.

Monday, April 4, 2011

Best drama..


Cikgu suka tengok cerita ni, ada banyak values.
Dalam cerita baru sat tadi: cikgu saif kata: kita mesti kuatkan semangat, hadapi peperiksaan , fokus, jangan ingat perkara yang dah lepas.
Dia cuba menguatkan semangat pelajar2nya yang menerima berita kematian sahabat mereka .

Cikgu ingat, cikgu juga pernah mengatakan ayat yang sama di hadapan perhimpunan pelajar tingkatan 3, sebelum mereka masuk ke dewan periksa PMR beberapa tahun yang lalu, kerana menerima berita kematian seorang sahabat mereka.

Cuma bezanya, Johan dalam Gemilang mati dibunuh. Pelajar ni pulak meninggal kerana kemalangan jalan raya. Semuga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang yang beriman.

Sunday, April 3, 2011

budak comey..

 Mata...





Dini at 2 tahun 5 bulan